BAJET 2018 TAHUN MEMPERKASAKAN WANITA ? YE KE ? LELAKI ?

hee~ kecoh dua hari lepas pasal pembentangan BAJET 2018 ye.. amboi !! amboi !! amboi.. kakak pun terkesan sama bila penat-penat dok mengemas tumah tapi bila scroll Facebook dan Twitter, ramai yang keluarkan #BAJET2018.. walaupun kakak tak sempat nak dengar Perdana Menteri berucap, kakak ambil kesmepatan untuk membaca dan tersenyum.. eh !! untuk tahun 2018, macam banyak kejutan istimewa untuk wanita lah !! tetiba diri kecil ini terasa istimewa sangat..

bajet_2018

keseluruhannya ada 8 PETUNJANG yang dibahagikan kepada point point kecil.. untuk mudah faham.. nah !!

MERANCAK PELABURAN, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI

1 : PELABURAN BERIMPAK TINGGI
  • menekankan pelaburan berimpak tinggi : industri berkaitan petroleum, logistik, aeroangkasa, rel dan robotik
  • meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan di 5 koridor termasuk : projek Wilayah Selatan Perak, Zon Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam, Perindustrian Tok Bali dan Empangan Baleh, Sarawak : ( RM 1b )
  • dana strategik berimpak tinggi di bawah MIDA : ( RM 200j )
  • melanjutkan tempoh galakan cukai Principal Hub sehingga 31 Disember 2020

2 : MENGUKUHKAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA ( PKS )
  • skim Jaminan PEmbiayaan Perniagaan untuk modal kerja dan sektor perkhidmatan : ( RM 7b )
  • pinjaman di bawah SJPP membolehkan PKS mengautomasukan pengeluaran : ( RM 1b )
  • skim Pembiayaan PKS Patuh syariah dengan subsidi kadar keuntungan 2% : ( RM 1b )
  • latihan, geran dan pinjaman mudah PKS di bawah SME Corp : ( RM 200j )
  • pembangunan industri dan produk halal di pelbagai agensi : ( RM 82j )

3 : PEMBIAYAAN MIKRO
  • pinjaman dana Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga ( TEKUN : RM 500j )
  • Amanah Ikhtiar Malaysia ( AIM : RM 200j )
  • Skim Pembiayaan Ekonomi Desa ( SPED ) bagi usahawan bumiputera desa : ( RM 80j )

4 : MENINGKATKAN EKSPORT
  • promosi dan peluasan pasaran eksport : ( RM 150j )
  • kemudahan kredit perlindungan insurans pengeksport PKS : ( RM 1b )
  • pinjaman mengautomasi pengeluaran perabot tempatan tujuan eksport : ( RM 100j )

5 : MEMPERGIAT SEKTOR PERTANIAN
  • bantuan dan insentif pesawah, pekebun kecil getah dan nelayan : ( RM 2.3b )
  • infrastruktur pengairan dan menaiktaraf jalan ladang : ( RM 500j )
  • program pembangunan dan penanaman semula kelapa sawit : ( RM 140j )
  • program pertanian sebagai sumber kekayaan baharu : ( RM 200j )
  • penanaman semula kelapa ( CARECA dan MATAG ) secara berkelompok ( RM 50j )
  • bantuan pesawah RM 200 untuk 3 bulan sementara menunggu tuaian padi : ( RM 150j )
  • program penanaman semula getah dan kemudahan infrastruktur pengeluaran latex : ( RM 200j )

6 : MEMPERGIATKAN INDUSTRI PELANCONGAN
  • mengisytihar tahun 2020 sebgai Tahun Melawat Malaysia
  • tabung Pelancongan PKS dengan subsidi kadar faedah 2% : ( RM 2b )
  • tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan : ( RM 1b )
  • program pembangunan dan promosi pelancongan : ( RM 500j )
  • memperluas hab serantai e-visa
  • galakan cukai bagi pelaburan hotel baharu 4 dan 5 bintang dilanjutkan 2 tahun
  • galakan pengecualian cukai pendapatan dilanjutkan kepada 31 Disember 2020

7 : INDUSTRI PELANCONGAN KESIHATAN : MALAYSIAN HEALTHCARE TRAVEL COUNCIL ( MHTC : 30j )
  • Hab Rawatan Kesuburan dan Kardiologi Asia perkhidmatan kesihtan bernilai tinggi
  • program Flagship Medical TOurism Hospital khusus kepada hospital swasta
  • galakan alaun cukai pelaburan pelancongan kesihatan dilanjutkan 31 Disember 2020
  • potongan cukai 2 kali bagi perkhidmatan pergigian dan ambulatori
  • pengecualian cukai 50% nilai peningkatan eksport dinaikkan 100%

8 : MEMACU SEKTOR LOGISTIK
  • projek ECRL menghubungkan Pelabuhan Klang – Pengkalan Kubor
  • projek MRT 2 Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya ( 52 km ) : kos RM 32b
  • projek High Speed Rail menghubungkan Kuala Lumpur – Singapura ( 350 km )
  • projek Central Spine Road : ( RM 230j )
  • Pulau Pangkor diisytiharkan sebagai pulau bebas cukai
  • Special Border Economis Zone di Bukit Kayu Hitam
  • Dana Pembangunan Pengangkutan : ( RM 3b )
  • Tabung Pengangkutan Awam bagi modal kerja dan pembelian bas dan teksi : ( RM 1b )
  • sistem kawalan biometric untuk memantau pemanduan bas ekspres : ( RM 45j )
  • subsidi perkhidmatan keretapi luar bandar ( Tumpat – Gua Musang ) : ( RM 55j )
  • menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Langkawi
  • bina baru Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Mukan dan Sandakan

9 : MENGUKUHKAN PASARAN KEWANGAN
  • pinjaman perniagaan gunakan harta intelek sebagai instrumen cagaran : ( RM 1.5b )
  • pengecualian duti setem atas nota kontrak Exchange – Traded Fund dan Structured Warrants bagi 3 tahun
  • potongan cukai bersamaan amaun pelaburan yang dibuat di dalam syarikat teroka
  • potongan cukai oleh pelabur budiman ( angle investor ) dalam syarikat teroka
  • pengecualian cukai pendapatan ke atas pendapatan fi pengurusan diperluas kepada dana SRI konvensional mulai 2018 – 2020
  • mewajibkan majikan membuat pembayaran gaji pekerja asing melalui akaun bank

MENUJU ASPIRASI TN50


10 : KEMUDAHAN PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK DAN KEBAJUKAN OKU
  • mewajibkan semua bangunan pejabat yang baharu menyediakan pusat jagaan kanak-kanak bermula di Kuala Lumpur
  • potongan tambahan bagi majikan menggaji OKU diperluas kepada majikan menggaji pekerja yang disakan oleh PERKESO


11 : MEMUPUK BUDAYA MENYIMPAN WANG GENERASI TN50
  • Amanah Dana Anak Malaysia 3050 ( ADAM50 ) Dana Tabungan Permulaan benilai RM 200 ( unit amanah saham ) PNB untuk anak dilahirkan 1 Januari 2018 – 2022


12 : PENDIDIKAN UNTUK GENERASI TN50 – RM 250j
  • menubuhkan Pusat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik ( STEM )
  • mempertingkatkan modul Computer Science yang termasuk program Coding
  • menaik taraf 2000 kelas menjadi Bilik Darjah Pintar Pembelajaran Abad ke-21 bagi meningkatkan pembelajaran berasaskan pemikiran kreatif dan inovatif : ( RM 190j )


13 : MEMARTABAT PENDIDIKAN TINGGI
  • biasiswa RM 2.2b
  • geran penyelidikan dan pembangunan kepasa IPTA : ( RM 440j )
  • bantuan baucar buku bernilai RM 250
  • MyBrain untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan kedoktoran : ( RM 90j )


14 : KERJAYA DAN BAKAT TN50
  • program perintis dan temuduga terbuka di bawah SL1M : ( RM 40j )
  • syarikat swasta yang berjaya mendapat kontrak kerajaan diwajibkan memperuntukan 1% daripada nilai projek bagi Program SL1M
  • pusat sehenti menggabungkan agensi seperti JobsMalaysia, SL1M, PERKESO, HRDF dan TERAJU di UTC
  • program National Leaders Circle untuk pengisian jawatan penting dan tertinggi


15 : SOCIAL ENTERPRISE
  • geran sepadan bagi pembiayaan social enterprise : ( RM 50j )


16 : PEMBANGUNAN SUKAN
  • program FITMalaysia, Hari Sukan Negara, latihan atlit, program akar umbi dan program pembangunan bola sepak negara melalui KBS : ( RM 1b )
  • membina 14 kompleks sukan baharu di seluruh negara : ( kos : RM 112j )
  • Sekolah Sukan Bukit Jalil : ( RM 20j )

MENGUNGGULI PEMBANGUNAN PENDIDIKAN, LATIHAN DAN KEMAHIRAN SERTA BAKAT


17 : PENAMBAHBAIKAN DAN PENYELENGARAAN SEKOLAH
  • pembinaan pra-sekolah, pusat PERMATA, sekolah rendah dan menengah dan kolej vokasional serta matrikulasi : ( RM 654j )
  • tabung khas Penambahbaikan dan Penyelengaraan Sekolah : ( RM 550j )
  • membina semula dan menaiktaraf 2000 sekolah daif menggukana IBS : ( RM 2.5b )

18 : BANTUAN PERSEKOLAHAN
  • bantuan makanan, buku teks, geran kapita dan biasiswa kecil persekutuan : ( RM 2.9b )
  • bantuan persekolahan RM 100 seorang : ( RM 328j )

19 : PEMBIAYAAN PENGAJIAN TINGGI PTPTN
  • diskaun 20% untuk penyelesaian penuh pinjaman
  • diskaun 10% untuk bauaran 50% daripada baki hutang sekali bayaran
  • diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji
  • menaikkan jumlah pinjaman maksimum pelajar keluarga B40 : ( RM 200j )
  • Grace Preriod pembayaran balik dilanjutkan daripada 6 bulan kepada 12 bulan

20 : SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN 1 MALAYSIA ( SSP1M )
  • geran sepadan sehingga RM 500 kepada pencarum : ( RM 250j )
  • pelepasan cukai pendapatan individu bagi SSP1M selama 3 tahun

21 : MEMARTABAT LATIHAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL ( TVET )
  • institusi TVET di bawah 7 kementerian dijenamakan TVET Malaysia
  • pelan induk TVET Malaysia : ( RM 4.9b )
  • biasiswa Pelajar Cemerlang TVET : ( RM 4.5j )

22 : MENUBUHKAN NATIONAL RAIL CENTRE OD EXCELLENCE ( NRCOE )
  • bertujuan menyelia dan menyelaras jaminan kualiti serta akteditasi pendidikan dan latihan rel negara
  • syarikat MRL dengan kerjasama IPTA akan melatih 3000 profesional industri rel

MEMACU PEMBANGUNAN INKLUSIF


23 : MENYEDIA INFRA-RAKYAT YANG BERKUALITI
  • Lebuhraya Pan Borneo : ( RM 2b )
  • projek mesra rakyat : ( RM 1.1b )
  • membangunkan infrastruktur komunikasi : ( RM 1b )
  • projek luar bandar : ( RM 934j )
  • bekalan elektrik luar bandar dan air bersih : ( RM 672j )
  • bekalan air bersih di Sabah dan Sarawak : ( RM 420j )
  • PIA & PIAS : ( RM 500j )
  • pemetaan dan pengukuran tanah-tanah adat di Sabah dan Sarawak : ( RM 50j )

24 : NATIONAL BLUE OCEAN SHIFT ( NBOS )
  • pembinaan UTC baharu, Blue Ocean Entrepreneur Township, Mobile CTC, program keusahawanan, Global Entrepreneurship Community serta Usahawan Sosial inklusif dan vibrant : ( RM 300j )

25 : KEBAJIKAN PENEROKA FELDA
  • bayaran Insentif Khas Peneroka bernilai RM 5,000.00
  • mengembalikan wang SES bagi tanaman semula getah kepada kelapa sawit : ( RM 43j )
  • penanaman semula kelapa sawit : ( RM 60j )
  • membina 5,000 unit Rumah Generasi Kedua FELDA : ( RM 164j )
  • menaik taraf jalan, sistem bekalan air dan lampu jalan di FELDA : ( RM 200j )

26 : KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM
  • pembelian dan penyelenggaraan aset pertahanan : ( RM 3b )
  • pembinaan ibu pejabat dan balai polis serta pembelian senjata api : ( RM 720j )
  • menaik taraf sistem ICT dan 1PDRMnet serta sistem komunikasi : ( RM 270j )
  • Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia – PDRM ( PPA1M PDRM ) – 10, 000 unit
  • Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia ( APMM ) : ( RM 490j )
  • mempertingkatkan keupayaan aset pensenjataan bagi menangani kegiatan anti-keganasan : ( RM 50j )
  • memperkukuhkan peranan RELA dan kelengkapan  pakaian seragam : ( RM 250j )
  • Blueprint Perumahan Keluarga Angkatan Tentera ( RKAT ) – 6, 000 unit
  • menaik taraf hospital, poliklinik dan hospital vateran angkatan tentera : ( RM 40j )

27 : DASAR TRANSFORMASI KESEJAHTERAAN BUMIPUTERA
  • biasiswa pengajian tinggi dan latihan Majlis Amanah Rakyat ( MARA ) : ( RM 2.5b )
  • Program Peneraju Profesional, Skil dan Tunas : ( RM 90j )
  • MARA Graduates Employabilility Training Scheme ( GETS ) : ( RM 200j )
  • program peningkatan keusahawanan Bumiputera :
    • Keusahawanan dan Premis Perniagaan PUNB : ( RM 200j )
    • pembangunan vendor, TUBE, SUPERB dan Anjakan Usahawan : ( RM 155j )
    • Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres dan Pembiayaan Mudah Jaya : ( RM 200j )

28 : KESEJAHTERAAN MASYARAKAT CINA DAN INDIA
  • pinjaman PKS melalui Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad ( KOJADI ) : ( RM 50j )
  • Yayasan Peniaga dan Penjaja Kecil 1Malaysia untuk komuniti Cina : ( RM 30j )
  • Pembangunan Kampung-kampung Baru Cina dan pembaikan rumah : ( RM 75j )
  • skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India melalui TEKUN
  • pengagihan khas unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia untuk masyarakat India : ( RM 1.5b )
  • pengambilan kaum India ke IPTA dan Penjawat Awam baharu ditingkatkan 7%

29 : ORANG ASLI
  • program bantuan makanan komuniti kepada 5, 000 pelajar Orang Asli : ( RM 50j )
  • bantuan pengajian RM 3,000.00 kepada ibu bapa bagi perbelanjaan persediaan anak-anak ke IPTA
  • Program Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli : ( RM 60j )

30 : WANITA DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA
  • 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita
  • mewajibkan 30% wanita dalam keahlian Lembaga Pengarah GLC dan GLIC serta Badan Berkanun
  • cuti bersalin mandatori sektor swasta dinaikkan daripada 60 ke 90 hari
  • PEAK Entrepreneur Programme di bawah MyWin Academy : ( RM 20j )
  • pengecualian cukai pendapatan individu ke atas pendapatan yang diperolehi dalam tempoh 12 bulan kepada wanita yang kembali bekeerja sekurangnya 2 tahun berhenti bekerja

MENGUTAMAKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN PELUANG MENJANA PENDAPATAN


31 : MENJANA PENDAPATAN RAKYAT
  • program eRezeki, eUsahawan dan eLadang di bawah MDEC : ( RM 100j )
  • pinjaman mudah Food Truck 1Malaysia ( FT1M ) melalui Bank Rakyat dengan subsidi kadar faedah 4% : ( RM 120j )
  • program 1AZAM bagi meningkatkan pendapatan : ( RM 60j )
  • program Motosikal Tiga Roda, mobilepreneur dan program MyAGROSIS : ( RM 25j )
  • penggunaan aplikasi e-hailing oleh pemandu teksi berdaftar sedia untuk membeli kereta baharu – geran RM 5,000.00
  • program BR1M : ( RM 6.8b )
  • subsidi barangan, pengangkutan, elektrik dan tol : ( RM 3.9b )
  • menyediakan 50 Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 ( KR1M 2.0 ) dengan menjual 5 barang keperluan asas dengan harga rendah : beras, gula, minyak, tepung dan gas memasak serta 50 SKU
  • penyeragaman harga barang keperluan asas di Sabah dan Sarawak : ( RM 80j )
  • Agrobazaar Malaysia dengan harga jualan agro lebih rendah : ( RM 20j )
  • program FAMA dan LKIM bagi memastikan stok makanan berpatutan : ( RM 50j )
  • memansuhkan kutipan tol mulai 01 Januari 2018 bagi Batu Tiga dan Sungai Rasau, Selangor | Bukit Kayu Hitam, Kedah | Eastern Dispersal Link, Johor

32 : PENGURANGAN KADAR CUKAI PENDAPATAN
  • pengurangan kadar cukai pendapatan individu :
    • RM 20, 001 – 35, 000 : 5% ke 3%
    • RM 35, 001 – 50, 000 : 10% ke 8%
    • RM 50, 001 – 70, 000 : 16% ke 14%
  • meningkat pendapatan boleh guna antara RM 300 – RM 1, 000.. pelaksanaan langkah ini lebih 261 ribu tidak perlu membayar cukai

33 : SKIM PERSARAAN 1MALAYSIA
  • meningkatkan Skim Persaraan 1Malaysia kepada 15% maksimum RM250.00 setahun untuk 5 tahun dari 2018 – 2022

34 : PEMBANTU RUMAH ASING
  • kebenaran untuk pengambilan pembantu rumah asing secara terus tanpa melalui ejen

35 : PERUMAHAN
  • Projek Perumahan Rakyat : 17, 300 : JPN
  • Rumah Mesra Rakyat : 3, 000 : SPNB
  • PR1MA : 210, 00 : PR1MA
  • PPA1M : 25, 000 : JPN
  • MyBNHome : 600 : NSU
  • MyDeposit & MyHomes : 2, 000 : JPN
  • penyelenggaraan dan pembaikan rumah termasuk Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia : ( RM 200j )
  • pengecualian duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindahmilik
  • pengecualian cukai ke atas sewaan sebanyak 50% bagi sewaan sehingga RM 2, 000

36 : KESIHATAN
  • bekalan ubatan dan barangan consumable serta sokongan perubatan : ( RM 4.1b )
  • menaiktaraf dan menyelenggara fasiliti, peralatan perubatan, ambulan dan dewan bedah hospital Muar, Banting dan Balik Pulau : ( RM 1.4b )
  • perkhidmatan kardiologi & kardiotorasik di Hospital Kuala Terengganu dan Alor Setar
  • menaik taraf hospital dan klinik termasuk sistem pendawaian : ( RM 100j )
  • bantuan haemodialisis dan Tabung Bantuan Perubatan : ( RM 90j )
  • menampung kos perubatan bagi rawatan rare diseases dan program Komuniti Sihat PEmbina Negara : ( RM 40j )
  • membina wad wanita dan kanak-kanak di Hospital Tengku Ampuan Afzan dan Hospital Putrajaya : ( RM 1b )
  • membina Pusat Kanser di Sungai Petani kapasiti 200 buah katil : ( RM 500j )
  • membina klinik pakar dan wad baharu di Hospital Pulau Pinang : ( RM 500j )
  • membina pusat perubatan forensik di Hospital Kuala Lumpur : ( RM 380j )
  • skim Voluntary Health Insurance ( VHIS ) : ( RM 50j )

37 : GST
  • tiada GST ke atas pembekalan perkhidmatan oleh PBT
  • layanan GST berkadar sifar ke atas bahan bacaan termasuk majalah dan komik
  • pelepasan GST ke atas operator kapal persiaran ( cruise )
  • pelepasan GST sepenuhnya diberi ke atas perkhidmatan pembinaan bangunan sekolah dan rumah ibadat yang dibiayai melalui sumbangan derma
  • pelepasan GST pengimportan peralatan berkaitan industri minyak dan gas di bawah satu perjanjian pajakan ( lease aggreement )
  • ppelepasan GST diberi ke atas pengimportan big ticket items seperti kapal terbang dan kapal oleh syarikat penerbangan dan perkapalan
  • tiada GST bagi perkhidmatan pengurusan dan penyelenggaraan kediaman berstrata

MEMPERSIAGA REVOLUSI PERINDUSTRIAN KEEMPAT DAN EKONOMI DIGITAL DAN EKONOMI BAHARU


38 : GERAN SEMPADAN
  • geran sempadan di bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi menaik taraf kemudahan Smart Manufacturing : ( RM 245j )

39 : FUTURISE CENTRE
  • memperkukuh futurise centre di Cyberjaya sebagai pusat sehenti bagi syarikat korporat dan universiti, membangunkan prototype produk

40 : GALAKAN CUKAI
  • melanjutkan tempoh insentif Elaun Modal Dipercepatkan sebanyak 200% ke atas kelengkapan automasi 2018 – 2020
  • galakan Elaun Modal Dipercepatkan sebanyak 200% untuk sektor pengilangan dan sektor perkhidmatan
  • elaun modal bagi peralatan ICT mulai 2018 – 2020

41 : PEMBANGUNAN LESTARI
  • skim Pembiayaan Teknologi Hijau untuk menggalakkan pelaburan industri teknologi hijau : ( RM 5b )
  • program Non-Revenue Water untuk mengurangkan kehilangan air : ( RM 1.4b )
  • membina Off-River Storage sebagai sumber air alternatif : ( RM 1.3b )
  • rancangan tebatan banjir seluruh negara : ( RM 517j )

42 : DIGITAL FREE TRADE ZONE ( DFTZ )
  • penyediaan infrastruktur fasa satu DFTZ di Aeropolis, KLIA : ( RM 83.5j )
  • nilai de minimis bagi import dinaikkan dari RM 500 ke RM 800

43 : REGULATORY SANDBOX
  • mewujudkan ekosistem kondusif bagi pengkormesilan inovasi disemua suruhanjaya

44 : WARGA GLC
  • meningkatkan pengagihan keuntungan kepada pekerja
  • memperkenalkan Flexible benefits – menukar kelayakan cuti kepada ganjaran tunai
  • menambah fleksibel work arrangement
  • memperkenalkan kemudahan lepasan cuti menunaikan umrah
  • taska di pejabat utama dan kemudahan pengurangan waktu bekerja wanita mengandung
  • meningkatkan pelaburan latihan dan bantuan pendidikan untuk anak pekerja

45 : MENGUTAMA KEBAJIKAN WARGA EMAS, OKU DAN KANAK-KANAK
  • menaikkan elaun warga emas kepada RM 350 sebulan : ( RM 603j )
  • menaikkan elaun OKU bekerja, tidak bekerja dan penjaga OKU sebanyak RM 50 sebulan : ( RM 100j )
  • bantuan Kanak-Kanak Keluarga Miskin : ( RM 245j )

46 : LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM ( LPPSA )
  • pembiayaan LPPSA ke atas hartanah yan dibangunkan di atas tanah wakaf
  • yuran guaman pembelian rumah sebagai sebahagian skop pembiayaan LPPSA
  • anak dan ibu bapa membuat pambiayaan bersama daripada LPPSA ( keduanya anggota perkhidmatan awam )
  • pembiayaan bersama ( joint – loan ) di antara suami / isteri / anak yang salah seorang bukan penjawat awam

MENGIMBANGI PAR EXCELLENCE DUNIAWI DAN PAR EXCELLENCE UKHRAWI


47 : SERI DAN KITA – UKM
  • mewujudkan Institut Penyelidikan Sosio – Ekonomi ( SERI ) di bawah JPM dan menaik taraf Institut Kajian Etnik, KITA – UKM

48 : MENINGKATKAN KECEKAPAN PERKHIDMATAN AWAM
  • kenaikan pangkat time-based kali 2 bagi kumpulan pelaksanaan untuk tempoh 13 tahun
  • memberi faedah persaraan ( bersara atas sebab kesihatan )
  • membenarkan GCR melebihi 150 hari sebagai cuti rehat pada tahun persaraan
  • menaikkan CRK bari Pegawai Perkhidmatan Pendidikan daripada 7 hari kepada 10 hari setahun
  • kemudahan 7 hari CTR sepanjang perkhidmatan bagi menunaikan umrah
  • menambah waktu kerja berperingkat iaitu bermula 9.00 pagi – 6.00 petang
  • Pakar Perubatan Gred UD54 dan ke atas ( telah diwartakan 4 tahun ) beri kelonggaran 1 hari seminggu melaksanakan Waktu Kerja Fleksi
  • pegawai wanita menagndung 5 bulan ke atas dan suami dibenarkan balik awal sejam ( bekerja di lokasi sama )
  • meningkatkan cuti bersalin daripada 300 kepada 360 hari ( max 90 hari setahun )
  • Kursus Sarjana dan Ph.D secara in-house
  • menetapkan kadar pencen terendah sebanyak RM 1,000.00
  • perluas kemudahan perubatan untuk ibu bapa pesara
  • bayaran Khas RM 1, 500.00 kepada penjawat awam

49 : KOMUNITI DAN KEJIRANAN
  • bayaran khas one-off RM 1, 500 kepada ketua kampung dan tok batin
  • geran Komuniti Penduduk 1Malaysia ( KP1M ) sehingga RM 10, 000 kepada persatuan penduduk berdaftar : ( RM 40j )
  • program latihan dalam komuniti di 50 kawasan PPR : ( RM 40j )

50 : MEMARTABAT SYIAR ISLAM DAN PENTUTUHAN JATI INSAN
  • membaik pulih dan menyelenggara sistem pendawaian di semua sekolah tahfiz yang berdaftar dikendalikan oleh Giat Mara : ( RM 50j )
  • skim latihan kemahiran Giat Mara terpilih akan diperkenalkan kepada sekolah tahfiz
  • bayaran elaun bulanan imam, bilal, guru KAFA dan guru takmir : ( RM 588j )
  • bayaran khas one-off RM 1,500 kepada imam, bilal, guru KAFA dan guru takmir termasuk tok siak : ( RM 100j )

bajet_2018

haa.. kerajaan dah keluarkan bajet.. korang punya bajet cemana plak ? takkan manjang nak bajet hensem / cantik sampai ke sudah.. hee~ jom lah !! susun atur cantik belanjawan keluarga kita suapaya tiada yang keciciran.. dah nak 2020 ni.. takkan nak hidup pada takuk lama.. kan ? kan ? kalau tak membantu ekonomi negara sekali pun, paling tak bantulah ekonomi keluarga.. in shaa Allah.. Dia beri selayaknya untuk kita dan semampu kita menanggung..

atiehilmi.com

5 comments:

  1. Alhamdulillah.
    Ramai yang mendapat manfaatnya.

    ReplyDelete
  2. hehehe kuasa wanita !! hahaha semoga Malaysia kekal aman dilindungi-Nya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin— hee~ sesekali memperkasakan wanita, kita yang wanita ni happy la.. terasa di hargai.. gittew—

      Delete
  3. baguslah kalau banyak menekankan keistimewaan wanita..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.