HUKUM SULAM BEDAK DAN SYARAT-SYARAT YANG MENGHARUSKAN !! WAJIB FAHAM !!

Kalau sebelum ni kakak dapat beberapa soalan dari kawan-kawan blogger tentang hukum sulam bedak yang pernah kakak lakukan, tapi harini entri kakak diserang oleh seseorang yang menyorok disebalik ANONYMOUS dan menjatuhkan hukum sulam bedak walhal dia confirm tak baca habis entri kakak. Hee~


Kebaikan Sulam Bedak

Memang dah jadi lumrah bila bergiat dalam bidan teknologi, ada je yang tak kena pada mata orang lain sedangkan niat kita untuk memberi kesedaran disamping membantu usahawan-usahawan kat luar nun. Tapi tak pe, kakak anggap semua ni salah satu sesi pembelajaran – bukan untuk kakak tapi untuk ANONYMOUS tu jugak.

Fun tau topik ni.


HUKUM SULAM BEDAK



Rawatan kecantikan yang pernah popular dikalangan penggemar kecantikan iaitu SULAM BEDAK merupakan olesan bedak asas separa kekal pada kulit wajah dan ia memberi kesan sama seperti pemakaian bedak disamping dapat memudarkan pigmentasi, bintik-bintik hitam, parut jerawat dan mengatasi masalah tona kulit wajah yang tidak sekata. Nah !! Ibarat pemakaian bedak dan foundation yang mampu menutup cela pada kulit wajah.

Namun !!
Ada sesetengah netizen yang tak study langsung tentang benda ni dan menyifatkan perbuatan tersebut sama seperti memakai tatoo pada kulit dan menghalang aliran air untuk berwudhuk.


Sulam Bedak Haram


Kakak bagi ringkasan paling mudah untuk korang faham tentang sulam bedak ni tau. Hee~ Tak nak lah nanti korang kata kakak tak bertanggungjawab dengan apa yang kakak dah tulis dan biarkan koang terkontang kanting tanpa jawapan. Tak nice dan itu bukan kakak lah--

Menurut satu perkongsian dari Pencetus Ummah, Azman Syah Alias yang lebih dikenali sebagai PU Azman telah merungkaikan persoalan tentang amalan kecantikan yang satu ni. Menerusi akaun Instagram miliknya, PU Azman menjelaskan secara ringkas tanpa memetik sebarang dalil yang ada dalam disiplin ilmu fiqh supaya tak membebankan netizen.

“Siapa saja yang boleh menerima pemakaian bedak serbuk yang mak-mak kita pakai sebelum keluar rumah, sudah pasti menerima tentang bolehnya sulam bedak. Kerana tujuannya sama iaitu untuk menghias diri.”


BACA SINI --> KONTROVERSI SULAM BEDAK ?


“Cuma isunya, yang mungkin menjadi perdebatan ialah cara melaksanakan sulam bedak sedikit berbeza dgn pemakaian bedak biasa. Maka untuk menjawabnya, ia mestilah merujuk kepada prinsip asas Islam dalam berhias. Antaranya, mestilah tidak memudaratkan. Dapatkan pencerahan daripada doktor / pakar yang akan menjalankan proses sulam bedak.”


Hukum Sulam Bedak Dalam Islam

”Ada dua benda perlu dilihat di sini. Iaitu objektif dan medium. Objektif sulam bedak sama dengan objektif bedak biasa iaitu berhias. Maka jika terdapat medium yang haram, ia tidak akan mengharamkan objektif secara total. Kerana boleh diusahakan medium lajn yang tidak haram. Contoh mudah. Makan nasi itu harus. Jika seseorang mencuri nasi, hal ini tidak menjadikan makan nasi itu haram secara keseluruhan kerana ada medium lain yang halal selain dengan mencuri iaitu minta izin terlebih dahulu.” 
 
  • Bahan tidak dibuat daripada najis ( hal ini pun dituntut juga dalam pemakaian bedak biasa ).
  • Tidak berlaku penipuan besar ( maksudnya sebelum buat sulam bedak orang kenal dia sebagai Sakinah, tapi lepas buat selam bedak, orang ingat dia Fiona bini Shrek sampaikan orang tertipu dan keliru dalam berurusan dengan dia ). 
  • Tidak menghalang air wuduk dan mandi wajib untuk sampai ke permukaan kulit. . 
  • Sulam bedak tidak sama dengan tatoo kerana ia tidak kekal. Soal penggunaan jarum mikro yang menyakitkan hal ini tidak menjadikan haram secara keseluruhan kerana teknik boleh berubah.


“Berdasarkan syarat-syarat yang Cik Man nyatakan di atas, yang juga menjadi isi perbincangan sebahagian ilmuan di atas meja mufti, maka sulam bedak adalah HARUS. Pesan Cik Man pada diri sendiri dan semua, berhiaslah atas tuntutan agama dan tidak melampaui batas.”

Berbalik balik kepada hati dan apa niat kita sebelum mengambil berat tentang sesuatu amalan, tak kiralah dari sudut kecantikan ataupun ilmu yang mahu digunapakai. Hee~

Jadi !!
Kalau korang ada soalan lain tentang sulam bedak, korang boleh komen kat bawah dan kakak cuba balas satu persatu mengikut pengetahuan dan juga pengalaman kakak. In shaa Allah. Kalau sesuatu amalan tu menjerumuskan kepada keburukan, kakak pun akan elak sebaik mungkin apatah lagi untuk berkongsi dengan korang.

Tapi kalau untuk kebaikan, apa salahnya kakak berkongsi kat pembaca kakak. Kan ? Mana boleh kakak cantik sorang, korang pun kena cecantik gak. Agittew--


LOVE ;
ATIE ADNAN


Share:

7 comments :

  1. Apa-apa yang kita nak buat, selidik dulu dari awal..jangan pandai jatuhkan hukum. Isk! Netizen sekarang mudah betul bagi hujah tanpa selidikinya. Bertabahlah ye kakak.. Semoga segalanya dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ saya dah terima komen macam ni banyak kali, rasanya kalau saya diam dan tak buat pape - ibarat saya letak pisau kat tengkuk.. ni dah explain ni, tenang dah..

      Delete
  2. Pernah tengok tv bincang hal ni, Prof Muhaya pon pernah kupas isu ni. Kena tahu cara / teknik / bahan yang digunakan. Bila clear baru tahu hukum. kalau simply jatuh hukum tak adil lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. hee~ tapi kena explain jugak.. dah tak larat delete komen yang lebih kurang sama hampir setiap hari.. sedih kena marah tak semena-mena..

      Delete
  3. Sebelum kita buat sesuatu & share dengan orang lain, kita pun siasat latar belakang proses2 tu dulu kan. Idak la menonong je..

    ReplyDelete
  4. yang penting bukan teknik guna darah tu..haiyooo

    ReplyDelete
  5. memang agak kontrovesi hukum sulam bedak ni. apapun kena selidik dulu satu satu dan fahamkan.

    ReplyDelete

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes