AUSTRALIAN SUMMER FRUITS – KINI SEGAR TERUS DARI LADANG KE PASARAYA DI MALAYSIA

Bila bercakap pasal buah-buahan, mesti terdetik dalam hati, nak makan buah-buah sedap dan segar tapi mesti mahal dan rasa berat nak keluarkan duit. Hee~ Terus dari ladang ke pasaraya di sekitar kita, Australia yang merupakan pengimport buah-buahan terbaik di dunia membuka ruang kepada rakyat di Malaysia dengan memasarkan produk terbaik dari mereka.


Buah-buahan Dari Australia

Mesti ramai terfikir, musim panas mana ada pokok nak berbuah. Kan ?


BUAH-BUAHAN MUSIM PANAS AUSTRALIA



Bukan satu jenis buah je tapi ada tujuh jenis buah-buahan musim panas yang dieksport terus oleh Australia masuk ke pasaran Malaysia dan menjadikan Jaya Grocer, Village Grocer dan AEON Supermarket sebagai platform bagi memenuhi permintaan pelanggan yang meningkat dari sehari ke sehari.


Australian

Melalui kempen “Celebration Of Flavours”yang telah dilancarkan baru-baru ini, semua orang layak untuk merasai dan menikmati setiap khasiat yang dibekalkan antaranya vitamin C, vitamin B, vitamin K dan juga serat yang sangat elok untuk keseimbangan kesihatan badan. Al maklum lah – kita ni kalau dapat makan makanan tak berkhasiat memang laju tapi nak makan makanan yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup, payah kemain. Hee~

Dengan iklim musim panas Australia yang mampu menghasilkan buah-buahan antaranya Plum, Peach, Aprikot dan Nectarine yang sangat cantik warnanya diseimbangkan bersama khasiat yang terkandung, memberikan gambaran menyeluruh bahawa buah-buahan ini ternyata segar dan tidak menggunakan racun perosak serangga yang merbahaya. Nah !! Selamat untuk kita di Malaysia ni yang sangat skeptikal tentang apa yang dimakan. Kan ?


Chef Abang Brian

Sempena majlis pelancaran baru-baru ini, Chef Brian iaitu selebriti chef telah membuat beberapa demo masakan yang menggunakan kesemua buah-buahan Musim Panas Australia ni. Dah lah mudah, senang untuk dipelbagaikan apatah lagi kalau dimakan bersama keluarga – sudah tentu khasiatnya meresap masuk disamping kegembiraan yang dinikmati bersama. Wah !! Drama kan ? Hee~ Tapi, kakak ni seorang ibu kepada dua orang anak yang sedang membesar – buah-buahan adalah wajib untuk kami, sudah tentu kakak sangat teruja untuk mencuba kesemua resepi yang telah dikongsikan.

Kak Atie kan ?

Sejenis teruja dengan benda yang melibatkan kesihatan. Hee~


ROMANTIC PEACH DAN TRIFLE COKELAT



Jelly
  • 2 cawan air
  • 1 cawan jus Nectarine
  • 3 sudu makan gelatin
  • 2 sudu makan gula kastor
  • 6 biji buah Peach dipotong 8


Almond Crumble
  • 1 cawan tepung serbaguna
  • 3 sudu makan gula
  • 1/4 sudu teh serbuk buah pala
  • 1/2 cawan Almond yang dihiris
  • 6 sudu makan unsalted butter, dipotong dadu
  • sedikit garam


White Chocolate Cream
  • 100 gram cokelat putih dicincang
  • 75ml krim pekat
  • 250ml krim pekat, dipukul
  • 500 gram cokelat swiss roll
  • Plum merah dipotong dua


Topping
  • 350 gram topping cram, dipukul
  • 2 biji buah Peach dipotong lapan


Resepi Puding Trifle Mudah

Ya ampun sangat kan ? Hahahahah~ Menitis air liur !! Sedap lagi-lagi bila makan bersama keluarga. Nah !!

Blogger Malaysia

Tak payah beli tiket kapal terbang mahal-mahal, singgah sekejap kat Jaya Grocer, Village Grocer dan juga semua cawangan AEON Supermarket untuk stok korang !! Lagi-lagi yang selalu mengidam teruk tu. Hee~

Zaman serba mudah dah kan.


LOVE ,
ATIE ADNAN

No comments:

Powered by Blogger.