RECOMENDED !! HOMESTAY MURAH DAN SELESA DI TENGAH BANDAR MELAKA

Tajuk sissssssssss-- Kemain sangat kan ? Hahahaha~ Mana tak nya, kakak baru check in dah ada member hantar whatsapp kata hotel tengah bandar Melaka tu SERAM !! Ye ke ?

Homestay Murah Melaka

Benda memang tak plan langsung sebab kakak memetik :


"Dah lama tak makan asam pedas Bukit Cina.."


Dan kebetulan esoknya adalah Public Holiday, maka encik suami teruslah masuk tol dan menghala ke MELAKA !! Hee~ Setiap tahun kalau tak ke Melaka memang tak lengkap agaknya hidup kakak ni.


TEMPAHAN MINIT TERAKHIR



Keputusan ni memang tak de nak bincang-bincang lagi dah, main sebut pun dah lepas Maghrib - redah je lah sebab takut tak de hotel. Tapi kakak kan bijak, terus lah explore macam-macam aplikasi untuk tempahan hotel - paling teruk pun kalau tak berbaloi, encik suami memang dah ready nak patah balik ke Bukit Jalil lepas makan asam pedas. Hahahaha~

Kelakar ?
Tak lah. Kitorang dah biasa buat kerja gila macam ni sejak Nur Aiman dan Nur Aina kecik lagi cuma masa dorang kecik lebih bertimbang rasa lah, sekarang ni dorang pun dah lasak - kami makin lasak lah.

Mula-mula kakak buka OYO Hotel sebab tau tawaran harga dorang memang tak masuk akal dan ada beberapa bilik yang kakak suka tapi ntah, rasa macam AirBNB lagi macam best plak malam tu. Tak de sebab pun, terus bukak dan cari area tengah bandar yang banyak benda kitorang boleh buat dan tentunya dekat dengan McDonald's !!

Hotel Murah Melaka 2020

Masa scroll tu mata kakak tertancap kat perabot warna merah ni, nampak fresh dan bersih sangat tapi dek kerana pengalaman lama yang terkena masa booking homestay kat Cyberjaya melalui aplikasi Booking - memang kakak tak letak high expectation lah. Jam pun dah pukul 8.00 malam, terus lah kakak booking dengan pengeras sebanyak RM 101.10 jekkkkkkkkkk.

Jadilah studio house satu bilik yang lengkap dengan dapur, bilik air dan kelengkapan rumah.

Cheap Hotel In Melaka

Masuk mana-mana tempat wajiblah kita bagi salam ya anak-anak. Hee~ Tak kira lah kat mana kecuali toilet - itu tak payah ngko mengada nak bagi salam, kakak hempuk ko nanti. Dan buka je pintu, kakak memang puas hati sebab bilik yang disediakan memang sebijik macam iklan dalam AirBNB tu. Fuff-- Tersenyum lah kami.

Dan masa kakak buat tempahan tu, owner / agent homestay tu ada tanya berapa orang untuk menginap kat sana dan kakak jujur jek lah cakap 2 dewasa + 2 kanak-kanak. Kakak dah fikir dah biasanya kalau studio house, dorang tak bagi menginap ramai-ramai tapi tak pe lah. Jujur lebih penting. Gittew--

AirBNB Melaka

Kakak siap tanya lagi samada okay atau tak kami berempat tapi bila owner / agent kata OKAY memang kakak teruskan pembayaran dan tunggu masa nak sampai ke bumi Melaka je lah. Hee~ Senang berurusan sebab dia pun tak banyak tanya dan urusan semua melalui aplikasi Whatsapp dan juga Whatsapp.

Melaka

Rupanya !!
Dorang tanya sebab nak sediakan extra matress weyyyyyyyy-- Terharu gak ah !! Dah lah bilik memang bersih, wangi dan selesa. Ntah !! Bukan nak lambung tinggi tapi owner / agent camni yang buat kakak ( kami !! ) memilih untuk menginap homestay berbanding hotel. Sebab rasa macam kat rumah sendiri kot.

Hotel Murah Melaka

Dapur merah !! Kemas dan lengkap dengan peralatan.

Homestay Murah Bandar Melaka

Meja solek dalam bilik. Cermin dia WOW !! Kakak suka sebab bersih dan tak berkeladak. Tak macam homestay tuuuuuuuuuuuu--

Hotel Melaka Murah Dan Bersih

Bilik air / tandas pun bersih siap ada shower gel dan syampu lagi. Hahaha~ Sangat sesuai ya yang jenis nak menginap tapi sehelai sepinggang macam kami sekeluarga.

Hotel Melaka Ada Saterika

Yang penting ada ironboard ya anak-anak !! Hahahaha~ Kakak love betul kalau tak payah mintak iron tapi benda tu common sense dari owner / agent untuk WAJIB sediakan !! Ah !! Love !! Love !!

Asam Pedas Blackpepper Perigi Hang Li PO

Selepas kami sekeluarga kekenyangan bak penguin tak larat nak melangkah walaupun selangkah, kami balik homestay dengan perasaan yang sangat bahagia. Hahahaha~ Perut kenyang, homestay best dan boleh tido lena untuk program esoknya pulak.

Dan macam biasa.
Bila tempat asing memang kakak susah sikit nak lelap dan macam-macam bayangan main kat mata ni. Yah !! Kinda overthinking gittew tapi kakak lena jugak lah sampai nak bangun Subuh pun seksa yakmat ya gais.

Celik mata dek terpaksa dan !!!!!!!

Staycation Mahkote Hotel Malacca

Ini adalah view nya weyyyyyyyyyyy--
Sumpah puas hati tak de nak komplen apa dah.

Cheap Homestay Melaka

Pandang bawah sikit, nampak swimming pool yang sangat biru !! Bersih gais !! Ah !! Tak tau nak puji apa lagi dah. Hahahaha~ Dengan RM 101.10 kami dapat semua ni. Best wey. Malas rasanya nak balik KL kalau gini.

Kids Friendly Hotel

Tak de diskaun, dua ketul ni ajak berkubang dan melepak sampai pukul 11.00 pagi dari pukul 8.30 pagi kat dalam air. Naik kecut tengok tapi anak-anak happy, tak pe lah - kakak dan encik suami layan je. Selama dorang berkubang tu, dapat lah kakak borak-borak dengan encik suami menyelami hati masing-masing. A-- Gittew--

Naik hotel lepas berendam tu pun dah nak pukul 11.30 pagi dengan merengeknya Nur Aina, berebut nak bilas badan lah, nak bersiap lah apa segala gedebak gedebuk jam menunjukkan pukul 12.30 tengahari.




Selalu kalau unit bawah pengendalian hotel, tergocoh-gocoh lah nak mengejar masa checkout tapi dengan dorang ni - memang SANTAI gais !! Dorang tak tanya pun sampai lah kami dah check out tapi kakak sengaja tak bagitau dorang. Hahahaha~ Rasa serba salah, kakak text lah dorang dalam pukul 1.00 petang gitu.

Dia cuma balas :


Hope u had a good stay.
Please leave us a rating ya.


Sis akan kembali dik sebab memang SINI tempat sis, Melaka always my place.
Don't worry. Hahahaha~

Nak bilik yang sama kakak amik ni ?
Klik link bawah nih ha.

2 comments:

  1. murah tu..ngan pool lg yg bole tahan besar juga

    ReplyDelete
  2. selesa homestay.. boleh try lepas ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.