MATXI CORP KINI 2 TAHUN DAN PERANCANGAN MENAWAN MALAYSIA

Matxi Corp yang juga pernah dikenali dengan nama Matxi SG pada sebelum ini hanya dikenali di negara asal pengasasnya iaitu Vietnam kini mula melebarkan sayap dengan menakluki pasaran di Malaysia untuk sama-sama memberi peluang kepada ahli mereka.

Matxi Group Malaysia

Diberi kesempatan menjadi salah seorang tenaga Media untuk majlis ulangtahun ke-2, kakak teruja dan berbangga dengan hasil Matxi Corp bersama lebih 2,000 orang ahli dari 30 buah negara untuk bersama-sama menjadi saksi perkembangan positif Matxi Corp.


ULANGTAHUN MATXI CORP YANG KE-2


Telah ditubuhkan pada Julai 2017, Matxi Corp yang berasal dari Bien Hoa, Wilayah Dong Nai, Vietnam merupakan anak syarikat MIIC Holdings Sdn. Bhd. yang mengkhususkan latihan dalam perniagaan, pembangunan sahsiah individu sekaligus memberi peluang kepada pengedar menghasilkan jualan yang lumayan dalan tempoh dua tahun sahaja.


Ulangtahun Matxi Corp

Mengkhususkan beberapa rangkaian perniagaan seperti :
  • Hartanah
  • Peruncitan Bahagian Kanak-kanak
  • Percetakan dan Pembungkusan
  • Syarikat Pengatur Acara
  • Restoran
  • Produk Kesihatan dan Kecantikan Berasaskan Tumbuhan Semulajadi
  • Pengeluar Jenama Kosmetik
Dan !!
Produk Matxi Corp boleh didapati di seluruh negara dan dieksport ke lima benua !!

Founder Matxi Corp

Dengan moto YOU DESERVE A BETTER LIFE ; Matxi Corp telah melahirkan lebih 20,000 orang pengedar yang menjadi tonggak kemegahan nama Matxi Corp dengan penghasilan secara konsisten melebihi sasaran yang mereka letakkan. Manakan tidak - segala tunjuk ajar dan bimbingan semasa membuat aktiviti pemasaran diberi secara profesional.

Kehidupan yang lebih baik sudah tentunya menjadi impian !!
Kan ?

Matxi

MAtxi Corp Malaysia

Matxi Vietnam

Bukan sekadar tin kosong yang hanya semakin kuat berbunyi apabila semakin lama, Matxi Corp telah membuktikan setiap dari pengedar yang telah berdaftar TERJAGA dari segi kebajikan dengan cara menyalurkan 10% keuntungan bulanan mereka untuk meringankan beban isi rumah yang memerlukan bantuan di Vietnam. Dan sangat membanggakan apabila mereka mengumumkan, Matxi Corp telah mempunyai Yayasan Amal Matxi dengan memberi perlindungan sosial kepada kanak-kanak dan warga tua di Rumah Ah Nhien.


2nd Anniversary Matxi Corp


Turut menandatangani kontrak pelan strategik dengan pusat penyelidikan dan kilang pembuatan di Amerika Syarikat, Jerman, Korea Selatan dan juga Malaysia - Matxi Corp akan mencuba sehabis baik memberi kualiti produk dan perkhidmatan kepada pengguna dengan mempertingkatkan kualiti yang ketat untuk setiap produk mereka dari masa ke semasa dan sudah pastinya dijual kepada end user pada harga yang berpatutan. 


Untuk maklumat lanjut mengenai Matxi Malaysia Sdn. Bhd. (1340975-W) korang boleh usya di Facebook: Matxicorp Malaysia, dan Instagram: @matxicorp 
#MATXICorp #YouDeserveABetterLife
Share:

2 comments :

  1. Wahhh ramai jugak ye blogger yg join ni. Dah byk jugak baca pasal event matxi corp ni

    ReplyDelete
  2. meriahnya.. Tahniah Matxi Malaysia :)

    ReplyDelete

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes