6 GREAT RESTAURANTS TO CHECK IN KL SENTRAL
Orang Kuala Lumpur mesti pernah lepak KL Sentral dan korang mesti mencari-cari restoran terbaik di sekitar KL Sentral untuk lepak-lepak ataupun hilangkan dahaga penat lelah seharian bekerja. Nah !! Kakak kongsikan enam restoran terbaik yang ada di KL Sentral.
Kalau korang perasan, KL Sentral menggabungkan beberapa bangunan megah di sekitarnya termasuklah NU Sentral dan juga Hotel Hilton Kuala Lumpur yang menjadikan KL Sentral sebagai pusat rujukan utama lalu lalang atapun landmark penting untuk ke lokasi sekitarnya.
1. OZEN ZANMAI
Terletak di pusat membeli-belah NU Sentral yang menyajikan lebih dari 100 jenis sushi dan masakan asli Jepun. Terletak di tingkat 5, Ozen Zanmai sangat mesra keluarga dan restoran ini mudah dikenali kerana hiasan dan tempat duduk yang diperbuat daripada buluh dan kayu-kayu ringan. Korangboleh memilih dari senarai panjang sushi, donburi ( nasi Jepun ), mi, tempura dan juga makanan panggang namun jangan terlepas promosi bulanan yang biasa ditawarkan oleh mereka.
Buat pencinta salmon, set sahimi Ozen Zanmai sudah pasti menjadi perhatian di mana kalian boleh memilih kepingan salmon segar atapun perut salmon sebagai bahan utama hidangan.
Waktu operasi : Setiap hari 10.00 pagi – 10.00 malam
Alamat : L5.2 & L5.3, NU Sentral
Telefon : +603 2276 2750
2. THE CHICKEN RICE SHOP – HALAL HAINANESE MEAL
Waktu operasi : Setiap hari 10.00 pagi – 10.00 malam
Alamat : L1.2 & 1.3, KL Sentral
Telefon : +602274 87663
3. TAJ GARDEN RESTAURANT
Terletak tidak jauh dari jalan utama Brickfields yang menyajikan masakan authentic India Utara dalam suasana santai dengan persekitaran kehijauna yang menyejukkan mata ini mengambila masa hanya 10 minit berjalan kaki dari KL Sentral. Memberi pelbagai pilihan kepada pengunjung dengan hidangan seperti tandoori, naan ( roti panggang ), matar paneer ( koktel keju dengan kari kacang hijau ), kari chettinad ayam dan juga kari madras yang menggunakan rempah asli dari India untuk menghasilkan sensasi rasa asli.
Waktu operasi : Setiap hari 11.00 pagi – 11.00 malam
Alamat : 5, Anexxe Leopad, Jalan Tun Sambanthan
Telefon : +603 2260 6489
4. KENTUCKY FRIED CHICKEN ( KFC )
Siapa tak kenal KFC memang nak kena. Hee~ Salah satu restoran makanan segera yang menghidangkan pelbagai hidangan yang mempu menarik perhatian sesiapa sahaja dari golongan atasan sehinggalah ke kanak-kanak. Nah !! KFC menyajikan ayam dengan rasa-rasa yang enak tanpa henti ; 365 hari setahun dan kini mempunyai lebih 600 cawangan di seluruh negara. Buatlah pilihan samada original ataupun spicy ( kini ada soy sauce jugak !! ) yang pastinya tak menghampakan.
Singgah di Level 2, KL Sentral ya !!
Waktu operasi : Setiap hari 10.00 pagi – 10.00 malam
Alamat : L1 - 18,19,20 Kl Sentral
Telefon : +603-2276 0701
5. PAPPARICH
Rangkaian restoran dengan pelbagai hidangan makanan, minuman dan juga pencuci mulut tradisi Malaysia dengan rekaan hiasan dalaman ringkas dan bergaya. Yang penting aircond kuat dan pekerja semua friendly. Hee~ Lepak lah lama sikit pun tak sebab wifi adalah percuma dan harga makanan pun mampu bayar. Jangan lupa cuba kopi ais dan kuey teow goreng sebab dua-dua hidangan ni adalah kegemaran kakak kalau singgah ke sini.
Rantai santai dengan hiasan yang bergaya, menyediakan makanan, minuman dan pencuci mulut tradisional Malaysia.
Waktu operasi : Setiap hari 10.00 pagi – 10.00 malam
Alamat : No. GF.37 & 37AL, Ground Floor, NU Sentral
Telefon : +603 2276 6633
6. WARISAN AYAM NASI KUKUS
Dari Pantai Timur terus ke berhampiran KL Sentral !! Style !! Hee~ Nasi kukul yang terkenal dengan gabungan nasi yang dikukus sederhana dengan gabungan gulai dan ayam goreng sudah tentu menarik sensasi selera perut yang tengah lapar. Hahahaha~ Terletak di NU Sentral, kafe Warisan Ayam Nasi Kukus masih mengekalkan rasa tradisi nasi kukus itu sendiri dan telah mendapat tempat dihati pelanggan.
Menyediakan variasi nasi iaitu nasi kukus biasa, nasi kukus beras perang, nasi kukus pandan dan nasi santan ( sama macam nasi lemak ) yang sudah tentunya semerbak bau digandingkan pula dengan ayam yang telah diperap dengan 14 jenis rempah dan digoreng sempurna – juicy juicy dengan rempah yang rangup. Peh !! Terliur.
Waktu operasi : Setiap hari 10.00 pagi – 10.00 malam
Alamat : No. GF.37 & 37AL, Ground Floor, NU Sentral
Telefon : +603 2276 6633
Time Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) ni kalau korang tak boleh keluar, apa kata search je restaurants near me - akan keluar banyak lah senarainya nanti. Ye lah. Lebih mudah dan dijamin makanan sampai terus depan pintu rumah korang. Hee~ Style kan ?
LOVE ;
ATIE ADNAN
Ni mesti selalu pi Ni Sentral ni sampai tahu semua kedai kedai makanan terbaik kat situ.
ReplyDeletenanti kalau ke sana bolehlah singgah ke tempat2 atas tu..tq share!
ReplyDeleteHuhuhu rindunya nak lepak makan dengan kawan-kawan...habis aje PKP dan wabak pun reda, boleh laa sambung lepak makan tempat ni semua...terus terbayang shushi tu haaaaa
ReplyDeletebiasa makan dalam kl sentral je. susah jugak nak kena simpan beg dulu kemudian cari makanan kat luar
ReplyDeleteYang pergi jalan² lepak² di KL Sentral, bolehlah pilih mana² restoran/kedai makanan mengikut selera mereka.
ReplyDeletePaparich dan KFC pilihanku 😂
kena tggu lepas PKP ni baru boleh jalan-jalan cari makan ni kak..hehehe
ReplyDeleteWahh bestnya... Semua menu mengancam nanti dah tamat PKP kita nak pergi terjah lahhh
ReplyDeleteAlahai rindunya nak makan kat taj restaurant tu.. Favourite makan paneer dgn tandoori kat sana..
ReplyDeleteSatu lagi boleh cuba makan di Kaki Lima di Nu Sentral. Kami selalu lepak kat situ.
ReplyDeletesaya kalau pergi Kl Sentral antara tempat yg saya akan singgah makan adalah nu sentral. Macam2 restoran & tempat makan ada.
ReplyDeleteDah lama tak lepaak kat KL sentral. Masa bujang dulu port feveret KfC laa.. hehe
ReplyDeleteKalau lepak kat KL Sentral ni selalu duduk dekat Nasi Ayam Penyet jer.. next time boleh pergi dan cuba restoran yang lain dlm list di atas..
ReplyDeleteDulu masa study dekat KL memang The Chicken Rice Shop tu jadi port favourite la.
ReplyDeleteKalau nak makan nasi ayam ja singgah situ hehe.
bestnya, rasa rindu nak mengopi. smoga cepat2 covid berakhir ya.
ReplyDeleteJarang lepak2 sini. Tapi kalau naik.lrt ni la port yg selalu singgah dan berhenti
ReplyDeleteAku jarang makan kat KL Sentral, biasa makan pun kat kedai makcik sebelah tangga dekat surau dengan mcd je. Apalah citer KL Sentral sekarang ni ye..
ReplyDeleteLama giler tak ke KL Sentral tu. rindu ayam KFC. Sini xde delivery sampai rumah, out of area delivery. Nak keluar beli kfc semata-mata rasa tak patut pulak. huhu
ReplyDelete