APA JADI KALAU VITAMIN C KURANG DALAM BADAN ?

lambakan banyak produk sejenis vitamin C kat pasaran memang buat kakak sendiri pening nak pilih.. hee~ ye la.. wanita kan.. sape tanak cantik.. dah tu ramai plak cakap kalau nak cantik, kena makan vitamin C.. haa.. sudah.. kena la kakak Google satu satu jenis vitamin C kat pasaran Malaysia nih..

lepas tu.. kakak pun terfikir.. APA JADI KALAU KURANG VITAMIN C DALAM BADAN ? pergh !! sekali lagi pening pening lalat kakak dibuatnye lalu termenung lama.. hahahah~ kakak pun bukak la macam macam jenis wikipedia yang berkaitan dengan vitamin C..

MUDAH JATUH SAKIT

  • badan yang kurang vitamin C lebih mudah jatuh sakit berbanding mereka yang memang mengambil sumber vitamin C untuk badan dan kesihatan sebab vitamin C yang mampu memindahkan molekul lemak ke dalam sel-sel untuk menjana tubuh dan pembinaan otot badan dengan lebih baik.. kesannya ? dah tentulah lebih bertenaga sepanjang hari.. 
  • kekurangan vitamin C dalam badan boleh menyebabkan sistem imuniti badan boleh berkurang sehingga mudah untuk bakteria dan virus menyerang tubuh badan.. hee~
  • vitamin C merupakan vitamin yang menjadi penyumbang terbesar dalam mengoptimumkan imuniti tubuh.. jadik.. batuk, demam, selesema, migrain, kanser lebih susah nak dekat dengan kita.. best kan ? kurang la korang amik MC dan confirm KPI naik.. hee~

MUDAH LEBAM ATAU LUKA LAMBAT SEMBUH

  • kalau zaman belajar dulu, kakak selalu la adel ebam lebam kat betis dengan lengan.. tak tau mana punca tapi orang orang tua cakap, ade 'bend' menggigit.. hahaha~ maca tu punya la percaya.. rupanya.. kakak kurang vitamin C dalam badan.. kalau ade luka pun memang susah nak elok nye..
  • vitamin C memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen dan kolagen sangat membantu dlaam penyembuhan luka..bila kurang vitamin C dalam badan maka fungsi kolagen susah nak terbentuk akibatnya penyembuhan luka menjadi lambat..

MENGGANGGU PSIKOLOGI DAN MOOD

  • ada satu kajian yang dilakukan pleh penyelidik di German dengan 120 orang diminta melakukan tugas yang berkaitan dengan soalan matematik, dan setengah dari mereka diberikan 1000 mg vitamin C, tiada tanda tanda stress.. ini menerangkan bahawa vitamin C membantu mengurangkan kesan psikologi dan tekanan..
  • sekali gus mereka membuat perbandingan antara mereka yang memang mengambil vitamin C sebagai daily supplement berbanding yang tidak sehingga para penyelidik yakin bahawa vitamin C sangat penting dalam menguruskan stress.. haa.. cane ???????? makan oren banyak banyak la gamaknye kalau taknak stress.. ye dok ?
  • vitamin c kurangkan stress ? dan stress punya mudah sakit ? ya !! fakta.. adakalanya stress tu bagus sebab dia macam booster untuk kita control tindakakn kita tapi lebih kepada yang tak bagus.. alih alih nanti mula la murung, perangai pelik pelik.. TAPI !! vitamin c membantu mengawal tekanan dengan membekalkan hormon dan kortisol iaitu sejenis hormon untuk mengawal stress..

MENGAWAL MASALAH NEUROLOGI OTAK

  • satu kajian telah dilakukan oleh pihak Vanderbilt University Medical Center, yang hasilnya telah diterbitkan dalam Journal of Neurochemistry edisi Oktober 2012 telah mengkaitkan antara difensi vitamin C dengan masalah neurologi..
  • masalah neurologi, fisiologi dan psikologi yang melampau kerana tubuh badan kekurangan vitamin C boleh kembali pulih secara beransur jika keperluan vitamin C dipenuhi..

KEROSAKAN TISU JANTUNG

  • vitamin C selalu dikaitkan dengan penurunan kadar lipoprotein yang mengundang stroke, menurunkan kadar kolesterol dalam badan, mencegah peningkatan tekanan darah dan menolak pengumpulan kolesterol dan bendasing dlama pembuluh darah.. haa.. sebab tu kalau korang consume 300 mg vitamin C sehari memang dapat mengurangkan risiko sakit jantung..
  • dalam sebuah kajian di Denmark telah mendedahkan penyebab utama pada mereka yang makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran lebih rendah risiko menghidapi penyakit berkaitan jantung.. sebab ? kadar vitamin C yang tinggi dlaam tubuh --> MERCOLA
  • satu kajian lagi di Denmark yang melibatkan lebih dari 100 000 orang termasuk hasil kajian untuk orang yang mengambil vitamin C dari buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai risiko 15% lebih rendah terkena sakit jantung dan 20% lebih rendah berhadapan dengan kematian mengejut akibat jantung..
    • "kami melihat bahawa penurunan risiko berkaitan dengan kepekatan tinggi vitamin C dalam darah dari buah-buahan dan sayur-sayuran.. data kami tidak boleh mengecualikan bahawa kesan menguntungkan dari pengambilan tinggi buah-buahan dan sayur-sayuran boleh sebahagian didorong oleh tingginya kepekatan vitamin C di dalamnya.."
  • satu kajian pada tahun 2008 oleh pihak University of Cambridge mendapati bahawa kadar tinggi vitamin C dalam badan mengurangkan risiko stroke sebanyak 42%..
  • menurut Dr. Stephen Sinatra, vitamin C sangat penting untuk kesihatan jantung kerana ia mampu meningkatkan glutathione ; sejenis antioksida yang kuat yang berfungsi melindungi sel sel tubuh untuk tujuan detoksifikasi, mengoptimumkan penggunaan tenaga dalam tubuh badan dan mencegah penyakit yan berkaitan dengan penuaan..
  • fungsi lain glutathione : menghilangkan racun dari sel tubuh dan memberi perlindungan daripada kerosakan dari kesan radiasi, bahan kimia dan pencemaran alam sekitar..
  • sebab tu pengambilan vitamin C dengan dos yang seimbang mengikut keperluan badan dangat penting untuk biosintesis kolagen yang sangat bermanfaat untuk dinding arteri dan kekurangan kolagen menyebabkan LDL yang sangat merbahaya jika teroksida, risiko menyebabkan reaksi keradangan pada lapisan saluran darah dan risiko pembentukan plak..

ANEMIA

  • kurang darah = anemia.. haa.. kalau korang memang merupakan salah seorang pesakit, standby jek la sumber vitamin C.. sebab ? kebiasaan anemia nih kurang pengambilan zat besi dan proses penyerapan sumber zat besi plak memerlukan kandungan vitamin C.. nak normal kan bacaan darah korang senang jek.. amalkan vitamin C.. settle !!
  • baca sini --> KORANG PESAKIT ANEMIA KE ?? BAHAYA WEYH !! LAGI LAGI KALAU PREGNANT..

KULIT KERING

  • kulit kering dan bersisik ? eyyyeewww-- tak cantik kan ? haa.. tu kurang vitamin C lettew.. ape kata lepas nih rajin rajin la carik sumber vitamin C harian untuk cantikkan kulit..
  • sebenarnya, simptom kulit kering nih sama dengan bila korang terlampau lama terdedah kat cahaya matahari terik, kulit jadi kusam dan tak cantik.. 

GUSI BERDARAH

  • gusi berdarah ? haa.. tu la tu.. akibat bila kurang vitamin C dalam badan.. hee~ bermula dari plak yang makin banyak dan kandungan asid dari plak yang menyebabkan gusi bengkak dan berdarah bila plak menjadi karang dan mendap pada bahagian gusi..

OVERDOSE VITAMIN C

melalui pembacaan kakak, memang ade jek istilah overdose untuk vitamin C yang memang terkenal dengan jolokan vitamin cantik nih.. sebab tu korang kena teliti dengan pengambilan dos dari pakar dan bukannya main makan jek sesuka hati.. hee~ sebab tu kena pilih vitamin C yang mudah larut dalam badan dan tak de kandungan bahan sintetik.. ye..

8 comments:

  1. vitamin c memang penting.. bnyk tul kburukn nya kalau x cukup

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu unni.. sementara unni masih muda nih, kena konsisten tau.. hee~

      Delete
  2. Terima kasih bumg peringatan buat kami kak...lepas ni kena lebih konsisten makan vitamin C..yang penting vitamin C shaklee mmg hebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ sama sama.. sementara muda nih, makan la vitamin c ye.. jangan sok dah tua, dah berpenyakit baru la nak repair balik.. masa tu dah lambat dah sebab pembentukan sel kita lambat..

      Delete
  3. Info yang sangat berguna .tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ saja kongsi dari apa yang kakak baca..

      Delete
  4. Kak atie.. Terima kasih kerana share ilmu ni. Dulu Reen kerap tak sihat macam demam.. Kurang bertenaga. Sama ada sebab thyroid atau sebab kurang vitamin C..

    In sya Allah akan iktiar makan vit c dari sumber semulajadi seperti buah-buahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. reen !! thanx sudi komen tanpa jemu.. hahaha~ kalau konsisten vitamin C + air masak 3 liter.. sesenang jek thyroid tu nak nyah.. serius nih.. vitamin C bukan dlaam bentuk pil jek tau.. makan buah2 yang tinggi kandungan vitamin C sangat membantu..

      Delete

Powered by Blogger.