PRESTASI PUSAT PUNGUTAN ZAKAT – MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN ( PPZ-MAIWP ) UNTUK TAHUN 2018

Mengambil tanggungjawab untuk menyerahkan hak pada setiap dari mereka yang layak menerima zakat, sekali lagi PPZ-MAIWP berjaya mencapai sasaran lebih dari jangkaan pada kutipan keseluruhan tahun 2018 yang lepas.

pungutan ppz-maiwp 2018

Pengumuman secara lansung diadakan baru-baru ini di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya telah dilakukan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Agama ) ; Dato’ Seri Dr. Mujahid Yusof, turut ditemani oleh Pengerusi MAIWP ; Dato’ Sri Syed Hussein Abd Kadir, Pengerusi PPZ-MAIWP ; Tuan Hj. Mohd Ajib Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP ; Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.

Telah memegang amanah, PPZ-MAIWP merupakan institusi zakat yang menguruskan kutipan zakat manakala Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( MAIWP ) dan Baitulmal – MAIWP akan membuat agihan secara lansung mahupun tidak lansung.


REKOD KUTIPAN ZAKAT PPZ-MAIWP 2018


Bil Perkara 2017 ( RM ) 2018 ( RM ) Kenaikan 2017 / 2018
1 Kutipan Zakat 615,199,108.06 651,228,032.94 + 6%
Bil Perkara 2017 2018 Kenaikan 2017 / 2018
1 Jumlah Orang Membayar Zakat 169,372 180,958 + 7%

Melalui 28 skim bantuan zakat yang telah disediakan untuk membantu lapan golongan asnaf termasuklah mereka yang fakir, miskin, muallaf dan al-gharimin dengan keperluan sehari-hari seperti keperluan asasi, perumahan, Pendidikan, perniagaan dan kebajikan yang dipergiatkan sepanjang tahun tanpa henti.




Kesemua kutipan zakat yang diterima akan diagihkan seperti berikut :

  • bantuan kewangan bulanan
  • bantuan sewa rumah sekiranya tidak mampu membayar sewa
  • bantuan pelajaran kepada anak-anak
  • bantuan perubatan sekiranya mereka ada masalah kesihatan
  • bantuan perniagaan sekiranya mereka menjalankan perniagaan kecil-kecil

Manakala bagi menjamin kelansungan Pendidikan untuk semua pihak, Baitulmal juga menyediakan kemudahan seperti :

  • Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur di Bandar Sri Permaisuri
  • Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz ( SMISTA )di Bandar Tun Razak
  • SMA – MAIWP di Labuan
  • Institut Kemahiran Baitulmal ( IKB ) di Kampung Pandan
  • Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur di Kampung Pandan
  • Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS di Taman Batu Muda
  • Darul Ilmi di Sungai Penchala
  • Pondok Model al-A’Baqirah yang kini beroperasi di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Gombak
  • Ma’alim al-Sunan Lidirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah
MAIWP 2018
Darul Ilmi merupakan sebuah pusat pengajian agama Islam berkonsepkan pondok moden yang dibuka oleh MAIWP   |    sumber :  MAIWP

Bagi institusi perlindungan dan kebajikan seperti :

  • Darul Kifayah di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Gombak
    • khusus untuk anak-anak yatim
  • Dar Assaadah di Kampung Batu, Jalan Ipoh
    • khusus untuk pemulihan akhlak wanita yang pernah terjebak dengan gejala sosial
  • Darul Hidayah
    • perlindungan untuk muallaf

PERANCANGAN PPZ-MAIWP UNTUK TAHUN 2019


Sesuai dengan slogan PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat – sasaran mereka pada tahun 2019 untuk mengutip bayaran zakat lebih dari tahun-tahun sebelumnya untuk membantu lebih ramai golongan asnaf yang memerlukan bantuan. Dengan itu, PPZ-MAIWP telah menyusun beberapa perancangan aktiviti sepanjang tahun 2019 :

  • mengadakan program-program untuk mendekatkan PPZ-MAIWP dengan pembayar baharu
  • memperluaskan Kempen Potongan Gaji
  • mempergiatkan kempen bersama VVIP dan VIP di sector awam dan swasta
  • menjalankan program khas untuk syarikat GLC dan GLIC bagi zakat perniagaan
  • menambahbaik program khas bagi mengekalkan pembayar sedia ada
  • menaiktaraf pembangunan sistem baharu untuk menyokong kutipan zakat
  • melantik ejen kutipan zakat baharu di university
  • meningkatkan prospek dan sahabat zakat untuk menjadi pembayar zakat
  • mempromosikan pengembalian semula wang zakat untuk diagihkan sendiri oleh pembayar zakat ( wakalah )
  • merealisasikan kewujudan Akta Zakat Wilayah Persekutuan
  • mempromosikan larangan mengutip zakat oleh ejen yang tidak bertauliah di Wilayah Persekutuan
  • menambahbaik saluran bayaran zakat
  • penjenamaan semula Kaunter Zakat menjadi Pusat Perkhidmatan Zakat
  • berkempen di syarikat-syarikat SME untuk membayar zakat perniagaan
  • kajian-kajian syariah untuk memperkemaskan fatwa-fatwa berkenaan zakat
  • pembangunan modal insan yang berterusan bagi memberi teknik-teknik terkini berkenaan pemasaran yang berkesan
  • kempen Skim Thohir di sector awam
  • kolaborasi bersama pihak luar
  • program-program bersama pembayar besar di Wilayah Persekutuan

PERMOHONAN ZAKAT DI BAITULMAL – MAIWP


Walaupun Baitulmal-MAIWP mempunyai Skuad Jejak Asnaf yang bertujuan untuk menjejaki golongan asnaf kalau-kalau ada yang tercicir atau terlepas pandang keperluan korang, mungkin korang boleh terus ke Pusat Agihan Zakat ( PAZA ) yang telah dibuka di Sembilan lokasi di sekitar Kuala Lumpur dan juga Labuan.




kutipan zakat PPZ-MAIWP 2018

KLIK SINI --> KALKULATOR ZAKAT


Selain itu, jikalau ada pertanyaan berkaitan bayaran, mungkin link kat bawah ni memberi manfaat buat kalian.



LOVE ;
ATIE ADNAN

1 comment:

  1. Salam singgah :)

    Jemput join GA saya ya!

    https://www.astraveller.com/2019/02/doodle-planner-2019-giveaway.html

    ReplyDelete

Powered by Blogger.