BAJET MAKAN KENYANG HANYA RM 1.00 DI myNEWS !! TAK PERCAYA ?

BIAR BETUL !!!!!!! Macam mana nak percaya dah kalau banyak sangat iklan scam kat internet baru-baru ni dengan pelbagai janji bulan dan bintang tapi satu objek pun tak nampak bayang. Tah pape. Tapi lain lah kalau apa yang kakak nak ceritakan sepanjang entri ni yang melibatkan makanan - kenyang cuma berharga RM 1.00.


Bila kakak cakap cuma RM 1.00 mesti korang macam :



"Elehhhhhhhhh-- Ye ke singit tu ? Cam tak cayeeeeeee je.. Kak Atie mana makan makanan moooooraaaaaahhhhhh.."


Cheh--
Cakap macam kakak tak de hati dan anak tekak kan ? Hahahaha~ Abaikan !!


PROMOSI SEPTEMBER 2019 myNEWS



Sedia tahu kalau nak cari makanan on-the-go memang kita akan cari kedai serbaneka yang menawarkan harga lebih murah berbanding harga kedai-kedai lain. Kan ? Sama juga dengan konsep myNEWS yang bukan setakat jual makanan ringan dan minuman untuk korang - KINI !! Dah ada bento dan onigiri !!


RM 1.00 !!

RM 1.00 !!

RM 1.00 !!

RM 1.00 !!

RM 1.00 !!

Je untuk bento dan onigiri gais !! Hee~ Ala. Korang dah biasa dengan makanan Jepun kan, mesti dapat bayangkan betapa heaven - nya setiap gigitan dan kunyahan MAHAL, apatah lagi bento yang disediakan oleh myNEWS yang dimasak segar setiap hari bagi menjamin kualiti makanan yang dihidangkan.

Banyak pilihan yang ada tapi untuk promosi bulan September ni ada BENTO SINGGIT yang korang boleh pilih mengikut selera :





  • Spaghetti Spicy Belado ( myNEWS Signature )
  • Jumbo Chicken Cutlet Bento
  • Mapo Tauhu Bento
  • Salmon Salsa Bento
  • Curry Laksa

YA !! Pada setiap SELASA sepanjang bulan September ni gais !! Sempatkan ?

Sama macam bento, onigiri pun pada harga RM 1.00 dan ada beberapa pilihan onigiri :


  • Onigiri Smoked Salmon Cream Cheese
  • Onigiri Garlic Teriyaki Mayo Chicken
  • Onigiri Teriyaki Salmon
  • Onigiri Tuna Mayo
  • Onigiri Tobiko Kani Mayo




Cayalah !! Khamis tapau onigiri buat standby kot kot lapar ke kan. Hee~ Serba serbi on-the-go gais !!

Bias lah sangat kan kalau kakak cakap semua sedap tapi saja ngade nak bagitau jugak, kakak suka Mapo Tauhu Bento dan Teriyaki Salmon untuk onigiri !! Hee~ Tak sedar dalam borak-borak dengan husband - licin. Segan je !!

Orang yang macam kakak yang selalu terkejar ke sana ke mari sangat memerlukan tenaga lebih tapi tak nak lah sampai skip makan, nanti tak sihat dan pilihan makanan on-the-go macam apa yang diusahakan oleh myNEWS ni sangat berbaloi.


APLIKASI myNEWS



Syokkan bila dapat beli makanan sedap pada harga super terbaik murah ? Ya !! Itulah yang kakak rasakan dan tak nak simpan sensorang !! Kena ajak korang beramai-ramai jugak !! Hee~ Baru meriah rasanya haa.

Kalau korang memang nak berjimat, apa kata install je aplikasi myNEWS dan gunakan e-wallet yang memang ada dalam aplikasi tu. Ha ? Tak pe. Boleh klik link kat bawah ni je.




Dan korang boleh guna pelbagai jenis diskaun yang ditawarkan menerusi aplikasi tersebut dan jangan pelik lah kalau makanan idaman korang seperti yang kakak nyatakan di atas ( hahahaha~ ) habis cepat !! Masa kakak pergi haritu pun dah tinggal sikit. Siapa tak nak berjimat tapi kenyang. Kan ?



TOPUP E-WALLET myNEWS RM 50.00 DAN DAPAT BONUS RM 5.00
PADA 15hb SEPTEMBER 2019 !!


Ni pun dah nak tengah bulan September kan dan apa kata korang serbu outlet myNEWS terpilih yang buat promosi ni macam yang kakak pergi haritu kat Bandar Sunway, siap ada tempat duduk lepak-lepak coffee lagi !! Sempatlah dating dengan encik suami sambil menunggu anak-anak habis tuisyen. Tapi tu lah. Kakak tak sempat nak rasa coffee dorang ( huu~ ) tapi ice cream coklat dan roti yang ada pun dah memang berbaloi. Sedap dan cukup rasa.



WAJIB CUBA !!
AISKRIM COKLAT !!



Banyak penjimatan yang korang boleh dapat sebenarnya kalau guna aplikasi myNEWS ni antaranya - korang boleh dapat diskaun RM 0.50 untuk roti-roti yang tersenarai dalam aplikasi.

Roti sampai, kakak terus borong gaissssssssss-- Nafsu !! Hahahaha~

Tertelan airliur ?
Ya !! Tahniah !! Korang dah terpedaya !! Hahahaha~

Apa lagi ? Kalau lalu myNEWS yang termasuk dalam senarai, jangan lupa singgah dan tapau sebarang dua makanan yang ada tapi kalau nak harga promosi kena ngam dengan hari dan tarikh lah ye. SELASA - BENTO dan KHAMIS - ONIGIRI. Install aplikasi myNEWS dan dapatkan lebih banyak voucher untuk korang berjimat !!


LAMAN WEB : http://www.mynews.com.my
FACEBOOK : https://www.facebook.com/myNEWS.com.my/
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/mynews_my

5 comments:

  1. best btul rm 1 je tp kena downlaod aps tu jd members la ye

    ReplyDelete
  2. okaylah diet mkn roti je.. i follow you

    ReplyDelete
  3. wahhh.. bestnya. semua onigiri jadi singgit.

    ReplyDelete
  4. wahhh seronok semuanya rm1.00 ni

    ReplyDelete
  5. wahhh menarik. sebelum ni pernah sign up apps mynews tapi taktau function pastu dh uninstall. ni nak kena install balik lah, esok cari onigiri!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.