31 January 2017

GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA

nah !! lagak orang muda join giveaway bagai nih.. hee~ saja nak berkawan dengan blogger muda muda.. mana la tau kan aura MUDA tu masuk ke dalam badan kakak * hover tau dia nih !! hahahaha~ *
kan dah terjoin !! acaner ? nampak muda tak ? hee~
ade 5 syarat kena ikut kalau nak join giveaway nih.. 

1 : follow instagram Nik Ainaa
okay !! kakak dah !!
2 : LIKE fanpage Nik Ainaa
pon kakak dah !!

3 : FOLLOW blog Nik Ainaa
pon sudah !! hee~

lepas tu korang kena la buat entri yang macam kakak buat nih.. eh !! tapi bukan fancy fancy macam kakak punya nih.. kakak saja jek nak panjangkan cerita.. tu yang siap rajin kemahen ha.. printscreen lepas tu crop plak cecantik.. hahaha~ kalau korang rajin sejenis kakak jugak, boleh jek.. tak de plak kata dlaam syarat tak bleh buat macam yang kakak buat nih..

nih la bakal hadiah nye..
last skali.. paste link korang kat bahagian komen GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA.. dan.. siap !! korang tunggu la sampai tarikh tutup.. nanti dia umumkan la pemenang..
haish.. buang tebiat btol kakak harini..



29 January 2017

RESEPI SAMBAL HITAM PEDAS BERDENGUNG

hee~ lama kan kakak tak share resepi.. wah !! konon sungguh.. nih disebabkan ade orang mengidam sesangat ha.. kakak gagahkan diri buatkan jugak la.. cukup untuk stok dia sorang, okay la kot..

awal kakak kawen dulu memang tak tau lansung pasal kewujudan sambal hitam Pahang nih, tapi dah kawen dengan anak manja emak kan.. hee~ lama lama kena belajar jugak makanan yang biasa suami kakak makan sampai besar cenggitu ha.. hahaha~ masa tu jugak la timbul minat nak lepak kat dapur.. 

dah.. tak mo borak panjang panjang.. kakak nak kasik resepi jek.. hee~


ini bahan utama.. jeng.. jeng.. jeng.. kalau tak de benda nih, memang tak menjadi la kiranya resepi korang.. sekarang nih musim hujan, biasanya buah belimbing buluh memang lebat time time hujan.. hee~

tapi kita bukan pakai belimbing buluh mentah nih tau.. kita kena rebus dulu belimbing buluh ni dengan garam untuk tahan lama.. kiranya ala ala jeruk la gitu.. dan stok bleimbing rebus yang kakak simpan nih pon dah nak setahun weyh.. elok lagi.. kadang datang gile kakak, masak sambal tumis pon kakak pakai belimbing buluh rebus nih.. sedap weyh.. korang tak try lagik manetau.. hee~


makan 9 - 10 jam kot nak jadikan belimbing buluh nih jadik hitam gini.. hee~ nampak macam kurma plak.. okay !! jom semak resepi.. simple jek sebab kakak tak de sukatan khas.. nak sukat hagak hagak jek..


bawang besar
cili api

kasik tumbuk tak payah lumat sangat tau.. tapi kalau korang tak de lesung batu, korang pakai jek blander.. takde hal.. asal benda tu hancur tak sebijik sebijik gitu.. tapi kalau korang tak de lesung batu, tak de blander boleh jek potong pakai pisau.. potong halus la eh..


ikan bilis

oh !! nih ikan bilis gred A.. hee~ sekilo kakak beli kat Pasaraya NSK memang tak lari dalam RM 54.00 - RM 60.00 sekilo.. haa.. cantik - putih - lembut.. disebabkan kakak tak de lesung batu, kakak blander jugak.. jadik la macam dalam gambar tu..

dah siap semua ? okay.. jom kita masuk dapur.. standby eh..

tentu tentulah korang kena tumis pakai minyak masak.. haa.. jangan salah minyak plak.. hee~ lepas minyak panas, masukkan cili api + bawang besar yang korang dah blander tu tadik.. dah agak agak masak dan kering, masukkan plak ikan bilis.. 


haa.. korang tumis la sampai kering.. KERING tau.. bukan sampai hangus.. hee~ macamana nak elak tak bagi hangus ? haa.. kena la rajin kacau..


syok woo-- sebab sambal hitam nih kalau korang buat lagi garing, lagi dia tahan lama dah tu bukan makan dengan nasik jek boleh.. nak makan dengan roti pun boleh, bubur pun boleh, capati pon boleh.. serius.. hee~ 

bahan pun simple kan ?

  • belimbing buluh rebus
  • bawang besar
  • cili api
  • ikan bilis
  • minyak masak
cara cara ?

  • panaskan minyak
  • tumis bawang besar + cili api
  • dah kering sikit masukkan ikan bilis
  • dah kering lagik masukkan belimbing buluh rebus tadi
  • masak sampai kering
SIAP !!
hee~

17 January 2017

GABUNGAN SET ESP SHAKLEE UNTUK KESAN DAN TINDAKBALAS YANG MAKSIMUM

bila dapat tau kat warehouse Shaklee dah habis stok, semua SID melompat kot.. hee~ ye la.. ESP killer product setiap bulan dan kalau kontang kat warehouse maknanya kami kena tunggu beberapa hari lagi untuk management topup stok.. seksa weyh !!

sebab nak kata TAK DE STOK kat prospek / customers tu ibarat menelan duri.. hahaha~ ** gile btol dia punya bayangan.. ** haa.. sebab ketakutan yang melampau tu la dah ade SID yang mula belajar simpan stok setong dua untuk memudahkan urusan jual beli dan memberikan service terbaik untuk prospek / customer !!

encik suami kakak sudah di -- ESP -- kan !! hee~ korang bila lagik ?

KHASIAT ESP SHAKLEE

bila ramai yang kejar, maknanya apa ? hee~ maknanya mereka dah rasa kelebihan dan dah pun mendapat kebaikan dan pengambilan ESP secara konsisten.. haa.. ape yang best sangat ESP Shaklee nih ? jom !! 

1. RAHSIA AWET MUDA + ANTI-PENUAAN
  • pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuat otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga..
  • kandungan yang terdiri daripada Asid Amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar..
  • ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.

 2. MEMPERTINGKATKAN FUNGSI HORMON WANITA
  • ramuan yang ini terdiri dari kacang soya. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita..
  • ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung, ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia..

 3. RAHSIA KULIT GEBU DAN ANJAL
  • bagi wanita yang mementingkak kecantikan kulit, korang disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP sebab ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan disamping mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu..
  • pakej mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut..

 4. MEMULIHKAN FUNGSI PROSTAT
  • genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser darip merebak..
  • ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser..
  • ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovary serta kitaran haid dan prostat..

 5. MEMULIH DAN MEMBERI TENAGA UNTUK INDIVIDU AKTIF
  • salah satu rahsia yang menjadi pilihan kebanyakan para pembeli adalah kerana ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan member tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak..
  • ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya..


 6. SELESAIKAN MASALAH PIGMENTASI
  • ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya dan kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia..
  • hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain.. 
  • fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam, disamping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat..

 7. MENINGKATKAN KEUPAYAAN MEMORI
  • semakin meningkat usia seseorang bermakna daya keupayaan untuk mengingat akan menurun dan keupayaan memori seseorang memang berkadar langsung dengan peningkatan usia..
  • kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia..
kesimpulannya, ESP Shaklee mempunyai 1,001 manfaat dan setiap individu dalam keluarga anda berpeluang untuk berkongsi dan mengambil ESP Shaklee bagi pelbagai tujuan..

ramuannya ESP terdiri daripada :
  • kacang soya yang tidak diubahsuai secara genetik ( non-GMO ) dan diproses di bawah suhu rendah..
  • satu canister ESP ( 1kg ) dihasilkan dari 30 kilogram kacang soya..
  • mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia..

jadik !! memang tak pelik la kan kalau jadi rebutan sana sini.. memang banyak manfaat tu.. harga pun tak de la mahal mana kalau nak dibandingkan serbuk protein yang dah diproses dan yang berada dipasaran.. cuma yang LAIN nya ; serbuk protein Shaklee nih tak de bahan pewarna / pengawet / kimia merbahaya / alkohol / perasa tambahan.. TAK DE ye adik adik.. hee~ dia semata serbuk soya organik jek..


SET GABUNGAN ESP SHAKLEE

antara set set yang famous dan jadi rebutan :

  1. ESP + ALFALFA + LECITHIN
    --> nak kurus ? kena try nih..
  2. ESP + ALFALFA 
    --> risau dengan demand susu badan untuk baby ? sekarang tak lagi kot..
  3. ESP + GLA COMPLEX 
    --> dah lama tunggu cahaya mata ? dah ikhtiar cara nih ? kalau belum, boleh start dah..
  4. ESP + OSTEMATRIX
    --> protein + kalisum + magnesium dapat membantu menyelesaikan masalah gastrik / sembelit / migrain.. korang kena try !!
  5. ESP + VITAMIN E
    --> bila sel mati diperbaharui, muncullah sel baru yang cantik !! korang tanak ke ?
  6. ESP + PEPPERMINT GINGER PLUS
    --> ada ulser dalam perut ? sakit kan ? yaa.. ini membantu weyh !! serius..
  7. ESP + OMEGA GUARD
    --> baby kat dalam perut pun perlukan protein baik dan DHA untuk perkembangan otak dan tubuh badan yang sihat.. mana ada produk yang nak supply selain Shaklee.. hee~
  8. ESP + MEALSHAKES
    --> makan banyak tapi tak gemok jugak.. tiup dek angin pun tumbang.. hee~ meh dapatkan tips cepat gemok dari kakak !!
  9. ESP + PERFORMANCE DRINK
    --> nak nak pulak cuaca tak brape menentu.. haish.. takkan nak minum minuman berkarbonat yang manis dan tinggi gula tu kan ? haa.. ini confirm tak de gula tapi membekalkan tenaga berpanjangan..
nak ? meh booking kat kakak meh.. boleh jek kalau nak pos ke seluruh Malaysia, nak COD pun boleh.. nanti kakak ajar cemana pengambilan ESP Shaklee dengan cara yang betul dan sesuai dengan kehendak tubuh badan korang..


13 January 2017

NAK BELI TAKUT TAK SERASI ; TRY LA SAMPLE !!

haa.. kadang kita nak beli macam macam produk kat pasaran tapi kita tak tau dah guna nanti serasi ke tak dengan kita.. kan ? terutamanya produk untuk anak-anak macam lampin pakai buang dan susu formula.. hee~ nih kakak nak share, kat mana korang boleh dapatkan sample / trial pack / pek cuba cuba untuk produk kegemaran korang..


LAMPIN PAKAI BUANG BAYI

SUSU FORMULA

KEPERLUAN WANITA / LELAKI

PENJAGAAN KECANTIKAN

LAIN-LAIN

tapi kakak tak jamin tau time korang apply untuk sample tu, pihak penganjur masih ada stok untuk sample atau tak.. hee~ papepun, korang try jek a-- mana la tau kan.. 

masa anak-anak kakak kecik dan masih pengguna setia lampin pakai buang ** cis !! skema btol penggunaan perkataan orang tua nih malam nih.. hahahaha~ ** kakak tak terfikir lansung pasal sample nih sebaliknya kitorang ( suami isteri ) terus beli.. haa.. kalau ade pek kecik, dapat la beli pek kecik dulu tapi kalau tak de memang redah jek la pek besar pon.. ade jek yang baru guna dua tiga keping lepas tu ade effect tak best kat kulit anak-anak, kitorang pon tukar la lain.. yang lebih tu bagi la sesape.. hee~

nih !! kakak dah sediakan serba sedikit sample.. mana la tau korang boleh try nanti.. time tu jangan lupa ingatkan kakak ye.. doakan kakak panjang umur dan murah rezeki dah laa.. cececece--

12 January 2017

VITAMIN UNTUK IBU HAMIL SUPAYA BAYI SIHAT DAN IBU KEKAL CERGAS

sekarang nih musim mak mak pregnant ke ? em.. tak de la.. ramai pulak yang mencari vitamin semasa hamil.. hee~ tu jek pon.. saja la kakak tanya sebab orang mengandung sekeliling kakak nih bemusim.. time ramai, asyik UP jek la kat timeline facebook tu pasal pregnancy.. time tak de tu memang tak de lansung ha..

kalau tanya kakak la, memang kakak sarankan ibu hamil untuk mula consume vitamin beberapa bulan ebelum plan nak hamil.. haa.. maksudnya, penerimaan badan terhadap vitamin terlebih dahulu sebelum adanya baby kat dalam perut nun.. jadi.. ibu dan baby sama-sama dapat manfaat dan khasiat dari vitamin yang diambil.. syok kan ?


PERLUKAH IBU HAMIL MAKAN VITAMIN ?

kalau tanya kakak, memang kakak akan jawab ; YA !! sebab gaya pemakanan sehari-hari belum tentu lengkap untuk keperluan tubuh badan kita apa tah lagi bila kita dah hamil dan ada lagi satu nyawa yang menumpang dalam badan kita.. 

pakar perubatan menyarankan pengambilan asid folik sebanyak 400mcg sehari pada 12 minggu pertama kehamilan dan apabila kandungan semakin besar, keperluan zat besi pun akan bertambah.. kalau congak congak secara rawak, keperluan kalsium pun akan bertambah sebab penjagaan tulang dan pembentukan gigi untuk 2 nyawa.. haa.. korang bayangkan la kalau korang tak amik pape kalsium dan biarkan jek kandungan membesar.. macam-macam kebarangkalian boleh jadi..

korang boleh tanya doktor yang merawat korang tentang MULTIVITAMIN yang sesuai untuk kehamilan.. kebiasaannya doktor akan menyarankan vitamin seperti :


  • asid folik
  • vitamin D
  • zat besi
  • kalsium
  • vitamin c
  • vitamin b
  • protein
JANGAN ambil sebarang vitamin yang mengandungi retinol iaitu vitamin A dari unsur haiwan sebab kalau korang TER ambil dalam dos yang tinggi, kemungkinan retinol boleh menjadi racun kepada baby.. TAPI !!! vitamin A yang berunsurkan tumbuh-tumbuhan ( karotin ) adalah selamat dan sangat digalakkan..

sila dapatkan nasihat pakar sekiranya korang merupakan :

  • seorang vegetarian
  • pesakit kencing manis
  • pesakit praeklampsia
  • menghidapi anemia
  • pernah melahirkan baby dengan berat badan yang rendah

VITAMIN YANG SESUAI UNTUK IBU HAMIL


ENERGIZING SOY PROTEIN ISOLATE POWDER ( ESP )

  • antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein kerana protein adalah makanan sel yang berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu
  • mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan
  • pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein - selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga
  • ESP memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya, selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain
  • kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal

SUSTAINED RELEASE VITA - C

  • sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik
  • membantu penyerapan iron – kalau tak cukup vitamin C, makanlah Iron sekapal pun takkan diserap badan

VITALEA IRON FORMULA ( MULTIVITAMIN )

  • multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral
  • zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi

B COMPLEX

  • lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan untuk membantu memberi tenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah lebih berseri
  • B Complex juga anti stree, bila dah tak stress penghasilan susu badan jadi lebih baik

OSTEMATRIX ( KALSIUM DAN MAGNESIUM )

  • dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium
  • kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia
  • bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh
  • sekiranya ibu-ibu tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu
  • jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua
  • pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period

OMEGA GUARD

  • DHA adalah asid lemak perlu untuk perkembangan otak yang sihat serta meliputi aspek-aspek lain seperti perkembangan janin yang sihat
  • DHA juga merupakan asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata serta organ badan yang lain
  • bayi tidak mampu menghasilan DHA dengan sendiri sebaliknya memperolehi DHA daripada susu ibu
  • sebelum bayi dilahirkan, DHA didapati dair ibu melalui plasenta dan sebab itulah bila bayi semakin besar, ibu akan mengalami kekurangan DHA
  • pakar mencadangkan supplement berasaskan Omega-3 kepada ibu hamil dan ibu yang menyusukan bayi untuk menambah DHA dan mengekalkan keperluan DHA untuk ibu dan bayi

SET KEHAMILAN SHAKLEE

mesti tertanya tanyakan.. nih stok berapa lama ? hee~ lama.. serius lama dan sekali gus korang dapat berjimat lebih.. haa.. itu bestnye dengan Shaklee nih.. bukan takat nak jaga kesihatan jek tapi turut bagi peluang kita jimat jimat.. al maklum la.. banyak duit nak pakai kot kan nak menyambut orang baru..
  1. Vitalea ( multivitamin ) tahan 4 bulan
  2. B Complex ( asid folik ) tahan 4 bulan
  3. Vitamin C tahan 6 bulan
  4. Ostematrix ( pil kalsium ) tahan 2 bulan
  5. Omega Guard tahan 1 - 2 bulan
  6. Energizing Soy Protein ESP tahan 2 bulan


TESTIMONI SET KEHAMILAN SHAKLEE







lagi ? hee~ ade jek.. nanti kakak sambung lagi eh.. doakan urusan kakak dipermudahkan dan korang kena la rajin rajin klik blog kakak untuk info kesihatan lebih dari biasa.. in shaa Allah..


11 January 2017

KELEBIHAN ALFALFA UNTUK KESIHATAN DALAMAN DAN MEMBANTU MERAWAT PELBAGAI PENYAKIT

orang zaman sekarang kalau nak bercakap pasal makanan tambahan, memang takkan habis.. yang nak tegang la, yang nak cantik glow ** in the dark.. hee~ ** la, yang nak rapat rapat mana yang ketat la, yang nak buang bau badan la.. memang takkan habis.. serius.. mana-mana pemilik brand pun akan tetap pertahankan nama yang dibawa sebaik mungkin.. kan ? kan ? hee~ tak yah nak nafikan la.. lagi lagi kalau hat jamu jamu ni.. OH !! kakak kaki jamu jugak.. aww--


ramai pakar nutrisi percaya, ALFALFA merupakan tumbuhan 'raja' yang tinggi nutrien.. pheww-- dah kalau tinggi nutrien tu, mesti banyak kelebihan dia kan ? ye !! memang banyak nau nau la kelebihannye..


KELEBIHAHAN ALFALFA

1 : merawat gangguan pencernaan
2 : mengawal kolesterol dalam darah
3 : menyingkirkan kolesterol jahat dari tubuh
4 : mengurangkan risiko penyakit jantung dan stroke
5 : mengurangkan paras gula dalam darah - bagus untuk pesakit diabetes
6 : mencegah adema - pengumpulan air dalam badan
7 : mengurangkan simptom menopaus
8 : merawat asthma / asma
9 : merawat masalah sembelit
10 : menyingkirkan toksin dalam badan
11 : mengurangkan sakit otot dan sendiri
12 : meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13 : membentu merawat masalah penghadaman
14 : memperbanyakkan susu ibu - sesuai untuk ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif
15 : mengurangkan masalah tekanan pada pundi kencing
16 : merawat masalah gastrik dan gangguan pada hati
17 : meningkatkan masalah prostat
18 : bertindak sebagai kacip fatimah
19 : merawat masalah dalaman wanita - seperti masalah keputihan

ade banyak lagik, tapi nih cukup la kot untuk kakak share kat korang.. hee~ dan kalau korang amalkan tumbuhan alfalfa nih secara konsisten, korang tak perlukan supplement lain.. damn !! kakak tak gelak hoccay.. kakak sangat serius.. hahahaha~ sebab dalam tumbuhan alfalfa sendiri mengandungi 12 jenis vitamin dan mineral penting !! 

KANDUNGAN ALFALFA

1 : VITAMIN A
  • penting untuk menjaga penglihatan yang sihat
  • membina ketahanan terhadap jangkitan terutamanya dalam saluran pernafasan
  • menggalakkan pertumbuhan sel dan menggalakkan pertumbuhan sel yang sihat
2 : VITAMIN E
  • melindungi sel daripada sinar UV
  • memelihara kesihatan jantung
  • memperbaikisistem imun
  • menguatkan dinding pembuluh darah
3 : VITAMIN B6
  • membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak
  • menggalakkan kesihatan sistem saraf dan kulit
  • membantu mengurangkan rasa loya dan mual untuk ibu hamil
4 : VITAMIN K
  • membantu membekukan darah
  • penting dalam fungsi hati
5 : VITAMIN D
  • mengawal penggunaan kalsium dan fosforus dalam badan
6 : KALSIUM
  • membina dan mengekalkan kesihatan tulang dan gigi
  • membantu proses pembekuan darah
  • mengawal rentak jantung
  • membina sel saraf dan fungsi saraf yang sihat
7 : ZAT BESI
  • diperlukan dalam pembinaan hemoglobin
8 : KALIUM
  • membantu fungsi otot dan jantung
  • memberi tindakbalas enzim untuk menghapuskan lemak jahat
9 : FOSFORUS
  • meningkatkan peranan tisu saraf
10 : SODIUM
  • mengawal keseimbangan cecair dalam badan
11 : MAGNESIUM
  • mengelak berlakunya sembelit
  • melancarkan fungsi otak dan melindungi kesihatan kulit
12 : PROTEIN
  • 18.9 % berbanding daging lembu
  • 3.3 % berbanding susu
  • 13.1 % berbanding telur
  • protein diperlukan untuk pembinaan sel tubuh badan dan kekurangan protein boleh menyebabkan keletihan dan lesu
bila dah baca banyak kelebihan alfalfa nih lepas tu tak payah nak telan banyak banyak supplement untuk dapat semua manfaat yang dah disediakan oleha alfalfa, mula la menggatal jari.. kan ? kan ? hee~ SABAR JAP !! korang kena tau satu fakta !!

alfalfa kat pasaran ada banyak jenis dan semua TAK SAMA lansung manfaatnya.. haa.. alfalfa yang paling selamat dan berkesan adalah alfalfa jenis DAUN tapi alfalfa yang biasa kita akan jumpa kat bahagian organik = alfalfa sprout ** macam dalam gambar kat paling atas entri nih.. ** yang merupakan alfalfa jenis cambah.. yang membimbangkan, alfalfa jenis bijik nih boleh menyebabkan reaksi penyakit AUTO IMMUNE..

okay.. boleh start fikir pasal alfalfa mana yang best.. hahahaha~


KELEBIHAN ALFALFA SHAKLEE

ALFALFA SHAKLEE diperbuat dari daun alfalfa yang bermutu tinggi dan hanya di tanam di California, USA jek.. negara lain tak de eh.. hee~ eksklusif..
cantikkan ? hee~ macam boleh tanam kat laman rumah jek..
juga dikenali sebagai BAPA SEGALA MAKANAN.. haa.. tu.. tengok akar dia tu.. akar alfalfa boleh memanjang sehingga 6 meter untuk mencari dan menyerap nutrien serta mineral yang baik.. tumbuhan lain tak berkeupayaan nak buat ape yang alfalfa buat tau.. hee~
alfalfa Shaklee ditanam tanpa pestisid, tanpa racun kulat, tanpa bacteriosides, tanpa hormon sintetik dan tanpa bahan kimia sudah semestinya..

1 : sumber terbaik dari daun alfalfa tanpa akar dan batang
2 : disediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji
3 : pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
4 : tidak memberi kemudaratan kepada bayi yang sedang menyusu badan seperti panas dan cirit-birit
5 : alfalfa shaklee tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet
6 : membantu melengkapkan zat dan nutrien dalam rutin pemakanan seseorang


CARA PENGAMBILAN ALFALFA SHAKLEE

  • ambil 4 - 6 biji sehari selepas makan
  • maksimum pengambilan alfalfa adalah 10 biji untuk satu hari
  • bagi wanita yang menyusukan bayi disarankan untuk memantau sebarang perubahan yang berlaku sebelum atau selepas pengambilan alfalfa
  • sebagai permulaan, alfalfaperlu diambil pada dos yang kecil ( 2 - 3 biji ) bagi mengelakkan badan korang terkejut
bukti kakak memang kaki ALFALFA.. hee~ kalau siapa follow kakak dari awal kakak berkecimpung dlaam bidang pen-Shaklee-an, ini adalah vitamin pertama yang kakak consume..
eh !! tak best la nak cerita semua kat sini kan.. hee~ untuk lifetime consultation, korang boleh hubungi kakak.. tau !!

10 January 2017

MAKANAN TAMBAHAN TERBAIK UNTUK MENJAGA SISTEM IMUN ANAK-ANAK

dah dua minggu anak-anak kita mula sekolah.. kan ? rasa sekejap jek masa berlalu.. mana yang tengah orientasi, dengan orientasi la.. mana yang dah start belajar, kena bleajar la.. hee~ macam anak-anak bijak kakak ; #CEOaiman dah darjah satu.. pagi kelas KAFA, petang dengan sekolah kebangsaan.. #CEOaina plak dah tadika 5 tahun.. kakak masih dalam sesi menyesuaikan diri dengan keadaan kelamkabut menguruskan dua ketol saham ni..

dalam masa yang sama, kakak tak pernah lupakan ape yang terbaik untuk kesihatan dorang.. haa.. kalau nak anak success dalam pelajaran, ibu ayah kena la melabur sikit dan pelaburan paling bijak adalah dari segi kesihatan ** entri nih bukan untuk membodek mana-mana pihak tapi menyampaikan kesedaran tentang kepekaan kita terhadap kesihatan anak-anak.. cecececece-- gittew-- **.. 

dan untuk setiap dua atau tiga bulan, kakak dan suami akan melaburkan sedikit amount untuk dua ketol nih !! kitorang beli ape dan untuk ape ?


kadang kadang ade jugak la terbabas, tak restock tapi alhamdulillah.. bila sistem imun anak-anak kita kuat, setakat seminggu dua tak dapat supplement tak de hal la.. hee~ nih kes try and error kakak kat aiman aina la.. korang jangan try kat anak-anak korang plak, lagi lagi baby.. tau..

VITAMIN UNTUK KANAK-KANAK

1 : OMEGA GUARD

  • suplemen minyak ikan terbaik di dunia
  • kaya dengan EPA dan DHA yang bagus untuk fungsi otak 
  • membantu meningkatkan daya fokus semasa pembelajaran
  • meningkatkan sistem pertahanan badan kanak-kanak
  • mengurangkan serangan asma pada kanak-kanak dengan mengurangkan penggunaan inhaler kerana omega-3 bersifat anti radang
  • merawat dan memperbaiki penyakit eczema
  • meningkatkan kesihatan kardiovaskular

2 : VITALEA FOR CHILDREN

  • multivitamin dalam bentuk tablet yang pasti menjadi kegemaran kanak-kanak
  • mengandungi 18 multivitamin dan multimineral termasuk 100 % Vitamin C, D, E dan 8 jenis vitamin B yang akan membantu melengkapkan nutrisi harian kanak-kanak
  • 200mg kalsium, magnesium, zinc, cooper membantu proses tumbesaran dan pertumbuhan tulang kanak-kanak
  • membantu menguatkan kecerdasan minda
  • meningkatkan sistem imunisasi tubuh
  • membantu meningkatkan selera makan
  • melancarkan proses pencernaan, mengelak sembelit
  • membantu dalam penyerapan zat dari makanan harian
  • boleh dikunyah atau dikemam begitu saja dengan rasa anggur 

3 : VITAMIN C 100gm ( CHEWABLE )

  • membekalkan vitamin C untuk kanak-kanak
  • rasa oren semulajadi dan mudah dikunyah sangat sesuai untuk kanak-kanak dan mereka yang sukar menelan pil
  • membantu meningkatkan antibodi
  • mempercepatkan proses penyembuhan luka 
  • membantu mempercepatkan pemulihkan selsema dan demam
  • menjaga kesihatan gigi, gusi dan tulang yang kuat
  • membantu menyihatkan kulit luar dan dalam

4 : NUTRIFERON

  • kukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari
    • kajian menunjukkan interferon mampu meransang dan mempertingkatkan keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh T-cells, B-cells & Makrofag
    • ia dapat membantu :
      • sesiapa yang hadapi masalah tahap keimunan sering berkurang
      • sesuai untuk yang kerap selsema, kerap demam dan kerap jatuh sakit melebihi seminggu
      • ibu menyusu yang mana anaknya masih kerap demam atau demam berpanjangan
    • bantu lawan kanser dan tumor otak
      • polisakariada yang terdapat dalam interferon semulajadi meransang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser
      • bantu kurangkan ketidakselesaan sewaktu kemoterapi
        • polisakarida juga membantu mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi dijalankan
        • melindungi dari Influenza, selesema
          • membantu seimbangkan respon alergi terhadap persekitaran dan pencemaran udara, berkesan melindungi virus mikrob seperti selesema, alergi dan inflamasi dan influenza
          • bagus untuk immune booster pada keadaan ketika cuaca tidak menentu, jerebu dll
          • sangat sesuai untuk orang yang kerap dikelilingi orang ramai @ melancong, berada di luar negara
          • meringankan stress dan kelesuan
            • rumusan nutriferon dapat ringankan rasa tidak sihat yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk
            • melambatkan penuaan
              • formula unik nutriferon semulajadi yang pertama di dunia sebenarnya dapat meransang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman dan menjadikan sel-sel kulit lebih sihat dan muda
              • mengurangkan infeksi dan sakit kronik pesakit-pesakit hepatitis B & C
                • keberkesanan kebaikn nutriferon shakleedalam memerangi dan mengurangkan infeksi juga meminimumkan ketidakselesaan akibat penyakit hepatitis B & C ini seperti kembung perut, rasa mual, muntah dll
                • membantu kesihatan wanita menopous menjadi lebih baik
                • gejala-gejala seperti hipertensi, tahap kolestrol yang tinggi, kitaran darah dalam tubuh dan masalah-masalah lain berkaitan menopous dapat diatasi dengan pengambilan nutriferon
                • mengurangkan simptom-simptom ketika pra-haid dan sewaktu haid
                • mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin seperti kekejangan otot, sakit belakang, sakit payudara, jerawat, kegelisahan, insomnia dan perubahan emosi yang tidak terjangka
                • bantu dalam pemulihan penyakit :
                  • lepromatus ( kusta )
                  • leishmaniasis ( pelbagai penyakit yang disebabkan oleh jangkitan organisma yang dikenali sebagai protozoa ) 
                  • toxoplasmosis ( penyakit yang disebabkan oleh parasit 

                  5 : MEALSHAKES

                  • minuman yang sedap, berkhasiat dan mudah disediakan yang pasti menjadi kegemaran kanak-kanak dan seisi keluarga
                  • mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting
                  • tinggi dengan serat – mengatasi masalah sembelit
                  • indeks glisemik rendah jadi kanak-kanak tidak mengalami obesiti
                  • makanan untuk otak yang bijak kerana ia mengandungi kolina, kalsium dan protien
                  • minuman yang sihat untuk menambah selera makan dan berat badan kanak-kanak
                  BACA SINI --> SUSU TEPUNG TERBAIK UNTUK ANAK ANDA !!

                  em.. kita semua nak yang terbaik untuk anak-anak kita kan ? hee~ apa kata mulakan dengan kesihatan yang baik untuk mereka ? mula dari rumah..


                          Firman Allah ( Surah Al-Anfal, 28 ) :
                          وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
                          "dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.."

                          FirmanNYA lagi ( Surah Al-Taghabun, 15 ) :
                          إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَاللَّهُ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
                          "sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan ( bagimu ), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar.."




                          9 January 2017

                          AWAS !! PRODUK PEMUTIHAN KULIT MUNGKIN MENGANCAM NYAWA BAYI DALAM KANDUNGAN ANDA !!

                          nak cantik ? nak putih ? nak gebu ? em.. semua wanita impikan benda yang sama kan ? ** tapi bukan kakak la.. hee~ sebab kakak sedar hitam manis pun cantik jugak.. ** ya !! tak dinafikan dengan lambakan produk pemutihan kulit yang entah dari ceruk mana meledak macam percikan bunga api.. haa.. toddia.. serius !! kan ? kalau korang selak satu persatu helaian majalah, korang akan nampak pelbagai jenama, pelbagai fungsi.. selamat ke ? itu yang kakak nak share nih.. selamat atau tidak produk pemutihan kulit terhadap ibu hamil dan kandungan.. jeng.. jeng.. jeng..


                          KANDUNGAN UTAMA PRODUK PEMUTIHAN KULIT

                          1 : MERKURI

                          • merkuri ialah sejenis logam yang boleh merosakkan bahagian tubuh manusia termasuk paru-paru, buah pinggang, sistem saraf malah boleh menyebabkan masalah pendengaran dan penglihatan.. tahap keseriusan bergantung kepada sebanyak mana kita telah terdedah kepadanya.. merkuri boleh menyebabkan kerosakan otak, telinga dan mata pada bayi..

                          2 : HIDROKUINON

                          • hidrokuinon ialah sebatian organik beraroma yang bertindak sebagai agen peluntur ( bleaching ) yang biasa di gunakan dalam sabun basuh kain, pencuci detergent dan produk cucian.. produk yang mengandungi hidrokuinon biasanya boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai wajah dengan efek putih kemerahan seperti terbakar.. produk yang mengandungi hidrokuinon tidak sesuai digunakan untuk jangka masa lama..

                          3 : RETINOID

                          • boleh menyebabkan FRS ( Fetal Retinoid Syndrome ) dimana janin akan mengalami masalah kecacatan mental dan fizikal.. retinoid sering digunakan dalam krim untuk merawat jerawat..

                          4 : BENZOYL PEROXIDE

                          • kandungan merbahaya benzoyl peroxide boleh diserap moleh liang-liang kulit dan masuk ke dalam organ tubuh badan.. kebiasaan digunakan untuk produk mengecutkan jerawat dan dalam berbentuk krim ataupun gel..

                          5 : RHODAMINE

                          • sejenis pewarna tekstil yang dicampurkan ke dalam produk kecantikan yang merbahayakan nyawa ibu ( berpotensi menghidapi kanser ) dan boleh mengakibatkan kecacatan pada janin..
                          apa jadi kalau ibu hamil tetap 'berdegil' nak jugak putih melepak dan tak fikir lansung pasal baby dalam kandungan ? hee~ kakak bukan pakar la nak cerita benda benda nih.. TAPI !! pakar kata ; pakar tau.. kakak compile kan jek lepas tu kakak share kat korang..

                          KESAN BAHAN PEMUTIH KULIT TERHADAP BAYI DALAM KANDUNGAN 

                          1. cacat ketika lahir
                          2. perkembangan janin terganggu

                            • misalnya : kalau ikutkan usia kandungan sekian sekian bulan dan perkembangannya patut A + B + C + D.. tapi akibat gangguan dari bahan kimia yang digunakan oleh si ibu, perkembangan bayi terbantut dan menjadi A + B sahaja.. hati hati ya.. jangan jadi penyebab dan punca anak anak korang 'rosak'..

                          3. keracunan janin
                          4. kematian bayi semasa dalam kandungan
                          5. kanser
                          6. sumbing
                          7. gangguan pada sel saraf
                          8. kerosakan pada jantung / tiub jantung
                          9. kerosakan pada paru-paru
                          10. alergik
                          11. gangguan sistem reproduksi
                          12. keguguran
                          13. komplikasi semasa hamil

                          amcam ? entri nih bukan nak menakut nakut kan sesiapa tau.. tapi lebih untuk kesedaran hari mendatang.. a.. gittew-- nak putih putih sangat pon nak g mana ? kita orang asia kot.. dah sinonim dengan kulit hitam hitam si tampuk manggis.. dan kalau tak fikir pasal diri sendiri, fikir la kejap pasal baby ye.. 


                          kenapa korang lebih percayakan iklan kat media berbanding lebih menitik beratkan isu kesihatan ? hee~ kakak masih tertanya.. serius..  kakak pun wanita, kakak pun ade RASA TU.. tapi.. ntah.. kakak lebih takut kesan jangka masa panjang berbanding kesan sementara..