APLIKASI MMSOS – KAWAN BAIK KETIKA BERADA DALAM KECEMASAN

semakin hari, dunia kita semakin tidak dapat kita duga dan kecelakaan boleh terjadi pada bila-bila masa kalau kita cuai ataupun berpunca kecuaian dari orang lain.. kan ? tapi kini ada aplikasi MMSOS mungkin dapat mengurangkan kerisauan korang..

aplikasi_mmsos

aplikasi MMSOS dicipta oleh pasukan MM Synergy Sdn. Bhd. bertujuan untuk melindungi individu dan masyarakat dari pelbagai kes jenayah dan kecelakaan yang mungkin terjadi pada waktu yang tidak terduga.. dengan kolaborasi daripada badan-badan berwajib sekaligus membentang 1001 jalan untuk pengguna lebih berasa selamat apabila dilindungi 24 / 7..


MMSOS


aplikasi yang pertama seumpamanya di Malaysia, MMSOS ( Most Momentum SOS Assist ) menggabungkan bantuan dari unit ambulan, polis, bomba, hospital, bengkel kereta, kaunseling yang mudah diakses untuk memberi bantuan kepada pengguna turut beroperasi 24 jam tanpa henti – tujuh hari dalam seminggu – bagi memenuhi 365 hari sepanjang tahun..




nah !!

sebaik sahaja korang dah install aplikasi MMSOS, korang layak untuk mendapatkan kelebihan sebagai ahli iaitu :

  • percuma Personal Accident Insurans bernilai RM 50,000.00
  • percuma pemeriksaan kesihatan bernilai RM 365.00
  • diskaun 70% untuk car tinted
  • diskaun 40% untuk pakej percutian ke Marina Island ( pakej untuk 2 orang – 3D2N ; all in )
  • special rate untuk memperbaharui insuran kereta
  • special rate untuk penyelenggaraan kereta
  • ambulance fees
  • percuma towing
    ** tertakluk pada terma & syarat

hubungi_mmsos_ketika_kecemasan
menurut Pengasas Syarikat MM Synergy Sdn. Bhd. ( MM Synergy ) menyasarkan keahlian bakal mencecah satu juta orang menjelang lima tahun akan datang dengan cara mempergiatkan promosi di seluruh negara..


melalui aplikasi MMSOS, pelanggan kini tidak perlu menghubungi talian kecemasan 999
kerana perkhidmatan yang disediakan syarikat dapat membantu mereka dengan mudah,
cepat dan berkesan

- K.L.Lim
Pengasas Syarikat MM Synergy Sdn. Bhd. ( MM Synergy )




MMSOS juga menyediakan dua jenis perkhidmatan untuk kegunaan orang ramai iaitu :

  • melanggan aplikasi secara percuma
  • keahlian berbayar ( RM 365.00 / tahun )

untuk perkhidmatan percuma, orang ramai boleh memuatturun aplikasi MMSOS dan menggunakan 12 butang kecemasan bagi membolehkan pengguna menekan mana-mana butang bersesuaian dengan kes yang dihadapi..




untuk maklumat lanjut, mungkin link kat bawah ni boleh bantu korang !!

LAMAN WEB : http://mmsos.my

boleh install melalui link kat bawah ni !!

GOOGLE PLAY STORE : https://play.google.com/mmsos


mmsos_365_care_support

bukti kakak sudah ada !!

al maklum lah.. memang sekarang ni kakak selalu keluar sorang-sorang untuk menghadiri jemputan event.. nah !! bila ada aplikasi ni rasa selamat sikit dan suami kakak pun kurang rasa risau.. hee~ betapa pentingnya korang masukkan butiran yang betul dan lengkap bagi memudahkan pihak MMSOS menyimpan data korang..

malaysia_blogger

No comments:

Powered by Blogger.