PANDUAN MENULIS BLOG DENGAN NIAT YANG BETUL UNTUK NEWBIE

ha ? serius ? hee~ dah tu ? korang ingat kakak tulis blog untuk suka-suka tanpa tujuan ? tak SITI RABIAH ADNAN la gitu.. kalau korang rajin dan berani menempuh onak suka dan duka, mesti korang boleh pergi jauh punya lah.. ni kakak share tips / cara / langkah / bagaimana / panduan menulis blog sehingga mampu menjana pendapatan.. tak payah la yang ada nama sangat cukup sekadar kepuasan menulis dan ada orang baca..

tips_menulis_blog

"awak jadi la cikgu kite, kite bayar masa awak.."
"awak !! kite nak ada blog macam awak jugak.."
"aku ada blog tapi aku tak tau nak tulis apa.. ko ade cadangan ?"
"aku nak tulis blog tapi nak start dari mana eh ?"

haa.. ni antara soalan yang kakak pernah dapat sepanjang kakak aktif blogging sejak awal tahun 2017.. belum setahun ? hee~ kakak mula blogging pada tahun 2008 dengan URL www.atiesmiley86.blogspot.com dan masa tu tulis sekadar suka-suka dan tak nampak arah tuju lansung..


dan kemudian stop lama sampai la kakak mula jadi ejen satu produk kesihatan ni pada 2013.. haa.. titik permulaan aktif dari situ la.. kiranya blog INI sudah 4 tahun dan apa yang kakak tulis kat bawah ni semuanya berdasarkan pengalaman kakak tau.. tak de kaitan atau bertujuan menyakiti / menyinggung sesiapa..

APA ITU BLOG ?

kalau korang memang betul-betul baru dalam dunia blogging, mungkin korang tak tau apa itu blog dan bagaimana ianya berfungsi.. kan ? hee~ tapi kalau korang perasan atau sempat Google, korang akan jumpa terrrrrrrrrrlampau banyak artikel pasal blog..

faham ni ya..

blog adalah salah satu laman web yang ada di internet.. contoh-contoh laman web yang ada kat internet :
  • kedai dalam talian
    • Lazada, Shopee, 11 Street, Groupon ( Fave )
  • media sosial
    • Facebook, Myspace ( ade lagi ke ? hee~ ), Instagram, Twitter
  • enjin carian
    • Google, Yahoo, Bing
  • portal berita
    • HMetro, Kosmo Online, The Star Online
  • blog
    • atiehilmi.com ** jual diri mahal sket !! **
perkara yang membezakan antara blog dengan jenis laman web yang lain adalah fungsi blog itu sendiri.. pada awalnya, kebanyakan blogger menulis blog ibarat diari harian online tapi yang ramai kakak nampak mula ambil satu langkah ke hadapan dengan menjana pendapatan menggunakan blog.. ** tahniah !! **

kalau korang..
kenapa nak blogging ? hee~

APA SAYA DAPAT KALAU SAYA BLOGGING ?

ini soalan subjektif sebab jawapan hanya korang jek yang ada dan tak de sesape boleh jawabkan.. hee~ ibarat, nawaitu korang la dan bila dah mula, korang nak APA dari keputusan yang korang pilih..

atau mungkin..

NAK JADI SEORANG PENULIS

secara jujur, kakak mula blogging sebab nak luahkan isi hati yang konon terpendam.. kakak fikir menulis ni sekadar menulis jek rupanya menulis banyak bermain dengan emosi dan etika penulisan itu sendiri.. kakak memang ada sedikit latar belakang dalam bidang penulisan tapi tak de la aktif mana..

bila kakak blogging, mutu penulisan tu semakin hari semakin dapat diperbaiki.. hee~ ye la.. mungkin tak de la sebagus blogger lain, tapi kalau ade yang puji maksudnya ADA ruang la kan ? ada jek blogger ( www.salwasaleh.com + www.ceritadarimakkah.blogspot.com ) yang sudah menghasilkan buku sendiri.. nampak tak ruang dan peluang untuk korang ?

MEMBINA KEPERCAYAAN

bila kita blogging dengan info dan maklumat yang betul, sekaligus kita dapat membantu pengguna laman web sendiri.. haa.. nampak ? bila orang dah letakkan kepercayaan, maksudnya orang sokong dengan kenyataan kita..

apa pentingnya kepercayaan ?

kakak yakin korang pun tau dengan dunia semakin 'bijak' ni pengguna internet pun semakin 'bijak' dalam membuat pilihan dan melakukan penilaian lagi-lagi kalau korang seorang peniaga.. salah satu kunci kepada kejayaan dalam perniagaan adalah kepercayaan dari pelanggan.. nah !! blog memang tempat yang sesuai untuk korang membina kepercayaan dalam talian..

SIDE INCOME
ini yang ramai blogger buat sekarang.. hee~ tak susah ( serius susah terok.. hahahah~ ) tapi tak mudah mudah jugak.. bergantung macam mana korang 'jual diri' korang dengan porfolio yang kukuh..

ada yang buat gift review, paid review, exchange link, giveaway dan banyak lagi cara untuk korang jaga blog dengan baik.. --> dapat bayangkan tak ?
BINA RANGKAIAN

sepanjang 4 tahun yang kakak nampak, kalau korang menulis dengan HATI dan konsisten dipenuhi dengan pelbagai fakta yang menarik selaras dengan kepakaran niche korang, pembaca setia akan rajin singgah.. haa..

nah !! secara tak lansung, dari aktiviti ( konsistensi ) korang ni dapat bina kepercayaan dan rangkaian yang lebih luas di internet.. masa ni la korang nak PUMP bisnes korang laju laju.. hee~

MULA BLOGGING

em.. kalau tanya kakak, jawapannya mudah sangat tapi yang SUSAH nya untuk maintain ‘hidupkan’ blog ni.. haa.. faham kan ? bukan semua topik kakak boleh cerita dan mampu untuk keluarkan idea.. dan bukan semua perkara kita boleh siarkan pada media.. tapi.. kakak memang :

1 : tetapkan misi
  • apa tujuan kakak blogging ? hee~ ya.. untuk menjadi penulis.. nak tulis apa ? masih berfikir ( alhamdulillah, tawaran ada cuma belum bersedia.. doakan kakak ya !! ) kalau tak de misi / matlamat, nanti blog terkontang kanting tanpa arah.. dan konsistensi pun lari.. penat nak kejar nanti..
2 : topik / niche
  • korang minat ape ? haa.. pada awal kelahiran blog kakak ni, memang dah tetapkan untuk bercakap lebih tentang kesihatan.. tapi lama kelamaan blog kakak dikritik oleh beberapa orang lama.. hee~ sebab tu kakak mula bercerita pasal semua benda cumanya kalau dlaam kategori blog, kakak adalah lifestyle blogger.. ada banyak niche yang korang boleh fokus seperti parenting, beauty, food blogger, travel.. buat pilihan supaya korang tak bosan dan idea selalu ada..
3 : platform yang sesuai
  • yes !! ini penting jugak sebenarnya.. hee~ ada banyak platform seperti :
    • Blogger.com
    • WordPress.com
    • Tumblr.com
  • dan banyak lagi tapi korang kena pilih / guna kan satu jek la.. rajin ? minat untuk explore ? haa.. boleh jek guna lebih dari ( 1 ) platform dengan niche yang berbeza.. tak salah pun.. kesemuap latform ada kelemahan dan kelebihan yang tersendiri.. dan kalau korang tanya kakak, kakak akan suggest korang guna Blogger.com yang disediakan secara percuma dan sangat mudah digunakan oleh newbie..
4 : mula menulis
  • ramai jek kawan-kawan kakak ada blog tapi tak menulis.. hee~ kalau korang dah ada blog, apa kata mula menulis dan jadikan sebagai diari.. tak kisah la pasal ape pun ; kucing ke, pantai ke, holiday ke, anniversary ke.. yang penting adalah MENULIS..
5 : semua suka kan kecantikan !!
  • termasuklah blog.. kalau kakak nak singgah blog orang pun, kakak akan pilih :
    • blog yang ringan dan cepat loading – tak payah tunggu lama
    • kurang iklan pop-up
  • kalau macam kakak, dari awal adanya www.atiesmiley86.blogspot.my memang kakak dah guna warna pink sebagai warna utama dengan tamplet yang simple.. lagi simple, lagi kakak suka.. dah kalau minat, apa pun boleh jadi kan.. tapi jangan keterlaluan dengan bunga bunga bagai serata blog.. hee~ tak tau nak fokus kat penulisan ataupun bunga bunga hiasan korang tu..
BLOG KAKAK NI DIMEKAP OLEH –> WWW.SYAHIRAHVALIANT.COM
( sebab kakak tak sempat nak fikir pasal benda ni, tu yang upah beliau tu.. nasib baik murah.. hee~ )

ya !! ada jek kawan-kawan sindir kakak katanya blogging ni membuang masa.. em.. ada betulnya.. itu pun kalau korang menulis bukan pada topik yang orang nak cari.. sebaliknya mula bina nama / branding dengan cara menulis apa yang orang nak baca dan cari.. timbang tolak sebaiknya apa yang kita perlukan sebab blogging ni memerlukan masa – tenaga – idea tau jangan biarkan semuanya sia-sia tanpa tujuan yang jelas.. hee~

kakak rasa cukup la kot kan kakak membebel pasal PANDUAN MENULIS BLOG DENGAN NIAT UNTUK NEWBIE ni.. nanti kakak sambung membebel lagi pasal topik lain ya..


14 comments:

  1. Hehehe.. Panjang lebar kakak cantik kite ni berbicara.. Thanks kak untuk tips ni.. 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan selalu akak membebel.. kasik chan a.. hee~

      Delete
  2. info yg sangat berguna utk newbie spt saya...hihii..tq kakak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ kakak pun newbie dik.. perasan jek macam dah lama..

      Delete
  3. Baik kakak. Adik newbie akan praktikan apa yg kakak share ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ ana tak payah la panggil kakak.. terasa tua diri ini ooi !!!

      Delete
  4. Wah lamanya dah berkecimpung dalam dunia blog. Patutlah nampak sangat profesional. Semoga blog atiehilmi.com terus maju dalam dunia blogging ! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang lama tu syok sendiri.. hee~ sekarang dah pandai BAWA diri.. gittew-- terima kasih tuan zharif, semoga doa tuan berbalik semula ke http://jejakakaula.blogspot.my/.. hee~

      Delete
  5. wahh terbaik article ini thks yer, Pakcu done follow awak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih pakcu.. saya follow pakcu juga !!

      Delete
  6. jika tidak ada idea nak menaip pjg2 lagi..bolehlah cuba microblog macam twitter hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha~ tak pernah try lagi microblog sebab memang ada idea cuma rajin dengan tidak jek buat masa ni..

      Delete
  7. Fuh blogger lama ni, kalau dah start aktif menulis since 2008 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak ikutkan aktif dengan tujuan, baru dalam dua - tiga tahun ni tuan.. wujudnya blog dan rasa ingin menulis tu dah lama.. hee~

      Delete

Powered by Blogger.