DOA UNTUK SAHABAT--

HIDUP kalau hanya sendirian mesti susah dan tak de warna langsung sebab tu kita diberi peluang untuk saling berkenalan antara satu sama lain. Sahabat - yang bukan dari darah daging kita tapi tersangat istimewa berada dalam hati.

Doa Untuk Sahabat

Kakak sendiri tak meletakkan had untuk berkenalan dengan sesiapa tapi meletakkan title SAHABAT biar perlu bertempat supaya apa yang kita korbankan tak sia-sia. Hee~

Mengklasifikasikan PERSAHABATAN sebagai tingkah laku untuk saling bekerjasama antara dua orang ataupun lebih yang mempunyai kesamaan intelektual dan emosi. Pada kakak pula, persahabatan merupakan :

  • Kecenderungan untuk memberi apa-apa yang terbaik bagi pihak yang lagi satu
  • Penuh simpati dan empati
  • Kejujuran dan juga persefahaman

Dan kalau tak de ketiga-tiga aspek ni memang payah lah nak capai kata-kata sepakat. Hee~ Dia akan jadi - walaupun dekat tetap rasa jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh beribu batu gais. Tapi kalau ada aspek-aspek tersebut, kakak rasa hubungan minda tu tetap akan terjalin.

Real what !!
Korang tak pernah rasa eh bila sahabat korang boleh baca minda korang ? Benda tu macam ada connection yang kuat tau - tak tau nak explain tapi bila korang rapat dengan ikhlas, hati dan minda korang memang akan SAMA.


DOA UNTUK SAHABAT



Ntah !!
Sebab benda ni subjektif sangat dan kakak pernah berdebat dengan beberapa orang tentang SAHABAT dan tak de lah siapa yang menang sebab pendapat masing-masing tak de salah pun. Cuma kakak percaya, dalam persahabatan perlu ada beberapa aspek seperti :

  • Hormat
  • Tolak ansur
  • Persefahaman
  • DOA

Daripasa Safwan bin Abdillah RA ; bahawa Nabi SAW bersabda :


دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ، عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ، قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Bermaksud :
"Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan ( tanpa pengetahuannya ) adalah mustajab. Dikepalanya ( yang berdoa ) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata : Amin dan bagi engkau seperti itu juga ( sama seperti apa yang didoakan itu ).."
- Riwayat Muslim ( 4914 )

Ya Allah..
Panjangkanlah umur sahabatku,
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
Terangi hatinya dengan NUR pancaran iman.

Ya Allah..
Tetapkanlah hatinya dan perluaskanlah rezekinya,
Dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
Jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
Tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat,

Ya Allah..
Kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak,
Ampunilah aku dan sahabatku dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang.

Ya Allah..
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan Engkau telah ampunkan dan peliharalah aibnya supaya maruahnya terpelihara dari pandangan manusia.
Hapuskan segala dukanya dan tunaikanlah hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai.

Hapuskan setiap kesakitan dan sembuhkan luka-luka yang berparut padanya.

Ya Allah,
Lindungilah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMy dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah..
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah.
Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah..
Sayangilah para sahabatku melebihi aku menyayangi mereka.


LOVE ;
ATIE ADNAN


Share:

3 comments :

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes