BRIDAL SHOWCASE 2019–FESTIVAL KAHWIN 2019 ; ANTARA BUDAYA DAN IMPIAN

by - August 05, 2019

Menjadi raja sehari dengan majlis yang terancang indah sudah tentunya menjadi impian setiap pengantin dan kesempurnaan tersebut boleh didapati di Bridal Showcase 2019 yang akan berlangsung di The Regency, Kuala Lumpur.

Pakej Perkahwinan Murah 2019

Selain melibatkan bajet yang besar dan kelengkapan pengantin serta makanan dan cenderahati untuk tetamu sudah pastinya majlis yang meriah dan menerbitkan senyuman dibibir tetamu menjadi tujuan utama. Ye lah. Selain meraikan pengantin, meraikan tetamu bagi pihak pengantin juga menjadi keutamaan.


BRIDAL SHOWCASE 2019


Pijat mati diserang kerengga,
Anak murai saja berlari,
Hajat dihati sekalian keluarga,
Hendak merai raja sehari.

Tetak buluh panjang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat,
Rafak susun jari sepuluh,
Minta doa biarlah selamat.

Bagi memudahkan korang membuat persiapan sempena majlis yang akan berlangsung, kakak sarankan korang singgah ke Bridal Showcase 2019 yang akan diadakan di The Regency Hotel, Kuala Lumpur selama tiga hari iaitu dari 16hb Ogos 2019 hingga 18hb Ogos 2019 ( Jumaat – Ahad ) untuk lengkapkan persiapan majlis yang bakal diadakan nanti.

Bajet hanya ada RM 6,000.00 ? Hee~ Sikit sangat eh untuk majlis di tengah kota metropolitan ni ? Adei !! Sebab tu korang kena singgah Bridal Showcase 2019 ni sebab dengan RM 6,000.00 korang boleh miliki majlis idaman dan impian korang !!

TIADA CAJ TERSEMBUNYI !!

Pakej Perkahwinan Murah KL 2020

Dengan mengetengahkan tagline “Heritage Of The Urban City” – The Regency Hotel, Kuala Lumpur membuka peluang kepada usahawan-usahawan Industri Kecil dan Sederhana ( IKS ) dengan menyediakan ruang kepada perniagaan yang berkaitan dengan penyediaan kelengkapan majlis perkahwinan seperti katering, baju dan solekan pengantin juga cenderahati bagi memudahkan para pelanggan membuat pilihan. Mudah bukan bila semuanya di bawah satu bumbung !! Hee~

Selari dengan tujuang Tanggungjawab Khidmat Masyarakat ( CSR ) untuk sama-sama mengembleng tenaga bagi membantu merealisasikan impian peniaga untuk mendapat pelanggan yang tepat dan juga impian bakal pengantin untuk mendapatkan majlis yang sempurna, pihak The Regency Hotel menyediakan ruangan promosi secara percuma kepada peniaga. Nah !! Sebab itulah apa yang bakal korang terima sebagai pelanggan jauh lebih berbaloi jika dibandingkan dengan harga pasaran semasa di luar.

Bridal Showcase  2019 juga merupakan platform permulaan untuk pelbagai majlis pada hujung minggu untuk penggiat seni memperkembangkan idea selain turut menghidangkan makanan tradisi Malaysia disamping persembahan kebudayaan pelbagai kaum dan etnik. Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 dengan pengisytiharaan Kuala Lumpur sebagai World Book Capital 2020 oleh UNESCO, The Regency Hotel Kuala Lumpur sedang berusaha mencorak “Hotel Budaya Nombor 1 Malaysia” ( Malaysia’s No.1 Cultural Hotel ) dengan memulakan program kebudayaan pada setiap hujung minggu seperti latihan tarian tradisional untuk persatuan-persatuan dan kumpulan yang tidak mempunyai tempat latihan.

MAlaysia's No. 1 Cultural Hotel

“Bridal Showcase 2019 - Festival Kahwin 2019” ini merupakan permulaan kepada pencorakan tersebut.


FACEBOOK : https://www.facebook.com/theregencyofficial
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/theregencyhotelkl


Ingat !! Tanda kalendar korang !!


Tarikh : 16hb Ogos 2019 – 18hb Ogos 2019
Hari : Jumaat – Ahad


LOVE ;
ATIE ADNAN

You May Also Like

14 comments

  1. Bakal pengantin harus pi singgah intai-intai. Tentu ada yang berkenan di hati. Pakej RM6K tu murah beb! Nak rekemen kat adek adek sepupu ni...

    ReplyDelete
  2. bahaya kalau singgah ni...

    ReplyDelete
  3. Ok murah sangat tu RM6k/nett. Bakal-bakal pengantin tu wajib pegi bridal showcase macam ni baru boleh compare harga. Dapat lagi murah dan puas hati lagi berbaloi. Sekali je ni nak puas hati.

    ReplyDelete
  4. Mudah dgn amik pakej sebegini.
    All in a pakej kan.
    Sape yg bakal nak kawin, wajib gi ni. Dpt kan deal yf terbaik dgn harga yg best.

    ReplyDelete
  5. siapa2 nak jadi raja sehari nie...bagus pergi tengok apa-apa yang patut...mantau berkenan di hati

    ReplyDelete
  6. macam menarik ja festival ni. untuk mereka yang ada merancang untuk berkahwin bolehlah ke sini. berminat jugak nak pergi tapi macam tiada algi perancangan untuk berkahwin. :) terima kasih atas perkongsian ya

    ReplyDelete
  7. Akak pengantin yang dah lama ni Atie. Heheh. Gurau je.

    Bagus bridal showcase macam ni. Boleh tambah info bagi mereka yag merancang untuk ke alam perkahwinan. Kalau berkenan dengan apa yang di tawarkan disitu oleh peniaga dengan bajet kita, onz sajalah. Hehe

    ReplyDelete
  8. Wah..menarik bagi mereka yang nak kawin tu..bleh rekemen member pasal ni..kita pun suka tengok festival kawin ni..haha..dulu nak kawin kita p bridal showcase mcm ni

    ReplyDelete
  9. wahhh sis. ingat sis yang nak naik pelamin tadi. kita dah save date dah. boleh usha2 tengok bridak showcase tu nanti. manalah tahu dpt ilham utk majlis sendiri nanti

    ReplyDelete
  10. Boleh rekomen siapa nak buat kerja kahwin. Pakej dia not bad juga sangat berbaloi. Title hotel budaya no 1 tu yg best

    ReplyDelete
  11. RM6000 je da boleh dapat wedding idaman. wow! kenapa la time saya kahwin xde macam ni..

    ReplyDelete
  12. waaa.. ada event ye kat The Regency Hotel.. bagus hotel ni dalam usaha nak mencapai tahap hotel no 1.. terbaik

    ReplyDelete
  13. Free hall renter! Sounds interesting for bride-to-be to have wedding ceremony there! Great sharing!

    ReplyDelete
  14. Those yg getting married........ pls check this out.

    ReplyDelete