#NUH2020 ; ‘MENAMPAR’ LEBIH 13,000 ORANG PESERTA UNTUK MENJADI LEBIH BAIK
TAHNIAH untuk 13,000 orang peserta termasuk kakak yang telah menyerah diri untuk ‘ditampar’ selama tiga hari sepanjang berlangsungnya program Nak Ubah Hidup 2020 ( #NUH2020 ) bagi mencari titik permulaan tahun baharu sekaligus menjadi jauh lebih baik dari sebelumnya.
Nah !!
Bukan lah kena tampar betul-betul tapi lebih kepada membuka minda dan hati untuk menerima teguran dan belajar sesuatu yang baharu.
Bukan lah kena tampar betul-betul tapi lebih kepada membuka minda dan hati untuk menerima teguran dan belajar sesuatu yang baharu.
NAK UBAH HIDUP – RICHWORKS
Telah masuk tahun ke-12 Richworks Sdn. Bhd. menjadi pengelola utama dengan tujuan mendidik, memberi pengajaran dan juga tunjuk ajar kepada usahawan, bakal usahawan dan juga mereka yang stuck pada kedudukan kerja yang sama saban tahun – #NUH2020 merupakan platform pertama seumpamanya yang telah melahirkan ribuan usahawan yang berjaya mendapatkan hasil jualan di luar jangkaan.
Kakak tertarik dengan kisah tiga orang usahawan Melayu yang berjaya mengangkat gelaran JUTAWAN dengan bimbingan dan tunjuk ajar dari Dr. Azizan Osman melalui program Titanium iaitu :
- Eriyca Baiduri – Noir Health & Beauty
- Memulakan bisnes seawal tahun 2017 pada ketika FB Live sedang trending sedangkan beliau tak tau langsung bagaimana FB Live berfungsi. Mula menuntut ilmu marketing dalam program Millionaire Marketing Mastery ( MMM ) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium ( program MENTHORSHIP – bimbingan secara dekat dari Dr. Azizan Osman ) yang telah membantu perniagaan beliau menginjak hasil jualan dari RM 3.2 juta ( 2018 ) ke RM 18.3 juta ( 2019 ) dengan 3,000 ejen dan 120 stokis dari seluruh Malaysia.
BACA SINI –> NAK UBAH HIDUP 2019
- Siti Noor Sabrina – Mamasab Bakery
- Pendatapan beliau naik mendadak dari RM 5.1 juta ( 2018 ) ke RM 15.4 juta ( 2019 ) – Mamasab Bakery merupakan perniagaan kek yang bermula dari rumah atas dasar suka-suka kini mempunyai ejen seramai 3,000 orang dari seluruh Malaysia dan tujuh cawangan berkembang seiring dengan permintaan dari pelanggan selama dua tahun. Beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan juga Top 100 Young CEO 2019.
- Rosli Ismail – Oli Collection
- Telah menjalankan perniagaan cadar selama 20 tahun, namun stuck dalam perniagaan dan tak mampu nak pergi jauh. Pada tahun 2016 hingga 2018, sales beliau menurun dengan terok dan mengalami pelbagai kesukaran dalam bidang perniagaan. Sejak mendapat bimbingan dari Dr. Azizan Osman pada tahun 2019, sales perniagaan beliau meningkat dari RM 4 juta ke RM 13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. Apa yang membanggakan, beliau berjaya membina semula Maahad Tahfiz Sains Oli yang hampir tutup sebelum ini atas faktor kewangan.
World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach |
Dengan visi Dr. Azizan Osman sendiri yang mahu mengurangkan kadar kemiskinan dunia dengan meningkatkan pendapatan setiap isi rumah kepada lebih RM 200,000.00 setahun dan juga mewujudkan legasi 100,000 jutawan pada tahun 2030 sejajar dengan visi RichWorks yang mahu menjadi ‘Netflix’ Pendidikan Usahawan berorientasikan RESULTS dan penyelesaian yang paling mudah dan pantas serta dipercayai – berdasarkan testimoni.
Sepanjang program #NUH2020, kesemua peserta diajar :
- Bagaimana mengendalikan perasaan POSITIF dan NEGATIF tepat pada tempatnya.
- Bagaimana menyusun keutamaan strategi.
- Tips cepat dan mudah menjadi magnet duit.
- Mencari titik ENERGY bagi menentukan Law Of Expectation.
- Apa cara yang betul untuk mencari kunci perubahan.
- Cara terbaik untuk kembangkan network dan juga karier.
- Jenis-jenis KAYA - confirm korang suka topik ni !!
Dan banyak lagi yang memang kakak tak boleh nak senaraikan sebab setiap topik saling berkait dan konklusinya bagaimana untuk korang jadi yang terbaik dalam platform yang dipilih.
Kalau nak diikutkan, ini adalah kali ketiga kakak sertai program RichWorks sebagai salah seorang dari media yang bertugas tetapi diberi peluang merasai pengalaman sebagai peserta dalam masa yang sama memberi satu sudut pandangan lain dari sisi kerja kakak sebagai seorang ibu yang bekerja dari rumah – memang tak sempat nak mengulit rasa NEGATIF sebaliknya kakak masih menggunakan setiap tunjuk ajar dari program ini sebagai titik tolak untuk kakak berlari lebih jauh dan mampu memberi yang terbaik kepada keluarga dan juga client. Hee~
IMPAK ?
Hee~
Impian kakak tak de lah besar mana tapi untuk tahun 2020 ni, kakak yakin kakak mampu jana SIX FIGURES yang pertama melalui skop kerja yang sedang kakak usahakan. In shaa Allah. Sebab tak de yang mustahil dalam hidup ni melainkan kita yang berakal ni sangat malas nak bertindak dan selalu bertangguh kerja. Haa—Itu adalah point yang menyebabkan karier kita tak berkembang tau. Tengah kakak menaip ni masih terngiang apa yang Dr. Azizan Osman sampaikan :
“ Kita boleh tarik kuda ke sungai tapi kita tak boleh paksa dia minum air—“
Kalau diberi rezeki lebih dan kelapangan masa, In shaa Allah – kakak akan turut serta dalam barisan peserta Millionaire Marketing Mastery ( MMM ) yang akan diadakan pada bulan Mac 2020 nanti. Hee~ Kalau korang nak join ataupun nakkan informasi terkini tentang program menjadi KAYA dan BERJAYA kelolaan RichWorks mungkin link kat bawah ni boleh membantu.
LOVE ;
ATIE ADNAN
Alhamdulillah.. rezeki Atie dapat join seminar macam ni.. semoga ilmu yg diberikan dapat dimanfaatkan..
ReplyDeletealhamdulillah kak.. in shaa Allah.. atie akan banyakkan sharing dari masa ke semasa.. hee~
DeleteBawak kita please kelas MMM!HIHIHIHI!
ReplyDeletemarilah awak !! kite pun tak de geng ni.. hee~
Deletebest program camni :)
ReplyDeletebetul tu.. sesekali duduk dalam cicle yang positif, kita pun terikut sama.. hee~
Deletewow kakak..semoga target six figures kakak tu tercapai tak lama lagi. All the best!
ReplyDeleteaamiin.. sama juga dengan huda.. hee~
Delete