KENAPA IBU MENGANDUNG MUDAH TERKENA JANGKITAN SELESEMA ?

by - February 09, 2015

Semasa hamil, sistem imun ibu akan berubag di mana ia bekerja untuk melindungi bayi di dalam kandungan. 


Selesema bukan sahaja boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada ibu mengandung malah boleh melarat sehingga demam, sakit kepala, sakit otot, sakit tekak dan batuk. Ibu hamil tidak digalakkan mengambil ubat-ubatan untuk proses penyembuhan yang cepat.


Selsema ; satu keadaan normal tapi bila anda sedang mengandung dan mengidap selsema teruk, anda harus berhati-hati. Menurut pemerhatian, situasi ni boleh menyebabkan kelahiran pra matang atau lebih teruk boleh membawa kepada keguguran. Kalau selsema ibu hamil melarat,pernafasan akan terganggu dan memberi kesan kepada kandungan. 
[ sumber : majalah RAPI ]

Apakah cara merawat selsema dan flu ketika hamil tanpa menggunakan sebarang ubat?

Amil langkah pencegahan adalah paling baik. Pastikan ibu-ibu mengambil nutrisi yang secukupnya semasa kehamilan. Boleh rujuk LINK INI untuk mengetahui nutrisi-nutrisi penting bagi mengelakkan masalah kesihatan ketika hamil.  Namun sekiranya dah berlaku, ibu-ibu boleh mengatasinya dengan cara berikut

Apakah cara merawat selesema ketika hamil tanpa mengambil ubat-ubatan ?

  • Minum air masak sekurang-kurangnya 1.5 liter sehari. Air yang banyak boleh membantu mengelak masalah dehidrasi dan mencairkan lendir-lendir akibat selesema. Digalakkan juga untuk minum jus buah-buahan yang segar untuk membantu penyediaan mutrisi dan vitamin penting untuk badan.
  • Pilih sayur yang kaya dengan vitamin C dan tumis dengan 3 - 4 ulas bawang putih kerana bawang putih adalah sumber antibiotik semulajadi yang sangat bagus untuk mengatais masalah jangkitan kuman dan bakteria.
  • Banyakkan berehat dan lupakan seketika kerja di pejabat dan di rumah. Biarkan suami  mengambilalih segala kerja. Rehat boleh mengurangkan stress.
  • Elakkan tidur menghadap kipas / aircond
  • Makan madu. Selain memberi tenaga ia juga berfungsi melancarkan sistem penghadaman dan membuang angin dalam badan kerana madu kaya dengan vitamin C
  • Jika ibu hamil mempunyai vitamin C di rumah, jangan skip pengambilannya. Untuk pengguna Sustained Release Vitamin C Shaklee, anda boleh pecahkan 1 biji vitamin kepada 2 bahagian dan telan salah satunya. Pengambilan 2 kali sehari iaitu pagi dan malam membantu mempercepatkan proses penyembuhan.




Panduan asas pengambilan ubat semasa mengandung 

Jika demam atau sakit-sakit badan : 

Ubat yang selamat dimakan adalah paracetamol (PCM) Elakkan mengambil ponstan dan ubat tahan sakit yang lain seperti voltaren Jika demam perpanjangan melebihi 3 hari segera berjumpa dengan doktor berdekatan untuk pemeriksaan lebih lanjut. 

Jika selsema : 

Elakkan mengambil semua jenis ubat selsema seperti actifed, piriton Apa yang boleh dilakukan oleh ibu-ibu mengandung adalah mengambil vitamin C dan makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dan banyakkan minum air suam. 

Jika batuk : 

Elakkan minum semua jenis ubat batuk 

Jika cirit-birit : 

Elakkan mengambil ubat cirit birit (lomotil) dan ubat sakit perut yang memulas akibat cirit birit (buscopan) Ibu-ibu boleh mengambil ubat garam (ORS-oral rehydration salt) untuk menggantikan garam galian yang hilang daripada badan dan pastikan banyak minum air suam. 

Antibiotik selamat ? 

Terdapat antibiotik yang selamat digunakan semasa mengandung. Di sini saya senaraikan antibiotik yang biasa diberikan oleh doktor-doktor di Malaysia untuk jangkitan yang pelbagai dan ianya selamat digunakan semasa mengandung 
-amoxycillin 
-erythromycin 
-augmentin 
-cephalexin 

Paling penting jaga kesihatan semasa mengandung dan elakkan mengunjungi tempat-tempat kunjungan orang ramai bagi mengelakkan terkena jangkitan terutamanya selsema dan batuk (jangkitan salur pernafasan atas-upper respiratory tract infection) kerana semasa mengandung imuniti ibu-ibu sedikit lemah dengan kehadiran bayi di dalam kandungan. 

Bagi mengelakkan jangkitan kuman pada salur kencing pula, elakkan menahan diri daripada buang air kecil dan minum banyak air. Semoga anda dan bayi anda sihat dalam proses mengandung, jangan lupa banyak berdoa dan berserah diri kepada Yang Maha Esa, In Shaa Allah dipermudahkan.




LOVE ;

You May Also Like

2 comments

  1. vitamin ni mmg elok.. slm singgah ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. vitamin C penting utk kesihatan optimum.. hee~

      Delete