MYLARA SKINCARE MENGURANGKAN KESAN CELA PADA KULIT

Kalau sebelum Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ), kakak sangat sibuk dengan events dan rutin harian sebagai ibu – hikmah lain PKP ni, kakak dapat meluangkan sedikit masa untuk menjaga dan merawat masalah kulit menggunakan produk MYLARA Skincare. Agittew--


Mylara Skincare

Setiap kali keluar dari rumah untuk urusan kerja, memang kakak akan mengenakan solekan yang agak tebal mengikut tema dan kehendak client tapi lepas habis event – kakak tak balik rumah terus untuk cuci mekap sebaliknya sibuk dengan pelbagai aktiviti lain. Hahahaha~ Serius memang sibuk.


MYLARA SKINCARE



Dan bila menginjak ke usia 34 tahun ( Ya !! Kakak dah berumur tau. Hahahah~ ) dengan rutin harian mengalahkan menteri, memang ada kesan yang tak best kat kulit yang mengganggu keyakinan diri kakak. Mana tak nya, jeragat, jerawat, parut jerawat, kulit muka yang kadang-kadang berminyak kadang-kadang terlampau kering, tona kulit tak sekata, garis halus dan banyakkkkkkkkkkkk lagi !!

Kakak diperkenalkan dengan MYLARA Skincare melalui seorang kawan yang memang pengguna. Tapi masa tu macam – alahhhhhhhhhhhh. Produk Malaysia ni biasanya syembang je lebih, hasilnya tak seberapa dah tu mahal boleh tahan. Dia punya tsk – tsk – tsk tu macam tak berani lah nak risikokan kulit muka ni ha. Hahahaha~ Tapi suami kakak cakap :



“Tengok lah dulu kandungan produk dia, testimoni dia. Tak cuba tak tahu kan ?
Kalau tak serasi, stop lah. Cuba produk lain.”



Itu yang jadi permulaan cemana kakak terjebak dengan MYLARA nih.


Testimoni Mylara Skincare

Perkataan pertama kakak nampak kat kotak MYLARA adalah WHITENING. Tapi kakak taknak whitening, kakak suka warna kulit kakak yang sawo matang ni. Huu~ Nanges lah cam ni kalau muka putih, tapi bahagian lain tak seputih muka. Dah lost dah masa tu. Hahahaha~ Mengadu lagi kat encik suami kakak lalu beliau berkata.



“Barang dah sampai, cuba dulu.”



Positif kan beliau ? Hahahaha~
Baiklah !! Kakak pun cubalah jadi positif seperti beliau dan hari pertama kakak guna, otak kakak masih mengomel bukan-bukan pasal MYLARA. Tak habis situ, nak sedapkan hati – kakak cari lah info pasal MYLARA ni dan kakak jumpa !!


Mylara Skincare

Okay lah.
Sejuk sket hati dan kakak teruskan lah penggunaan MYLARA Skincare ni sampai ke hari ni. Hahahaha~


APA PERASAAN KAKAK ?



Perasaan kakak selepas menjadikan MYLARA sebagai kawan baik ; kakak semakin perasan cantik dan awet muda. Hahahaha~

Sebab kakak tak payah guna banyak produk yang renyah sampai 20 – 30 steps dengan pantang makan apa segala dan sudah tentunya harga berbaloi dengan poket sorang surirumah macam kakak. Walaupun MYLARA ada lebih 40 jenis produk, kakak hanya guna produk untuk menyelesaikan masalah kulit kakak dan juga yang sesuai dengan kulit kakak.



MASALAH KULIT :
Tona tidak sekata, parut jerawat, jeragat kecik comel lotey, garisan halus pada kulit

JENIS KULIT :
Combination ( Kadang-kadang berminyak teruk, kadang-kadang kering teruk tak de diskaun )



Cara Hilangkan Parut Jerawat


Jadi !!
Kakak dinasihatikan menggunakan SUPER BRIGHTENING & GLOWING SET yang mengandungi :


1. GLOWING CLEANSER
  • Berfungsi sebagai ejen pembersihan kulit yang mampu menanggalkan sisa solekan, habuk, minyak dan kotoran pada kulit wajah sehingga ke liang pori. Tidak memberi kesan sampingan lain sebaliknya ia membantu proses regenerasi yang menyingkirkan sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit baharu yang lebih sihat.


2. PERFECT GLOW SERUM
  • Meratakan warna kulit, memudarkan parut dan jeragat, menganjalkan kulit dan memberi kesan glowing pada kulit wajah. Nah !! Kakak suka sebab serum ni mengecilkan liang pori dan memudarkan garis halus yang ada disekitar mata dan juga tepi bibir.


3. MIRACLE MATTE CC CREAM
  • Merupakan All – In – One cream yang bertindak sebagai color corrector yang berfungsi sebagai primer, moisturiser, foundation dan juga sunblock sebab Miracle Matte CC Cream mengandungi SPF 30 yang dapat menghalang sehingga 97% sinar jahat UV.
  • Paling elok kalau korang gunakan 15 – 20 minit sebelum korang terdedah kepada sinar matahari dan ulang pakai pada setiap 2 jam.


4. INSTABRIGHT NIGHT CREAM
  • Krim malam yang mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit atapun kerengsaan pada kulit MYLARA ni bertindak melembabkan kulit sehingga lapan jam ( Waktu yang diunjurkan untuk kita tidur dan berhat ya anak-anak ) disamping membantu mengurangkan kesan parut jerawat dan jeragat disamping meratakan tona kulit yang tidak sekata.
  • Kulit muka korang kusam dan tak berseri ? Ya !! Instabright memainkan peranan penting untuk memberi keserian kembali pada wajah korang.


5. FIX | GLO MULTITALENT GLOWING
  • Kakak gunakan FIX | GLO ni selepas semua produk kat atas untuk memastikan kulit kakak tak kering dan bahan-bahan yang kakak guna dapat kekal pada kulit dan menyerap lembut ke dalam kulit. Nah !! Rahsia kulit tegang dan mekap tahan lebih lama – Ha’ah !! FIX | GLO juga berfungsi sebagai primer yang memberi kelembapan pada kulit wajah.


Bila masa kakak sedar kulit kakak semakin cantik dan sihat ?
Bila suami dan anak-anak tegur kulit muka kakak nampak sentiasa basah dan segar. Parut jerawat pun dah tak de, liang pori dah mula tertutup dan rata. Haa- Jam tu kakak tau lah MYLARA memang serasi dengan kulit kakak. Hee~




Tapi benda ni try and error lah, tak semestinya elok kat kulit kakak - akan elok juga kat kulit korang dan kalau korang nak tau lebih lanjut tentang masalah kulit korang boleh lah contact mana-mana agent MYLARA Skincare yang diiktiraf. Ha. Kena hati-hati tau sebab produk tengah HOT, takut korang terbeli produk yang cetak rompak. Hee~ Kakak ingatkan je tau, jangan kata kakak takut-takutkan korang plak.

Macam kakak, kakak memang tak nak tukar warna kulit - rupanya perkataan WHITENING yang kakak takut pada awal tengok packaging MYLARA Skincare ni tak memberikan kesan PUTIH langsung sebaliknya meratakan tona kulit dengan menyingkirkan sel kulit mati dan memperbaharui sel kulit yang lebih sihat. Nah !! Korang dapat tak point kat situ ?

Dia bukan bagi putih macam PUTIH FAKE tu tau..
Hahahahaha~

Em--
Mana tau link kat bawah ni boleh bantu korang ke kan.


LAMAN WEB : www.mylaraskincare.com
FACEBOOK : www.facebook.com/mylaraskincare
INSTAGRAM : www.instagram.com/mylaraskincare


Sementara PKP ni memang kakak ajar ramai-ramai kawan kakak jaga dan cantikkan kulit supaya lepas PKP nanti semua dapat bermula dari awal dan lebih SEGAR. Hee~ Kalau korang nak join, jom lah !!


LOVE ;
ATIE ADNAN


24 comments:

  1. Mkin cntik la kakak cntik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ tak de lah cik nor.. dok rumah sesaje jadi bosan plak.. tu yang try rawat kulit yang dah rosak ni.. tak sabar nak habis PKP.. tiberrrrrrrrrrrrr..

      Delete
  2. Terbaik produk ni.. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best !! sesuai untuk lelaki jugak tau..

      Delete
  3. haha..gelak baca masa mula2 kakak ckp x nak la muka putih, bahagian lain tak..haha..rupenya dia bagi samaratakan tona kulit. patut nampak makin bersewi2 skrg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaah~takut lah berwarna warni nanti kan tak cantik.. jadi kena pilih produk yang betul dan sesuai dengan kulit kita..

      Delete
  4. cantiknya akakk, glowing muka! :D
    saya ni terbalik, sejak PKP ni makin breakout pulak.. padahal buat je skincare routines haihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. adei.. awal2 PKP haritu pun kulit akak kusam dik,mungkin stress tapi dah try Mylara ni nampak lah perubahan.. hee~ ayuh lah kita jaga kulit dengan baik..

      Delete
  5. Replies
    1. best dik.. berkesan lah kat kulit kakak yang sawo matang ni.. hee~

      Delete
  6. apaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa? dah 34 tahunnnn???????????? ok, adik nak sembah ratu jap....😜

    walaupun dia berfungsi sebagai pemutih, tetap ada kelulusan KKM, ok la tu kannnn!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ betul tu.. sebelum pilih produk untuk consume, kena geledah semua info dorang ni.. takut terguna produk bukan2.. kan ?

      Delete
  7. Kalau pakai one set mesti kesan dia lebih bagus kan kak. bertambah lawa akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cari yang sesuai dengan keadaan kulit kita gak dik.. hee~ satu set tak menjamin keberkesanan tapi Mylara ada lebih 40 produk yang boleh digunakan mengikut keadaan kulit..

      Delete
  8. 34 muda lagi hehehe,lumayan juga tuk di coba ni,cela banyak pulak kat muka huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ mana mudanya sis.. anak2 dah besar dah..

      Delete
  9. dah cantik makin cantik lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ nak awet muda tu yang payah tu tapi kita cuba je lah ya..

      Delete
  10. makin gojes dlm PKP ye.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa sis.. hahahaha~ nak buat ape lagi time PKP ni ? jaga je lah mana boleh dijaga..

      Delete
  11. wahhhh cantiknya kulit.
    cute ja packaging semua mini size, sesuai sangat utk mereka yg nak try produk ni tapi tak nak beli botol2 besar risau tak sesuai, bila ada size comel mcm ni, mmg kenalah bagi mereka yg nak try buat kali pertama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak.. mini size ni senang nak bawak pun ye jugak.. hee~

      Delete
  12. Sgt membantu review sis.tqqq..sy pun sejenis nk try akn geledah semua..heh
    eh

    ReplyDelete

Powered by Blogger.