NAK UBAH HIDUP ; BANTU USAHAWAN LEBIH KAYA DAN BERJAYA - atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger

NAK UBAH HIDUP ; BANTU USAHAWAN LEBIH KAYA DAN BERJAYA

by - September 12, 2019

TERUJA !! Tak de perkataan lain yang kakak mampu ucapkan bila duduk menjadi salah seorang peserta dengan tiket eksklusif untuk program Nak Ubah Hidup 2019 yang telah berlangsung di Setia City Convention Centre ( SCCC ) beberapa minggu yang lepas.

Nak Ubah Hidup 2020

Seumur hidup kita sudah tentunya kita tak mahu menjadi statik dan langsung tidak berganjak walau seinci untuk mencapai kejayaan. Kalau bukan titik tolak dari diri sendiri, siapa lagi ? Hee~ Pernah terfikir tak ?


NAK UBAH HIDUP 2019


Macam biasa dengan sambutan luar biasa, sekali lagi Richworks International Sdn. Bhd. telah mengumpulkan lebih 12, 000 orang peserta dari seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei selama tiga hari semata-mata untuk melahirkan usahawan dan tenaga kerja yang berkaliber disamping mampu menyahut cabaran untuk BANGKIT dan pergi lebih jauh. Nah !!

Telah berpengalaman selama 11 tahun dalam menganjurkan program, Richworks International Sdn. Bhd. memberi fokus sepenuhnya untuk membantu usahawan dan bakal usahawan untuk meningkatkan tahap potensi diri, kehidupan dan tahap kewangan melalui perniagaan yang menguntungkan. 


Ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga tiga tahun pertama dalam perniagaan.
Ramai yang gulung tikar dan mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung
beban muflis akibat perniagaan yang tak berjalan lancar seperti yang diinginkan.


Program Nak Ubah Hidup Dr. Azizan Osman

Menyedari lebih ramai yang perlu dibantu, Dr. Azizan Osman yang juga merupakan pengasas Richworks International Sdn. Bhd. cuba untuk membantu lebih ramai peniaga dan bakal peniaga betapa pentingnya ilmu untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik.


DAFTAR #NUH2020


Jatuh bangun dalam perniagaan adalah sesuatu yang normal namun bangkit semula untuk menerima kesilapan dari sudut positif adalah sangat sukar. Ironinya, disaat Dr. Azizan Osman yang pernah mengalami kesukaran tiada seorang pun mahu menghulurkan tangan untuk memimpinnya bangkit semula. DAN !! Sebab itulah beliau nekad untuk berkongsi ilmu kejayaan dengan mereka yang mahu berjaya dalam perniagaan. 

Peluangkan ?


"Apa yang kita fikir akan menentukan apa tindakan kita.. Bila cara fikir
kita berubah, cara kerja kita pun ikut berubah.. Apa yang kita fikir menentukan
keputusan kita.."

Dr. Azizan Osman ; Pengasas Richworks International Sdn. Bhd.

Kalau sebelum ini, jumlah penyertaan terbesar untuk setiap program anjuran Richworks hanya sekitar 10, 000 orang peserta tapi untuk #NUH2019 kehadiran melebihi 12, 000 orang memberikan satu impak besar bahawa kepercayaan yang diberikan kepada Dr. Azizan Osman dan juga Richworks International Sdn. Bhd. sebagai satu TITIK permulaan untuk membantu lebih ramai usahawan tempatan untuk berjaya.

Kat Mana Nak Daftar Untuk Program Dr. Azizan Osman ?

Ini juga terbukti apabila semakin ramai pengasas jenama terkemuka di Malaysia mampu meningkatkan pendapatan sehingga jutaan ringgit setahun. NAH !! Bangga tak bangga bila tengok Nurraysa, Bantal Hotel DAG, Eskayvie, Hasnuri, Sabella, Rempah Mak Siti, Noor Arfa Batik, Jamumall dan banyak lagi !!

Apa yang lebih menarik apabila program #NUH2019 turut bertepatan dengan matlamat untuk memerdekakan diri dari belenggu hutang dan masalah ekonomi dan hidup sepuluh kali lebih baik dari sebelumnya diadakan pada ambang Kemerdekaan Malaysia yang ke-62 !! Simbolik kebebasan dan permulaan yang baharu dengan azam yang lebih kukuh.

Nampak macam konsert tapi penuh dengan pengisian yang sangat bermanfaat untuk mereka yang mendambakan perubahan serta sokongan ilmu yang betul.


Nak Ubah Hidup Richworks

Ibarat ; Berguru ke padang datar, dapat rusa belang kaki. Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi - ilmu dan tunjuk ajar disertakan dengan komitmen dari pelajar yang mahukan perubahan dari pelbagai sudut untuk bangkit dari kegagalan ataupun mahu pergi lebih jauh memerlukan guru yang 'mengetuk' supaya tidak terus terbuai dengan kerja-kerja yang tidak mendatangkan hasil.


Tips Perniagaan Berjaya 2020

Tahniah kepada lebih 12, 000 peserta yang memberi 100% kerjasama untuk berjaya dan pihak Richworks International Sdn. Bhd. untuk inisiatif membangkitkan ummah yang lebih berdaya saing dalam perniagaan dan sahsiah.


GREAT YEAR to start something great !!
JOM !! Sampai bila nak ada kat takuk tuuuuuuuuuuuuu je ?



LOVE ;
ATIE ADNAN


You May Also Like

4 comments

  1. Ramainya yanh attend NUH2019 ni, semoga yang attend semua dpt ilmu yang bermanfaat .. Seronok tengok semua nampak bermanfaat

    ReplyDelete
  2. Hebatnya smp 12k orang yg hadir.. memang bagus org yg nak mula bisnes untuk join kelas ni.. actually nak bagi semangat dan cr ilmu perniagaan

    ReplyDelete
  3. Nak berjaya tak leh sorang2 kan..perlu group support

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Banyak dah program bantu usahawan

    ReplyDelete