TEROKA KEISTIMEWAAN NEW TAIPEI CITY DENGAN PENERBANGAN EVA AIR
Musim cuti sekolah datang lagi dan sudah tentunya banyak perancangan telah disusun supaya semuanya berjalan lancar sama seperti promosi New Taipei City dengan kerjasama dari EVA Air yang bakal membawa pengalaman baharu kepada pelancong.
Kalau tahun sebelumnya Ministry of Transportation and Communications Republic of China ( Taiwan ) ( MOTC ) merekodkan lebih 520,000 jumlah pelancong dari Malaysia dan menjangkakan jumlah akan meningkat pada tahun-tahun mendatang.
NEW TAIPEI CITY
Terlampau banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi di Taipei termasuklah lokasi-lokasi peninggalan sejarah dan juga berpuluh muzium untuk dimasukkan ke dalam senarai wajib kunjung, namun tarikan baharu yang mahu diketengahkan sempena New Taipei City Travel Fair adalah :
Shen’Ao Rail Bike | Kredit : Taipei News |
Jiufen Chipao | Kredit : We Fun Taipei |
Shou Shin Bou | Kedit : New Taipei City Travel |
Dan kalau korang merancang untuk ke Taipei, kakak sarankan pada bulan April hingga Jun. Kenapa ? Hee~ Sudah tentulah musim bunga !! Dengan udara yang nyaman dan penorama mata memandang sudah pasti Taipei menjanjikan pengalaman terindah.
- Peak Season : April - Jun dan September – November
- High Tourist Season : Julai – Ogos
- Low Season : Disember - Mac
- Musim bunga : April – Jun
- Musim panas : Jun – Ogos
- Musim luruh : September – November
- Musim sejuk : Disember – Mac
Sejak tahun 2009, New Taipei City telah bekerjasama secara langsung dengan EVA Air yang juga merupakan penerbangan berstatus 5 bintang yang telah diiktiraf oleh SKYTRAX selama empat tahun berturut-turut berbesar hati mengumumkan – setiap makanan yang dihidangkan untuk pelanggan Muslim telah mendapat sijil HALAL untuk perjalanan terus dari mana-mana lokai terpilih yang mempunyai liputan Eva Air terus ke Taipei dan kalau kat Malaysia ni memang kena naik di KLIA terus ke Taipei lah dengan pilihan tujuh penerbangan setiap minggu. Nak harga murah ? Hee~ MESTILAH !!!
PROMOSI PENERBANGAN KE TAIPEI
Bermula hari ini ( 20hb September 2019 ) hingga 22hb September 2019, EVA Air dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia akan mengadakan New Taipei City Travel Fair di NU Sentral untuk memperkenalkan tarikan terbaharu Taipei yang kian mendapat sambutan tempatan iaitu New Taipei City’s Mountain – Ocean Line, kepelbagaian selera HALAL Taipei yang menyelerakan dan sudah tentunya menarik !!
Simpan tarikh :
- 20hb September 2019 – 22hb September 2019
- NU Sentral, Kuala Lumpur
Dan !!
Pelanggan juga berpeluang merebut tawaran menarik dengan pelbagai diskaun hebat seperti apa yang diwar-warkan – pakej individu 4 hari 3 malam bermula dari harga RM 1,329.00 ataupun pakej berkumpulan 7 hari 6 malam bermula dari RM 2,599.00 sahaja !!
Turut bakal menjadi perhatian sepanjang promosi yang diadakan di NU Sentral pelanggan juga berpeluang mengabadikan kenangan di atas Shen’ao Rail Bike, menikmati kek nanas dan juga eggrolls dan juga bubble milk tea yang disediakan sendiri oleh Commissioner Chang Chi-Chiang dan Senior Vice President Charlie Pan.
Tak cukup ?
Hahahaha~
Sudah tentunya ada lucky draw untuk korang memenangi tiket penerbangan EVA Air dari Kuala Lumpur terus ke Taipei dengan menyertai I Want To Visit New Taipei City – korang cuma perlu tangkap gambar di hadapan booth / kiosk promosi yang telah disediakan dan kemudian upload gambar tersebut ke akaun Instagram korang. Jangan lupa masukkan hashtag ( #NewTaipeiTour #EVAAir ) dan pastikan korang tak private-kan akaun ya !!
KLIK SINI --> BUAT TEMPAHAN TERUS DI LAMAN WEB EVA AIR
Sepanjang tempoh promosi dan kalau korang ada beli apa-apa pakej yang tertakluk dalam promosi, korang juga berpeluang mendapat :
- PERCUMA New Taipei City Tour Guide Wallet
- PERCUMA Set Alat Tulis EVA Air
- Kupon Minum Petang di RSL Hotel Taipei Zhonghe Sweetheart
- Baucar Dua Hari Satu Malam Untuk 2 Orang di F Hotel
- iPass Card dan banyak lagi !!
Kalau korang masih menyusun perjalanan ke New Taipei City, mungkin link kat bawah ni sangat berguna untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini tentang keadaan ataupun apa-apa promosi dan perayaan yang akan berlangsung di sana. Tak lupa juga - semak harga tiket kapal terbang ya !!
LAMAN WEB : https://tour.ntpc.gov.tw
FACEBOOK : https://www.facebook.com/ntctour
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/newtaipeitour
LAMAN WEB : https://www.evaair.com
FACEBOOK : https://www.facebook.com/evaairwayscorpen
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/evaairways
Pssssssstt--
Jangan lupa 20hb - 22hb September di NU Sentral ya !!
LOVE ;
Jangan lupa 20hb - 22hb September di NU Sentral ya !!
LOVE ;
ATIE ADNAN
jom2 pergi taiwan
ReplyDeletebest owhhhhhh
teringin pula nak mengayuh dekat Shen'ao Rail Bike tu
kannnnnnn.. hee~ marilah usha tiket ke New Taipei City..
DeleteWowww macam best je New Taipei City... Jom g bercuti reramai nak x?
ReplyDeletebro cari sponsor plissssssssss--
DeleteWahh tiket murah. Tak pernah sampai New Taipei City lagi. Nanti nak tengok pakej yg ditawarkan dulu
ReplyDeletebetul tu qiss.. kena semak tawaran yang disediakan dan apa yang ditawarkan - tak de lah nanti tercangang tak tau apa nak buat kat sana.. kan ? hee~
Deletemenarik....
ReplyDeletebetul sis.. hee~ jom !! asyik jalan dalam Malaysia je..
Deletekalau ada rezeki, nak juga la sampai taipei ni :-)
ReplyDeletebetul tu sis.. kite pun teringin gak nak ke New Taipei City ni lagi-lagi bila dapat tau dorang sedang memperkasakan makanan dan produk Halal kat sana.. hee~ tak de lah nak risau sangat..
Delete