RUANGAN EKSKLUSIF UNTUK MUSLIMAH BERHIJAB DI HA’LABO HAIR & SCALP MANAGEMENT

ibarat mengiyakan pepatah yang sering digunakan berkurun lamanya “rambut adalah mahkota wanita” ; tidak mengira umur – bangsa – agama mahupun cara penampilan kita, rambut harus dijaga rapi supaya kekal sihat dan cantik..

rawatan_rambut_gugur_kl_selangor

penting ke jaga kesihatan rambut ?

nak jaga yang mana dulu ? rambut atau kulit kepala ?

rambut gugur teruk berpunca dari akar atau kelemumur ?

nah !! rasanya terlampau banyak persoalan yang bermain dibenak fikiran kita dengan mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah rambut yang dihadapi.. kan ? hee~ ya !! kakak pun tak terlepas dari menghadap masalah yang sama.. saban tahun dari zaman remaja sampailah dah berusia 30-an ni.. dan mungkin rezeki kakak baik sebab kakak diperkenalkan dengan Ha’labo Hair & Scalp Management yang terletak di The Boulevard, Mid Valley..


HA’LABO HAIR & SCALP MANAGEMENT


menjadi wanita yang lebih lama mengenakan tudung bagi memenuhi tuntutan kerja sehari-hari membuatkan rambut kakak kerap gugur dalam kuantiti yang banyak.. memang stress lah.. kalau dulunya rambut kakak tebal – hitam dan lebat tapi sekarang.. alahai.. sedihnya.. hahahah~ rasanya dah tinggal secekak jekkkkkk..

rawatan_untuk_rambut_gugur
ya !! kakak membaca weyyyyyy.. risau lah !!
dah cuba pelbagai jenis syampu dan rawatan yang kononnya membantu tapi masih sama weyyyy.. tak pe lah.. dah alang-alang ada masalah, kakak cubalah dekat Ha’Labo Hair & Scalp Managemant ni.. mana tau ada rezeki, rambut lebat balik..

tapi !!

kakak pergi bukan dengan tangan kosong jekkkk.. sudah tentulah kakak study tentang proses yang disediakan oleh Ha’Labo Hair & Scalp Management, taknak lah nanti kakak dah melabur sekian nilai tapi tak berbaloi.. tak ke sakit hati ? haa.. melalui pembacaan kakak, Ha’Labo Hair & Scalp Management merupakan pakar penjagaan kulit kepala dengan 17 tahun pengalaman yang dibiayai oleh Institut Penyelidikan KEbangsaan dengan menggabungkan TIGA peringkat rawatan iaitu :

  • herba tradisional
  • teknologi biokimia
  • ekosistem kulit kepala

yang membantu menyuntik nutrisi untuk menembus jauh melalui epidermis, dermis dan tisu subkutaneus bagi menyihatkan kulit kepala disamping menggunakan Teknologi PElepasan Esensi Berkala ( GERT ) yang mampu menjana sistem regenerasi sel kulit kepala..


HERBATECH REVIVAL SYSTEM


kalau kat luar sana ada pelbagai teknologi yang digunakan untuk merawat masalah rambut, tapi di Ha’Labo hanya menggunakan EMPAT langkah selamat untuk menjana pertumbuhan rambut yang lebih sihat dan cantik..

halabo_hair_scalp_management

1. RESTORE

  • membersihkan dan menyingkirkan kekotoran dari kulit kepala
  • menghapuskan sebum yang berlebihan
  • mengawal keseimbangan kesihatan kulit kepala dan rambut

2. REBUILD

  • Ha’Labo menggunakan teknologi multi-layer cell awakening technology yang berfungsi menyuntik nutrisi dan oksigen terus ke kulit kepala
  • memberi ketahanan nutrien yang lebih lama di kulit kepala

salun_rambut_muslimah_kl_selangor

3. RENEW

  • menembusi tisu subkutaneus secara mendalam untuk mengaktifkan folikel rambut dan meningkatkan kekuatan akar rambut
  • membolehkan pertukaran nutrien secara berperingkat tanpa mengganggu kesihatan kulit kepala

4. REBORN

  • memberi fokus untuk meremajakan kulit kepala dan melahirkan sel-sel baharu
  • menggalakkan peredaran darah terus ke kulit kepala
  • mengelakkan keradangan

secara tak lansungnya, EMPAT langkah ini mampu memberi kebaikan terhadap kesihatan kulit kepala sekaligus menggalakkan pertumbuhan rambut baharu yang lebih sihat.. hee~ teruja ? okay.. itu baru sikit tu..


RUANG RAWATAN KHUSUS UNTUK MUSLIMAH


sama macam kakak, kalau nak buat rawatan kecantikan di luar benda yang pertama kakak akan pening adalah ruangan untuk WANITA MUSLIMAH yang berhijab.. dah lah terhad lepas tu dengan kakitangan yang bekerja memberi perkhidmatan pula bukan wanita asli.. haa.. faham kan ? memang membantutkan niat..

salun_rambut_muslimah_2019

tapi !!

di Ha’Labo kakak tak perlu risau.. hee~ sebab kakak dilayan oleh pekerja wanita dan terdapat kelebihan lain untuk kakak.. best sangat bila dilayan seperti VVIP dengan ruangan tertutup dan hanya ada kakak dan pekerja WANITA.. tiada pekerja lelaki atau seumpanaya diruangan muslimah..

halabo_hair_treatment



sangat mementingkan kandungan produk supaya tidak mendatangkan kemudaratan pada esok hari, kakak yakin Ha’Labo hanya menggunakan bahan terbaik yang berasaskan herba bagi memenuhi keperluan rawatan dan tidak mengandungi bahan kimia terlarang termasuklah zat / lemak dari haiwan.. nah !!! sebab tu kakak tertarik hati nak ‘berkampung’ kat Ha’Labo semata-mata untuk dapatkan kembali kulit kepala yang sihat dan rambut ikal..

tiada bebanan !!

tak de pakej tertentu yang kakak perlu sign tau.. jadi.. kalau kakak ada bajet, kakak pergi jek la buat treatment.. kalau tak de bajet, cari lah duit sampai cukup.. hahahaha~ mana tak nye, untuk sesi percubaan korang hanya perlu bayar RM 18.00 jekkkkkkkk.. nanti korang pergi lah mana-mana outlet dan tanya ya.. cakap kakak rekomen.. hee~

halabo_hair
walaupun mengambil masa untuk mendapatkan semula rambut idaman kakak, tak pe !! kakak okay jek sebab Ha’Labo memainkan peranan penting dalam menjaga kecantikan rambut kakak sekarang ni.. hee~ kalau korang pun ada rasa risau macam kakak, mungkin korang boleh singgah di outlet Ha’Labo berdekatan dengan korang..

Ha’Labo Hair & Scalp Management ( KL )
No. 13-G, Ground Floor The Boulevard,
Midvalley City, 59200 Kuala Lumpur

Ha’Labo Hair & Scalp Management ( Selangor )
No. 49, Lorong Batu Nilam 21B,
Bandar Bukit Tinggi 2, 41200 Klang, Selangor

Ha’Labo Hair & Scalp Management ( Selangor )
G26H (i), Ground Floor, Subang Parade,
No. 5, Jalan SS 16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan


malaysia_blogger

No comments:

Powered by Blogger.