SEGI FRESH MARKET MENAWARKAN PRODUK SEGAR PADA HARGA BORONG TERUS KEPADA PELANGGAN

Haish—Dah kalau surirumah sepenuh masa tu memang nak cari port beli-belah yang menawarkan harga rendah tetapi kualiti di jamin ; Segi Fresh menawarkan ke semua ciri-ciri yang sepadan dengan kakak.

Pemborong Barang Basah Untuk Meniaga

Rutin suri rumah yang memang menjadikan masakan segar dari dapur sebagai hidangan kepada ahli keluarga membuatkan kakak lebih berkira-kira tentang kualiti – kesegaran – harga yang berbaloi dan tidak membebankan suami. Al maklum lah, bila bercakap pasal kualiti sudah pastinya produk yang disebut merupakan produk yang mahal dan berada dilokasi-lokasi elit.


SEGI FRESH MARKET


Memang sebelum ni kakak tak pernah jejakkan kaki ke Segi Fresh Balakong dan sedikit kekok bila mencari barang yang biasa guna tapi tak jumpa. Hee~ Nasib lah pekerja Segi Fresh memang mahis berbahasa Melayu dan memudahkan kakak bertanya serba sedikit tentang pasaraya tersebut.

Pembekal Barang Basah Untuk Meniaga Di Selangor
Luas dan selesa.

Berkonsepkan CASH & CARRY ( beli & bawa pulang ), Segi Fresh menawarkan beberapa bahagian iaitu :

  • Barangan runcit
    • Makanan dalam tin, pelbagai sos, herba, santan kotak, minyak masak, tepung, beras, beras pulut, bawang besar, bawang putih, kentang, cili kering, barangan membuat kek / kuih, margerin, cuka, gula dan garam
  • Minuman
    • Minuman berkarbonat, susu kotak, minuman tenaga, pelbagai jenama teh dan kopi, creamer, susu pekat manis
  • Makanan beku
    • Pelbagai makanan sejuk beku ( finger foods ), daging, ayam, makanan laut
  • Makanan segar
    • Telur, buah-buahan, sayur-sayuran, roti
  • Bukan makanan
    • Peralatan makanan, plastik, beg sampah, kertas pembungkus, tisu, aluminium foil, sabun basuh baju, penjagaan rumah, syampu, ubat gigi, sabun
Lokasi Pasar Borong Segi Fresh
Sayur dia segar wakkkkkkkkk-- Sejuk mata memandang haa..
Kalau setakat cakap MURAH tapi tak amik pengalaman pun tak boleh. Nah !! Kakak terjah wakkkkkk—Tak bagi peluang sungguh ha.. Hee~ Bila dok Google pasal Segi Fresh Market ni yang katanya pernah menerima pengiktirafan pelbagai anugerah, nak tau jugak lah MURAH dia tang mana tu.

Promosi Segi Fresh 2019
Susah jadi retis nih. Hahahaha~ Sampai pilih buah pun ada yang skodeng. Tapi buah dia segar okay !!

SEGI FRESH MARKET MENANG BANYAK AWARD ? HA ? SERIUS LAH !!


Mempertaruhkan slogan “Barang Segar, Harga Borong, Pilihan Semua” dan berjanji untuk memberikan yang terbaik seiring dengan kelasnya – Segi Fresh memastikan setiap produk yang dipasarkan mencapai piawaian semasa.

Kedai Ikan Murah Selangor
"Nak beli ni boleh tak yang ?" - Suami kakak terliur tengok ikan segar dan murah !!
Kalau dari pengamatan kakak sendiri, dengan konsep beli pada harga borong yang disediakan oleh pihak Segi Fresh - memang sesuailah untuk sejenis mak mak yang menjadikan rutin memasak sebagai aktiviti harian dengan selera isi rumah masing-masing tak boleh nak tolak ansur ; sudah pastinya kakak menitik beratkan soal stok makanan di rumah.

Pemborong Ayam Segar Selangor
FUHHHHHH-- Stok dua minggu wakkkkkk. Nak buat sambal ayam untuk Nur Aiman.
YA !! Nak berjimat di zaman serba mahal ni kena lah memilih sikit.. Hee~

Lokasi Segi Fresh Balakong
Ada lebih 15 jenis ikan segar !! Nah !! Pilih !!
Memang kelabu lah biji mata kakak menengok setiap tanda harga yang dipamerkan, murah dan mampu beli apatah lagi kalau korang merupakan seorang peniaga yang memerlukan stok barang dapur dalam kuantiti yang banyak. MURAH ke ? YA !! Murah dah segar – sama seperti slogan yang diwar-warkan.

Tips Membeli Barang Dapur
Jumlah keseluruhan = RM 154.45 !! Yeay !!
Menjadi rutin kakak untuk topup barang dapur dan kebiasaannya barang yang sama. Di Segi Fresh, kakak tambah lah sesikit sebab harga murah kan. Macam jagung tu jarang lah kakak beli tapi kali ni beli.

Ada daging batang pinang, daging kambing potong kiub, ayam, kepak ayam, ikan salmon, ikan siakap, telur ayam sepapan dan pelbagai sayur serta barang mentah yang lain dengan harga yang PATUT DAPAT. Nak apa lagi ? Dah habis murah ni. Hahahahaha~

LAMAN WEB : http://segifresh.com
FACEBOOK : https://www.facebook.com/Segifresh
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/segifreshmarket

REPEAT ?

Ape punya soalan tu ? Sudah tentu lah !!


LOVE ;
ATIE ADNAN
Share:

5 comments :

  1. Ada satu Segi Mart kat sini. Ingatkan mahal rupanya murah.. Boleh pergi sana nanti cari barang dapur. Nampak segar2 semuanya

    ReplyDelete
  2. mak ai...segar2 semuanya tu! jeles kitaaaaa ni kakak!

    ReplyDelete
  3. Segar dan murah..pasti ramai akan pergi..

    ReplyDelete
  4. sakan shopping barang dapur kakak..okey la, nnti kita terjah..nk tgk murah mana tu..hehe

    ReplyDelete
  5. Memang murah dan berbaloi... Kita dah repeat beli barangan kering pulak waakkkk lepas 2hari shopping barangan basah tu... Ya Allahb bestnye bila dast jimatkan perbelanjaan rumah...

    ReplyDelete

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes