MUTYARA ; JAMU GUGUSAN SUMATRA DARI WANITA UNTUK WANITA

Menjadi seorang wanita yang aktif bukan mudah sebenarnya sebab kakak banyak menggunakan tenaga untuk memenuhi kepadatan jadual setiap hari, tapi sejak kakak mencuba MUTYARA – kakak jadi lain.


Khasiat Jamu Mutyara

Lain tu bukan lah kakak berbulu atau pun makin tinggi tau. Hahahaha~ Tapi kakak mendapat tenaga dan keperluan lain untuk menampung kesihatan tubuh badan kakak.


JAMU MUTYARA



Diasaskan oleh Tya Arifin yang lebih dikenali sebagai menantu Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Tya mula mengusahakan Mutyara sejak dari tahun 2018 dengan menggunakan resepi turun temurun dari keluarga Tya telah diolah rasanya dengan menambah beberapa makanan sunnah seperti Kurma, Delima, Madu, Habatussauda selain campuran pelbagai herba asli seperti Kunyit Hidup, Halia, Manjakani dan banyak lagi bagi menyeimbangi rasa pahit dari herba supaya mudah ditelan tanpa mengurangkan khasiat pada setiap suapan.


“Aduh, dah masa untuk minum jamu, khasiatnya bagus tapi seksanya nak telan..”
- Tya Arifin


Tya yang sememangnya dibesarkan dengan kebiasaan meminum jamu sejak dari kecil kerana keluarganya mempunyai Toko Jamu di Indonesia cuma terlintas dibenaknya – kenapa tidak dia menghasilkan jamu yang mudah untuk ditelan, tidak pahit, khasiat jamu dikekalkan supaya semua wanita dapat mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.


Testimoni Jamu Mutyara

Dengan tagline ; BUKAN SEKADAR JAMU, Mutyara fokus untuk membantu para wanita memperbanyakkan susu badan ( bagi ibu menyusu ), merawat masalah dalaman dan luaran wanita, meningkatkan tenaga, mengurangkan kesakitan semasa senggugut, mengembalikan seri wajah dan Mutyara boleh diamalkan seawal usia 16 tahun.


KANDUNGAN JAMU MUTYARA


Uniknya Mutyara ni menggunakan bahan-bahan semulajadi tanpa bahan pengawet, pewarna dan perasa tiruan dengan menggabungkan 15 bahan iaitu :

  • Kurma - Memanaskan badan
  • Madu - Merawat luka dalaman selepas bersalin
  • Delima - Membantu merawat masalah keputihan
  • Manjakani - Mengecutkan rahim / peranakan
  • Akar Serapat - Membuang angin
  • Kacip Fatimah - Memulihkan tenaga
  • Ekstrak Yis - Membantu melawaskan pembuangan
  • Cayenne - Anti bakteria / merawat kegatalan
  • Halia - Membantu merawat kulit
  • Cranberry - Anti penuaan / awet muda
  • Ubi Bit ( Beatroot ) - Membantu menambah susu badan
  • Kunyit - Membantu proses detoksifikasi
  • Habatussauda - Membantu menurunkan berat badan
  • Halba - Menganjalkan aset wanita


Sama seperti jamu-jamu lain, sebelum korang menjadi pengguna dan menerima manfaat dari Mutyra – seeloknya korang peka terhadap masalah kesihatan korang sebab tindakbalas Mutyara terhadap sistem badan setiap individu adalah berbeza. Korang TAK BOLEH consume Mutyara sekiranya korang :

  • Hamil
  • Datang bulan ( Period )
  • Pesakit Cyst
  • Pesakit Fibroid
  • Pesakit Darah Tinggi


TESTIMONI JAMU MUTYARA



Nah !! Kakak merupakan salah seorang consumer Mutyara dan kesan yang Mutyara bagi kat kakak memang sangat mengejutkan. Hahahahaha~ Kalau kakak cerita kat korang mesti korang gelak dan tak percaya tapi memang itulah yang terjadi kat kakak.

Semasa kakak menaip ni, kakak sedang 'bercuti' dari consume Mutyara sebab Mutyara mengandungi herba-herba yang boleh mengecutkan rahim – risaulah plak nanti kacau proses haid yang sedang kakak alami. Haa. Sebab tu lah kalau korang datang bulan pun tak boleh consume tau, simpan sekejap nanti dah habis bulan baru sambung balik.

Bila kakak buat keputusan untuk mencuba Mutyara, kakak memang dah stop semua supplement lain yang kakak consume sebelum ni bagi memastikan sel-sel dalam badan kakak tak keliru. Ye lah. Dah kalau amik banyak-banyak supplement, cemana kita nak tau yang mana satu berkesan. Kan ?

Rutin pengambilan Mutyara untuk kakak adalah satu sudu sebelum sarapan dan satu sudu sebelum tidur - tapi kena pastikan korang minum air masak tiga liter sehari untuk memastikan khasiat dari Mutyara dapat meresap ke dalam tubuh badan korang dengan baik. Sangat penting ya kalau korang ambil makanan tambahan bersama air masak dan bukannya air manisan atau berkafien.


Gugusan Sumatra

Ikutkan--
Jadual tidur kakak memang dah normal, jam 11.00 malam kakak tidur dan jam 4.00 pagi kakak bangun untuk mulakan tugas harian. Biasalah, musim Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) ni busy yakmat sampai nak berehat pun memang tunggu waktu tidur je. Hee~ Tapi sepanjang kakak amalkan Mutyara dalam diet seharian kakak – YA !! KAKAK TAK LETIH, TAK PENAT dan kakak boleh beraktiviti lebih dari biasa. Selain tu kulit muka kakak pun nampak glowing ( bukan putih tau !! ) dan lebih berseri. Agittew--

Bila usia dah meningkat ni memang macam-macam lah masalah kesihatan yang timbul. Serius – kakak memang ada sakit-sakit badan sebab terlampau aktif, masalah keputihan yang kadang-kadang sehingga mengakibatkan kegatalan, kulit muka kusam sebab stress dengan kerja dan rutin harian yang tak terurus tapi selama kakak consume Mutyara memang kakak dapat rasa kelainan pada tubuh badan kakak lagi-lagi tenaga.

Bab pembuangan jangan cerita lah - memang lawas habis. Celik mata je memang cari tanda dan lega sangat-sangat.

Mesti korang tak percaya kan ?
Kalau tak percaya, korang kena lah try. Kalau setakat baca dan angguk-angguk memang tak kemana sampai lah korang rasa sendiri dan nikmati ke semua khasiat Mutyara meresap masuk ke dalam badan korang. Jam tu korang tau lah apa akibat. Hee~


Tya Arifin

Kakak sertakan contact number kawan kakak yang menjadi pengedar tetap Mutyara ni dan dia juga lah yang bekalkan stok kat kakak tapi kalau korang nak tau lebih lanjut tentang Mutyara, boleh tanya dia terus dan dia bersedia melayan segala kerenah korang. Hahahaha~ Sungguh !!






Kalau korang menghadapi masalah dengan pasangan korang kan, dingin je kan. Kan. Kan. Kan. Sis Gee cakap, kandungan bahan-bahan dalam Mutyara ni boleh bantu korang tau. Sungguh. Sis Gee tu yang cakap cam tu. Kakak tak tau lah ye ke tidak. Hee~

Korang boleh lah try.
Nanti kongsi kat kakak plak apa kesan BEST yang korang dah rasa.


LOVE ;
ATIE ADNAN


Share:

7 comments :

  1. Wow bagusnya kakak jadi aktif sepanjang hari.. 😍

    ReplyDelete
  2. kesan membuang tu paling power sekali. Nasib rasa dai sedap. selalu jamu orang cakap teruk rasa dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye !! sisa toksin dah keluar dari badan, tu yang sel sel dalam usus dapat menyerap nutrien baik.. hee~

      Delete
  3. Replies
    1. hee~ dah tua, dik.. nak maintan sihat je sekarang ni..

      Delete
  4. Nak ambil jamu jugak nanti one day....

    ReplyDelete

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes