6 TIPS TURUNKAN BERAT BADAN DALAM TEMPOH 30 HARI ( DISIPLIN SANGAT DIPERLUKAN !! )

DIET ?? Eyyeewwwwww-- Banyak duit dah habis sebab try macam-macam jenis porduk kurus yang menjanjikan bulan dan bintang untuk melariskan stok tapi tak nampak kesan langsung. Memang impian nak turunkan berat badan tapi tu lah tu.

Tips Cepat Kurus Mudah

Ni dah masuk bulan September dan tahun 2019 dah nak habis pun tapi tak de sebarang perubahan pun kan ? Hahahaha~


TURUNKAN BERAT BADAN TANPA PRODUK KURUS


Scroll je media sosial korang pasti mata korang tertancap tepat dengan pelbagai promosi coaching diet yang ada. Diet atkins lah, diet pisang lah, diet telur lah, diet detoks lah, keto lah - dan banyak lagi sebenarnya tapi betul ke diet-diet tu semua berkesan untuk semua orang ? Tak menjejaskan kesihatan ke ? Confirm tak rebounce ke ?

Maaflah.
Kakak sejenis yang overthinking dan memang suka fikir benda-benda camni. Hee~

Kalau azam korang untuk turunkan berat badan masih belum tercapai, mungkin entri kakak kali ni boleh membantu selesaikan misi pada hujung-hujung fasa 2019 ni. Ala. Kalau korang boleh disiplin, dalam 30 hari pun dah nampak perubahan. Ha-- Jom !!


1. KAWAL KALORI

  • Janganlah makan ikut suka dan tak peka langsung tentang apa yang korang makan sehari-hari. Hee~ Buruk lantak namanya tu. Kalau korang nak turunkan berat badan secara serius, mungkin korang dah boleh mula mengira setiap jumlah kalori yang korang ambil dan TIDAK LEBIH.
    • 1, 500 untuk wanita
    • 2, 000 untuk lelaki

2. MEMILIH LAH SIKIT

  • Ingat tak iklan kukus - grill - panggang ? Ya !! Memang betul pun korang kena memilih bab makan dan elakkan makanan yang bergoreng dan berkuah selain itu, makanan yang menggunakan serbuk perasa pun tak elok untuk proses penurunan berat badan. Kurangkan pengambilan gula dan garam juga ya !!

3. SIKIT TAPI KERAP

  • Ikut jadual pemakanan yang betul memang diwajibkan sarapan - makan tengahari - minum petang - makan malam tapi dalam waktu senggang kalau lapar boleh je nak snacking. TAPI !! Merujuk kepada nombor dua di atas - memilihlah sikit. Dari korang makan cempedak goreng, mungkin korang boleh makan buah pisang atau biskut oat. Kan ?

4. KAWAL PORTION

  • Kemonnnnnnnn-- Dah kalau makanan penuh dalam pinggan sampai kena bawak troli, cemana nak klasifikasikan korang diet ? Hee~ Kawal okay ? Amalkan sepenumbuk nasi, sepenumbuk protein dan selebihnya sayur. Kat pasaran pun dah ada pinggan suku - suku - separuh tu dan kalau korang ADA disiplin, memang menjadi saja nak kurus tu ha.

5. JANGAN MAKAN MALAM

  • TAK DE ALASAN !! Jangan makan waktu malam. Lepas je pukul 8.00 malam dan kalau korang lapar cemana pun, jangan makan makanan berat sebaliknya isi perut dengan air teh hijau atau kopi tanpa gula. Tak boleh jugak ? Makan buah-buahan atau salad.

    Seeloknya kalau tak de kerja, malam tu tidurlah awal ya. Kalau lapar pun, dalam mimpi je.

6. TEH HIJAU

  • Ya !! Sedikit sebanyak teh hijau dapat membatu koang untuk menurunkan berat badan dan dah ada testimoni pun. Kan ? Selain dapat mengurangkan rasa lapar ia juga dapat mengurangkan masalah kembung perut. Paling BEST - teh hijau membantu bakar kalori tauuuuuuuuu-- Tapi korang kena bancuh tanpa gula lah !! 

Kalau korang memang konsisten dengan ENAM tips kat atas tu dalam tempoh 30 hari, kakak berani jamin saiz baju dan seluar korang akan berkurang SATU atau DUA saiz. Nah !! Ni tips untuk yang obesiti ataupun BMI kat paras bahaya lah ya.

Selain enam tips kat atas tu, mungkin korang boleh seimbangkan dengan senaman. Sebab ?
Hee~


SIFIR KURUS


Nak lagi cepat, korang kena selang selikan dengan senaman. Tak kisah lah senaman ringan ataupun pertengahan tapi korang kena bersenam sebab sifir untuk kurus adalah :

  • 80% pemakanan
  • 20% senaman

Senaman bukan untuk bakar kalori je tapi untuk muscle toning. Ye lah. Berat badan dah susut nanti ada yang menggeleber plak kan ? Tak cantik dah. Hee~

Kalau tanya kakak, senaman apa yang sesuai - kakak tetaplah memilih senaman paling mudah. Berlari, skipping atau berbasikal. Amalkan selama 30 hari tanpa ngelat, confirm menjerit penimbang berat korang tu. Baju dan seluar longgar ? Tak peliklah !! 

Apa lagi ?
Jom lah tamatkan 2019 dengan berat badan yang korang impikan.


LOVE ;
ATIE ADNAN

Share:

2 comments :

  1. Apa yang penting kena disiplin kan kak atie.. Nak kurus jugak macam kak atie😁

    ReplyDelete
  2. patutlah awak dah kurus.. muka nampak cengkung..

    ReplyDelete

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes