ANAK DAH PANDAI MENIPU ? APA TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL ?

tiada apa yang lebih mengecewakan apabila berhadapan dengan situasi anak yang tak nak dengar cakap dan sudah pandai menipu.. kadang-kadang serba salah bila nak ambil tindakan untuk mengatakan bahawa ia adalah SALAH.. hee~ apa tindakan yang perlu kita ambil sebagai ibu ayah ?

denda_anak_tanpa_rotan

walaupun ada beberapa bukti yang menunjukkan bahawa berlakunya penipuan, pastinya hati sebagai ibu dan ayah sedikit terluka.. em.. kalau part ni korang boleh control marah, kakak yakin ada jalan penyelesaian yang dapat membantu kedua-dua belah pihak..

ya !!

berbohong bukan pengakhiran segalanya sebaliknya ia adalah sesuatu yang NORMAL..


ADAKAH NORMAL ANAK KECIL BERBOHONG ?


selalunya anak kecil berbohong adalah cubaan untuk menyelesaikan masalah walaupun ia ternyata salah, pada mereka ‘why not kalau mencuba dengan ALASAN'..’ dan alasan tersebut berbentuk penipuan jelas.. hee~ memang patutlah kita keliru, terluka, marah, rasa dikhianati kalau dapat tangkap kes-kes menipu ni dan sudah pastinya tindakbalas kita dengan mencubit, menampar, merotan.. kan ?

kakak tak boleh kata tindakan korang ( kita !!! ) salah sebaliknya ia teknik pengjaran dan pembelajaran yang kita terapkan pada anak-anak seawal usia empat ke lima tahun bagi membentuk keperibadian yang sesuai dengan budaya kita.. cuma.. korang pasti ke tindakan tersebut akan menyelesaikan masalah ?

malaysia_parenting_blogger_2018

tiada langkah pertama – kedua – ketiga untuk membanteras masalah anak pandai menipu ni sebaliknya ia menguji sejauh mana kita dapat memahami mengapa berbohong menjadi pilihan pertama mereka ? hee~ rumit ? tak lah..

tingkahlaku normal pada kanak-kanak bergantung pada usia, keperibadian, pembangunan fizikal dan emosi.. tingkahlaku mereka mungkin menjadi masalah sekiranya mereka bertindak di luar jangkaan dan sedikit sebanyak mengganggu proses pembelajaran di sekolah mahupun di rumah.. mengetahui apa yang diharapkan oleh anak-anak pada setiap peringkat umur dapat membantu menentukan sama ada perilakunya normal ataupun tidak..

sebagai orang lebih dewasa, tindakbalas emosi korang ( kita !! hee~ ) memainkan peranan yang sangat penting bagi mengesan tingkah laku anak-anak kerana mereka tidak membuat sebarang alasan tanpa sebab.. biasanya memang ada motif lain disebalik pembohongan..


KENAPA KANAK-KANAK BERBOHONG ?


1. untuk mendapatkan perhatian

  • ya !! turut terjadi pada Nur Aiman apabila kakak melebihkan Nur Aina dalam hal-hal seharian.. mula la dia mereka-reka cerita mengikut perjalanan cerita / kisah yang sama dengan Nur Aina.. hee~ bunyi macam kelakar kan ? kecik-kecik dah pandai meniru.. namun, menjadi kebiasaan anak-anak membentuk jalan cerita untuk melancarkan aktiviti bagi mengembangkan imaginasi mereka sekali gus membuatkan mereka lebih faham tentang persekitaran..

    walaupun tidak merbahaya dan ia adalah fasa yang NORMAL dan akan berlalu dalam tempoh yang singkat, pantauan dari masa ke semasa perlu diambil bagi mengelakkan keterbiasaan mereka-reka cerita sehingga ke peringkat dewasa..

2. mengelakkan masalah

  • merupakan satu cara untuk menyembunyikan sesuatu yang mereka tahu mereka telah melakukan kesalahan.. hee~ ya !! korang kena kawal emosi dengan melayan setiap alasan yang bakal diutarakan sebab mereka sedang cuba untuk mengelakkan didenda / dirotan / dimarah.. pada masa itu, mereka cuma mengharapkan jalan penyelesaian dari kita je.. dorang tak minta pun kita percaya setiap butir yang keluar dari mulut mereka..

    menjadi pendengar setia kepada setiap masalah mereka.. jadi bestfriend.. apa salahnya kan ?

parenting_blogger_malaysia

3. peraturan terlampau ketat

  • dari kecil dihadapkan dengan pelbagai peraturan yang diselangi dengan perkataan NO !! itu belum disertai dengan jelingan dan cubitan padu pada perut atau mana-mana anggota yang sempat dicapai.. mereka kanak-kanak yang perlu menikmati keindahan pelangi dunia dan bukannya dibelenggu dengan peraturan ketat..

    jadi..

    tak hairanlah kalau dorang pandai berpura-pura membaca buku untuk mendapat reward menonton televisyen.. kan ? ataupun menyorokkan komik bawah katil bagi mengelakkan ditangkap hobi mengumpul komik..

    mana yang kita boleh tolak ansur, sebagai orang dewasa kita jelaskan sebaik yang mungkin supaya mereka lebih faham..

4. daya imaginasi terlampau tinggi

  • ada ketika daya imaginasi yang terlampau tinggi hingga membuatkan anak-anak tidak mampu membezakan khayalan dan kenyataan lebih-lebih lagi apabila dia mula mendapat perhatian daripada cerita yang direkanya.. contohnya seperti dia mengatakan ada hantu di sekolahnya..

    ya !! jangan dibiarkan imaginasi anak-anak semakin rumit.. cuba pelbagai cara untuk menyelesaikan jalan cerita sekiranya menimbulkan keraguan.. kena bagi tau juga akibat berbohong dan menyebarkan cerita yang tidak sahih..




5. kelemahan ibuayah

  • apabila sudah dibiasakan dengan perkataan “tak pe..” mereka menjadi semakin berani untuk melakukan lebih banyak kesalahan.. oleh itu, ibuayah perlu memainkan peranan dengan memperbetulkan mana yang salah dengan menjelaskan apa yang salah dengan perkataan SALAH dan sebaliknya.. tidak adil sekiranya kesalahan yanh telah mereka lakukan disembunyi dan dipadamkan begitu sahaja.. ibuayah seharusnya bertindak sebagai pemimpin dan pembimbing sehingga mereka mampu berfikir dengan baik apabila dewasa kelak..

    jangan dedahkan ‘kelemahan’ dengan menyayangi anak tanpa batasan..

cara_mencegah_anak_pandai_menipu



“Allahu Latifun bi íbadihi, yarzuqu man yashaú wa huwal 'qawiyyu l - aziz.."

surah as-syuura
ayat 19


maksudnya : Allah SWT Maha Lembut tadbir - Nya ( serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan Nya ) kepada hamba-hamba Nya ; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki Nya ( menurut peraturan yang telah ditetapkan ) dan Dia lah Yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa..

menurut kajian, lebih 80% kanak-kanak menipu apabila mencecah usia empat tahun.. hee~ anak korang dah berapa tahun ? berapa kali kantoi ? berapa kali kena rotan ?


2 comments:

  1. Suka baca info² begini... bila dah tau, saya lebih bersedia bila sampai masa berhadapan dengan masalah begini.. anak saya yang 1st tu nak masuk 4 tahun dah... thanks for sharing this.. 😊

    ReplyDelete

Powered by Blogger.