BARANGAN BUATAN MALAYSIA BERKUALITI SETANDING JENAMA ANTARABANGSA

Masih ramai yang skeptikal bila iklan-iklan BELILAH BARANGAN BUATAN TEMPATAN lalu lalang dipaparan media sedangkan apa yang dipapar telah mendapat pengiktirafan dan bukannya seperti zaman dahulu yang tidak mendapat pantauan oleh pihak berwajib.

Sapot Lokal

Telah dilaksanakan sejak 35 tahun dahulu, Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ( KPDNHEP ) sekali lagi mendapat permintaan rakyat Malaysia selaras dengan persaingan ekonomi di peringkat global sekaligus memberi peluang kepada Usahawan IKS menyasarkan pembeli melalui penjualan di pasaraya-pasaraya mega di seluruh Malaysia.



“Langkah kerajaan untuk memperkasa KBBM 2019 adalah tepat dan sangat signifikan 
bagi mengimbangi cabaran serta tekanan globalisasi ekonomi semasa, khususnya untuk 
merancakkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi domestik melalui peningkatan 
pembelian dan penggunaan produk atau perkhidmatan tempatan..”

- Sekretariat KBBM 2019 KPDNHEP ; Sinar Harian




KEMPEN BELI BARANGAN BUATAN MALAYSIA



Biarpun tidak dipergiatkan dan sering dianaktirikan, ia tidak mematahkan semangat usahawan-usahawan IKS ( Industri Kecil dan Sederhana ) yang mahu berdiri setanding jenama luar, menguatkan hujah kakak ( KAHHHHHH—) apabila tiga jenama iaitu MisMis, Swag dan juga Blossom berjaya menjadi jenama produk keluaran Bumiputera memasuki pasaran Pasaraya Tesco Malaysia. Berdiri sama tinggi, ketiga-tiga jenama tersebut yang turut mempunyai sijil KKM dan juga pengiktirafan HALAL – dijangka menjadi permintaan pengguna sekiranya pengguna mempunyai kesedaran tentang betapa pentingnya menyokong produk keluaran tempatan.






Nahhhhhh--
Ini kira kakak menghasut ni. Hahahahaha~ Ye lah. Bila keluaran Bumiputera yang juga merupakan usahawan IKS sudah tentunya produk yang dikeluarkan menggunakan bahan-bahan tempatan yang berkualiti sekaligus menjamin kualiti pengeluaran disamping kualiti – sebab itulah harganya lebih murah.

Usahawan IKS
Barisan Pengarah Urusan : Puan Leny Adam ( Blossom ), Encik Mohd Rozailmee Zulkeply ( SWAG ), Puan Noormawarni Nordin ( Mismis )

Tidak hanya berpegang kepada produk – jenama – tempatan ; setiap usahawan IKS yang terpilih untuk memasarkan produk mereka ke peringkat global haruslah mematuhi syarat pengeluaran produk untuk pasaraya-pasaraya besar supaya industri pemasaran lebih berdaya saing dan proaktif.



BLOSSOM ; MEMASTIKAN KULIT LEBIH LEMBUT DAN BERSIH



Kita sendiri dilahirkan dengan pelbagai jenis kulit dan ada sesetengah diantara kita kurang bernasib baik kerana mempunyai masalah kulit yang mengganggu keselesaan sehari-hari. Tapi !! Blossom boleh jadi bestfriend korang mulai korang baca entri kakak ni. Hee~

Sebab ?

Blossom Asianic
Asianic

Blossom diformulasikan dari bahan semulajadi yang terpilih serta bermutu tinggi untuk menyesuaikan pelbagai jenis kulit wanita Asia disamping membantu merawat masalah kulit seperti kekeringan, berkuping dan juga berminyak tidak sekata. Mempertaruhkan empat variasi losyen badan dan juga tangan berasaskan Tangerine, Papaya, Olive Oil dan juga Rose turut dibekalkan dengan saiz 500ml ( losyen badan ) dan 50ml ( losyen tangan ) yang berasaskan air serta bertekstur lembut dengan aroma yang segar.



“Blossom adalah produk tempatan yang setanding dengan produk antarabangsa 
yang lain dipasaran. Dengan harga yang berpatutan dan dengan pembuatan yang 
diformulasikan dari ekstrak yang berkualiti tinggi, pasti para pengguna akan mendapat 
manfaat untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Dengan Blossom, kini kulit akan lebih sihat, 
cantik dan muda sentiasa..”

Puan Leny Adam ; Pengarah Syarikat Wonderland Primary Sdn Bhd.


Produk Bumiputera

Masa sesi pengenalan produk haritu, sempat kakak curi-curi dengar Puan Leny melayan pelanggan yang mahu mencuba produknya ( Pengarah Syarikat turun padang gaisssssssss—) dan telinga kakak tepat menangkap butiran – sekiranya tapak kaki korang kasar dan kesat, jangan dikikis sebab nanti kulit tapak kaki akan menipis sebaliknya amalkan sapuan losyen Blossom setiap malam sebelum tidur atau waktu senggang bagi mempercepatkan pemulihan kulit tapak kaki.

WOAHHHHHHHH--
Produk tempatan dalam level lain gais !!





MISMIS ; NATURAL BASED ORAL CARE



Ingat tak kakak pernah ceritakan perihal Mismis kat entri sebelum ni ? Hee~ Kali kedua mendapat kepercayaan dari Mismis seperti mana kakak percaya yang Mismis mampu mencapai permintaan penduduk di Malaysia – Mismis merupakan jenama keluaran NFA Technologies Sdn. Bhd. yang mengeluarkan dan memasarkan ubat gigi serta produk penjagaan mulut berasaskan polifenol koko dan juga pelbagai bahan semulajadi yang pertama di Malaysia.

Ubat Gigi Halal
Mismis

Bagi memenuhi permintaan pengguna ubat gigi Halal untuk pelbagai peringkat umur, Mismis telah mendapat kerjasama dari Lembaga Koko Malaysia melalui penyelidikan, pemprosesan dan juga penyelenggaraan. Turut memiliki sijil pengesahan Halal dan juga Goods Manufacturing Practice ( GMP ) – Mismis terdiri daripada rangkaian ubat gigi, berus gigi dan juga pencuci kumuran mulut diyakini mampu menghindari kerosakan gigi dan pembentukan karies melalui pengunaan bahan-bahan aktif yang terkandung dalam setiap produknya.

Kalau korang nak dapatkan produk Mismis, sebenarnya ada juga kat Shopee dan Lazada tapi kalau nak memilih dan belek-belek – eloklah terus ke Tesco berhampiran korang tau. Hee~ Sesetengah orang lebih puas kalau dapat membelek ni. Ye lah. Trust issue khennnnnnn—Kat bawah ni pun kakak ada sediakan link kalau korang nak cari pape info pasal Mismis.




SWAG ; STRONG HOLD POMADE



Biasa kita sebut minyak rambut atau lebih hipstur dipanggil POMADE. Kan ? Nah !! Berdiri dalam kelas tersendiri, SAKURA INDUSTRIES yang telah bertapak dalam platform sejak tahun 2014 bermula dengan modal RM 50,000.00 dengan pegangan ekuiti syarikat Bumiputera 100% sangat komited dalam  memberi kepuasan kepada pelanggan dan turut menggunakan frasa “Kepuasan Pelanggan Keutamaan Kami” sebagai memorandum bagi memenuhi permintaan rakyat Malaysia khususnya.

Pomade Swag Murah

Sangat optimis dengan peluang pemasaran yang ada, SWAG mempertaruhkan empat jenis pilihan perapi rambut iaitu Boss, Focus, Energy dan Million yang memberi kesan berbeza mengikut kesesuaian pengguna yang didatangkan dalam bentuk gel, cecair dan juga clay – turut diformulasi berasaskan air bagi memastikan ia mudah dibilas dan tidak menyakitkan kepala ketika menggayakannya.

SWAG Pomade
Usahawan Bumiputera

Dengan berat bersih 80 gram, 120 gram dan 200 gram - SWAG mampu bertahan sehingga empat minggu bergantung kepada cara dan kuantiti penggunaan mengikut kesesuaian rambut. Apa yang lebih menarik, SWAG tidak menggunakan bahan kimia yang merbahaya sebaliknya hanya menggunakan bahan semulajadi sebagai asas dan menjadikan ia produk rambut maskulin pertama di Malaysia menggunakan unsur-unsur semulajadi.

Nak kemas dan bergaya ?
SWAG – lah !!




Blogger Malaysia

Kalau bukan kita yang menyokong produk KITA, siapa lagi ?
Hee~ Kakak tanya je sebab kakak dah cuba produk luar dan tempatan – ternyata produk KITA jauh lebih baik dan menjimatkan.

Tak percaya ?
Kena try lah !!


LOVE ;
ATIE ADNAN


Share:

8 comments :

  1. Belilah barangan buatan Malaysia. Let's support Malaysian. Yeah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak je produk tempatan yang kualiti lebih baik dari barangan luar tau.. hee~

      Delete
  2. Terbaek. Sokong barang tempatan 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye dik.. barang2 kita pun tak kurang hebat tau.. kena sokong !!

      Delete
  3. Yang penting halal dan kualiti bagus kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. sebab mencari yang halal kan wajib.. hee~

      Delete
  4. belilah barangan buatan Malaysia
    jadilah pengguna bijak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. barangan buatan KITA sebenarnya lebih berkualiti..

      Delete

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes