RUTIN MAKAN SNEK KINI MENYIHATKAN DENGAN PRODUK DARI MONDELEZ

Kalau masuk je mana-mana kedai pastinya mata tertancap tepat pada barisan susunan snek yang rata-ratanya menjadi makanan bila masa senggang – sama macam kakak dan keluarga, stok snek akan sentiasa ada dalam almari makanan dan dalah satu kegemaran kami adalah produk dari Mondelez.


Menjadi ibu yang sangat peka dengan pengambilan makanan manis untuk anak-anak yang sedang membesar, kakak akan pastikan snek yang Nur Aiman dan Nur Aina ambil berkhasiat, kurang gula dan memberi tenaga yang mencukupi untuk aktiviti seharian mereka. Al maklum lah, rutin harian mereka sangat padat dan ada kalanya keletihan dan masa ni lah kakak mainkan peranan untuk bina kegembiraan zaman kanak-kanak mereka sebaik mungkin. Hee~


SNAKING MADE RIGHT


TAPI !!
Pengambilan snek secara berlebihan boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan seperti kegemukan, rambut mudah gugur, faktor penuaan lebih awal berbanding usia dan hyperactive membuatkan anak-anak kurang tumpuan pada apa yang sepatutnya mereka wajib lakukan. Nah !! Sebab tu pengambilan apa-apa makanan dalam kuantiti yang sederhana sangat penting dan kiraan kalori pada setiap makanan bakal menentukan tahap kesihatan diri sendiri dan juga keluarga.


Sempat kakak timba ilmu dengan barisan panel yang berpengalaman untuk sesi SMRter Snacker dengan menekankan tabiat pengambilan snek secara berhemah dengan memberi impak kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Diketuai oleh Pengurus Nutrisi dan Komunikasi Strategik Mondelez AMEA, Pai Gee Chew untuk topik pengambilan snek secara berhemah bersama Dr. Satvinder Kaur, Penolong Profesor Universiti UCSI dan Encik Nash Idrus – selebriti dan juga seorang bapa kepada dua orang cahaya mata berkongsi pendapat dari perspektif keibubapaan.

Secara purata, rakyat Malaysia mengambil snek sebagai makanan sampingan sebanyak enam ke tujuh kali  sehari dan kekerapan pengambilan snek ini berpunca dari gaya hidup yang sibuk dengan rutin harian yang padat.


FAKTA :
Pada tahun 2018, jumlah jualan snek di Malaysia lebih kurang 
RM 1.28 billion dan dijangka akan meningkat pada tahun ini.


Kakak sendiri memilih snek sekiranya terpaksa berkejar dan tak sempat mengisi perut dengan makanan pada waktu yang tepat. Hee~ Bila seharian berkejar sana sini menguruskan anak-anak dan rumahtangga memang tak terkejar nak singgah cari makan dan pemilihan snek yang tepat sangat penting untuk kakak kekal bertenaga sebab tu kesedaran pengambilan makanan dapat mengawal keinginan kakak untuk mengambil lebih snek dari yang sepatutnya.

Nampak ?
Tetap ada tips dan trick ya.
Bukan makan semahunya tau.


Antara tips dan trick yang dikongsikan sepanjang sesi SMRter Snacker yang berlangsung selama dua jam tigapuluh minit :

  • Peka dengan keperluan diri sendiri bagi mengelakkan pengambilan snek dalam kuantiti yang banyak
  • Elakkan makan snek semasa menonton televisyen
  • Kunyah perlahan-lahan
  • Fokus kepada rasa dan aroma
  • Kira jumlah kalori yang sepatutnya diambil

Walaupun snek on-the-go semakin mendapat tempat dihati umum dengan pelbagai pilihan dan kreativiti, Mondelez sangat menekankan setiap produk mereka yang berada dipasaran merupakan makanan ringan berkhasiat dan mengikut piawaian nutrisi  yang baik dengan ramuan yang dipercayai dan Snacking Made Right dibina atas janji Mondelez kepada pengguna untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna memilih snek yang tepat pada masa yang tepat dengan cara yang betul.


“Kami sentiasa memberi fokus kepada penghasilan produk yang berinovasi bagi memenuhi 
keperluan para pengguna kami. Bukan itu sahaja, unit kawalan diperkenalkan bagi 
mengawal prestasi snek yang terbaik kerana ia mengandungi nutrisi penting 
bagi diet yang seimbang.”

- Pei Gee Chew ; Pengurus Nutrisi Strategik dan Komunikasi Mondelez International



Untuk maklumat lanjut tentang pelbagai rangkaian snek Mondelez, mungkin link kat bawah ni boleh bantu korang :




Kalau tanya kakak, snek apa yang kakak selalu sediakan di rumah untuk keluarga sudah tentunya rangkaian cokelat Cadbury dan juga biskut Belvita – untuk diri kakak sendiri. Senang kalau ada paket kecik dan boleh sumbat je dalam handbag. Bila tak sepat dan berkejar nak menguruskan urusan harian, dah ada pek penyelamat yang mempunyai kalori sesuai untuk diri kakak.


Sesekali hulur juga pada client – bodek lah katakan. Hee~


LOVE ;
ATIE ADNAN

2 comments:

  1. menarik apa isi adalam bakul purple tuh...

    ReplyDelete
  2. sedap biskut ni. saya pernah makan sebelum ni ..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.