BRIDAL SHOWCASE 2019–FESTIVAL KAHWIN 2019 ; ANTARA BUDAYA DAN IMPIAN
Menjadi raja sehari dengan majlis yang terancang indah sudah tentunya menjadi impian setiap pengantin dan kesempurnaan tersebut boleh didapati di Bridal Showcase 2019 yang akan berlangsung di The Regency, Kuala Lumpur.
Selain melibatkan bajet yang besar dan kelengkapan pengantin serta makanan dan cenderahati untuk tetamu sudah pastinya majlis yang meriah dan menerbitkan senyuman dibibir tetamu menjadi tujuan utama. Ye lah. Selain meraikan pengantin, meraikan tetamu bagi pihak pengantin juga menjadi keutamaan.
BRIDAL SHOWCASE 2019
Pijat mati diserang kerengga,
Anak murai saja berlari,
Hajat dihati sekalian keluarga,
Hendak merai raja sehari.
Tetak buluh panjang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat,
Rafak susun jari sepuluh,
Minta doa biarlah selamat.
Bagi memudahkan korang membuat persiapan sempena majlis yang akan berlangsung, kakak sarankan korang singgah ke Bridal Showcase 2019 yang akan diadakan di The Regency Hotel, Kuala Lumpur selama tiga hari iaitu dari 16hb Ogos 2019 hingga 18hb Ogos 2019 ( Jumaat – Ahad ) untuk lengkapkan persiapan majlis yang bakal diadakan nanti.
Bajet hanya ada RM 6,000.00 ? Hee~ Sikit sangat eh untuk majlis di tengah kota metropolitan ni ? Adei !! Sebab tu korang kena singgah Bridal Showcase 2019 ni sebab dengan RM 6,000.00 korang boleh miliki majlis idaman dan impian korang !!
TIADA CAJ TERSEMBUNYI !!
Dengan mengetengahkan tagline “Heritage Of The Urban City” – The Regency Hotel, Kuala Lumpur membuka peluang kepada usahawan-usahawan Industri Kecil dan Sederhana ( IKS ) dengan menyediakan ruang kepada perniagaan yang berkaitan dengan penyediaan kelengkapan majlis perkahwinan seperti katering, baju dan solekan pengantin juga cenderahati bagi memudahkan para pelanggan membuat pilihan. Mudah bukan bila semuanya di bawah satu bumbung !! Hee~
Selari dengan tujuang Tanggungjawab Khidmat Masyarakat ( CSR ) untuk sama-sama mengembleng tenaga bagi membantu merealisasikan impian peniaga untuk mendapat pelanggan yang tepat dan juga impian bakal pengantin untuk mendapatkan majlis yang sempurna, pihak The Regency Hotel menyediakan ruangan promosi secara percuma kepada peniaga. Nah !! Sebab itulah apa yang bakal korang terima sebagai pelanggan jauh lebih berbaloi jika dibandingkan dengan harga pasaran semasa di luar.
Bridal Showcase 2019 juga merupakan platform permulaan untuk pelbagai majlis pada hujung minggu untuk penggiat seni memperkembangkan idea selain turut menghidangkan makanan tradisi Malaysia disamping persembahan kebudayaan pelbagai kaum dan etnik. Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 dengan pengisytiharaan Kuala Lumpur sebagai World Book Capital 2020 oleh UNESCO, The Regency Hotel Kuala Lumpur sedang berusaha mencorak “Hotel Budaya Nombor 1 Malaysia” ( Malaysia’s No.1 Cultural Hotel ) dengan memulakan program kebudayaan pada setiap hujung minggu seperti latihan tarian tradisional untuk persatuan-persatuan dan kumpulan yang tidak mempunyai tempat latihan.
“Bridal Showcase 2019 - Festival Kahwin 2019” ini merupakan permulaan kepada pencorakan tersebut.
LAMAN WEB : https://theregencyhotel.my/kualalumpur
FACEBOOK : https://www.facebook.com/theregencyofficialINSTAGRAM : https://www.instagram.com/theregencyhotelkl
Ingat !! Tanda kalendar korang !!
Tarikh : 16hb Ogos 2019 – 18hb Ogos 2019
Hari : Jumaat – Ahad
LOVE ;
ATIE ADNAN
Bakal pengantin harus pi singgah intai-intai. Tentu ada yang berkenan di hati. Pakej RM6K tu murah beb! Nak rekemen kat adek adek sepupu ni...
ReplyDeletebahaya kalau singgah ni...
ReplyDeleteOk murah sangat tu RM6k/nett. Bakal-bakal pengantin tu wajib pegi bridal showcase macam ni baru boleh compare harga. Dapat lagi murah dan puas hati lagi berbaloi. Sekali je ni nak puas hati.
ReplyDeleteMudah dgn amik pakej sebegini.
ReplyDeleteAll in a pakej kan.
Sape yg bakal nak kawin, wajib gi ni. Dpt kan deal yf terbaik dgn harga yg best.
siapa2 nak jadi raja sehari nie...bagus pergi tengok apa-apa yang patut...mantau berkenan di hati
ReplyDeletemacam menarik ja festival ni. untuk mereka yang ada merancang untuk berkahwin bolehlah ke sini. berminat jugak nak pergi tapi macam tiada algi perancangan untuk berkahwin. :) terima kasih atas perkongsian ya
ReplyDeleteAkak pengantin yang dah lama ni Atie. Heheh. Gurau je.
ReplyDeleteBagus bridal showcase macam ni. Boleh tambah info bagi mereka yag merancang untuk ke alam perkahwinan. Kalau berkenan dengan apa yang di tawarkan disitu oleh peniaga dengan bajet kita, onz sajalah. Hehe
Wah..menarik bagi mereka yang nak kawin tu..bleh rekemen member pasal ni..kita pun suka tengok festival kawin ni..haha..dulu nak kawin kita p bridal showcase mcm ni
ReplyDeletewahhh sis. ingat sis yang nak naik pelamin tadi. kita dah save date dah. boleh usha2 tengok bridak showcase tu nanti. manalah tahu dpt ilham utk majlis sendiri nanti
ReplyDeleteBoleh rekomen siapa nak buat kerja kahwin. Pakej dia not bad juga sangat berbaloi. Title hotel budaya no 1 tu yg best
ReplyDeleteRM6000 je da boleh dapat wedding idaman. wow! kenapa la time saya kahwin xde macam ni..
ReplyDeletewaaa.. ada event ye kat The Regency Hotel.. bagus hotel ni dalam usaha nak mencapai tahap hotel no 1.. terbaik
ReplyDeleteFree hall renter! Sounds interesting for bride-to-be to have wedding ceremony there! Great sharing!
ReplyDeleteThose yg getting married........ pls check this out.
ReplyDeleteMenarik ni. I forward kat kawan2 yang plan nak kahwin. Hehe
ReplyDeleteBiar betik 6K nett? Itu harga Syu punya kenduri kot. Masa tu tahun 2012. Fuh 7 tahun dah berlalu, masih ada lagi harga macam tu.
ReplyDeleteHaalaaaa kita nak cakap yang awak sangat berseri macam bridal to be. Btw nt sy akan warwarkan pd kawan2 yang nak mendirikan umahtangga ya..
ReplyDeleteWow the prices are quite reasonable indeed. Would let me friends who are getting married to know more about this.
ReplyDelete