VIVO V17 PRO DIJUAL PADA HARGA RM 1,699.00 !! - atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger

VIVO V17 PRO DIJUAL PADA HARGA RM 1,699.00 !!

by - October 03, 2019

TAHNIAH lagi Vivo yang telah melancarkan telefon pintar baharu yang berharga RM 1,699.00 dan merupakan antara telefon pintar termurah dengan kualiti setanding jenama lain. Em—Apa yang menarik ?


Sekali lagi melakar sejarah dalam arena teknologi telefon pintar, Vivo tampil dengan V17 Pro yang dilengkapi dengan enam kamera utama di bahagian depan dan belakang untuk bidikan gambar yang lebih jelas dan berkualiti tinggi.


SPESIFIKASI VIVO V17 PRO


Dengan rekaan visual eksklusif Super AMOLED Ultra FullView™ Display yang berukuran 6.44 inci yang memberi kepuasan kepada pengguna melihat tanpa gangguan. Menggunakan tagline SHOOT BEYOND LIMITS – V17 Pro dilengkapi dua kamera hadapan dengan 32 megapixel + 8 megapixel sekaligus memberi kepuasan kalai korang nak bergambar dalam gelap sebab Vivo V17 Pro ada Selfie Softlight dan Super Night Selfie.

Apa yang uniknya apabila ketumpatan pixel imbasan cap jari yang lebih tinggi dan algoritma yang canggih – V17 Pro dilengkapi dengan teknologi imbasan cap jari yang menjamin keselamatan privacy pengguna. Nah !! Dah ada telefon pintar sudah tentulah mahukan yang pintar-pintar saja kan ? Hee~ Maklumat peribadi terjaga apabila hanya satu imbasan jari dibenarkan !!

Didatangkan dengan cip Qualcomm Snapdragon 675 AIE dan 8GB RAM bersama storan dalaman 128GB yang memastikan kelancaran prestasi setiap aplikasi dan sistem dikendalikan dengan lembut dan laju.


Kalau korang sejenis yang sibuk dan selalu ada kat luar kawasan untuk urusan kerja ataupun aktiviti lain, keperluan bateri yang disediakan oleh V17 Pro dengan kapasiti bateri 4100mAH memberi sokongan teknologi pengecasan pantas.

TERBAIK !!


KAMERA CANGGIH VIVO V17 PRO


Didatangkan dengan dua warna iaitu Knight Black dan Crystal White bersama pop-up dwi-kamera depan yang premium, earpiece dan rekaan bentuk aloi berbingkai penuh – V17 Pro dibina untuk menggabungkan ciri-ciri mekanikal dengan perincian artistik membuatkan V17 Pro mampu mencapai jangkaan pengguna untuk mendapat kualiti gambar yang sempurna.



Kamera di bahagian hadapan dengan 32MP dan sudut lebar swafoto 8MP mampu memberi kelebaran maksima hingga 105 darjah memudahkan pengambilan swafoto secara berkumpulan. Yang lagi menariknya, kamera belakang mencapai sehingga 48MP dan sangat peka pada cahaya yang luar biasa dan menjamin gambar lebih jelas dan terang dalam semua keadaan termasuk gelap dan malap tanpa mencacatkan butiran pada gambar. Nak mode apa ? Super Wide Angle, Super Macro dan Bokeh untuk mengekspresikan mood – silakan !!

KAKI GAME ??
Sila tersenyum lebar. Hee~


Untuk peminat permainan video melalui telefon pintar – Vivo sangat prihatin dan mengkhususkan V17 Pro yang dilengkapi dengan GAME MODE untuk memberi pengalaman permainan video yang lancar dengan menggunakan teknologi Multi-Turbo. Tak cukup teruja ? Hahahaha~ V17 Pro pun menyediakan Voice Changer untuk korang main tukar-tukar suara !!


Apa lagi ?
Sementara masih panas dipasaran dan harga pun memang berbaloi gile ( RM 1,699.00 ) jadikan cerita pada setiap gambar kenangan terindah yang terpatri dalam bentuk visual untuk dikenang kelak. Untuk maklumat lanjut dan pelbagai promosi lain dari Vivo – link kat bawah ni mungkin membantu.




LOVE ;
ATIE ADNAN

You May Also Like

0 comments