MERAWAT MASALAH KULIT DENGAN DUA LANGKAH MENGGUNAKAN AINAA SKINCARE

Ya !! Sangat tak rajin lah nak merenyah belek muka untuk mendapatkan hasil flawless dan merawat masalah penuaan. Saat kakak post entri ni, genap dua minggu kakak menjadi pengguna produk rangkaian NSA Beauty iaitu Ainaa Skincare yang merangkumi cleanser dan serum.

ainaa_serum_review

Dengan jadual rutin yang padat, memang kakak tak sempat nak mempersiapkan diri untuk kelihatan cantik bak puteri raja. Wah ! Hee~ Tapi sebaik mungkin kakak akan kekalkan rutin harian dengan memanjakan kulit secara ringkas menggunakan produk yang sesuai. Sejenis yang sangat suka dengan serum, kakak tak lepaskan peluang untuk explore produk dari NSA Beauty ni. Kot lah tipikal produk macam produk tempatan yang lain ke kan.

Diasaskan oleh Puan Syafiqah Aina bersama-sama suaminya ; Encik Hafiz Mahamad telah mendapat sambutan hangat dari pengguna yang mempunyai masalah kulit kronik seperti masalah jerawat, jeragat, eyebag ( mata panda ), kulit muka kusam dan simptom penuaan yang ketara pada kulit muka telah terjual lebih 20,000 botol setiap minggu.

nsa_beauty_ainaa_skincare

Teruja kan ? Hahahaha~ Kakak faham perasaan tu tapi kakak bukan sekadar mencuba jek tau. Kena juga ambil tahu sedikit sebanyak tentang produk. Al-maklum lah, nak jadi pengguna bijak kena lah rajin explore pelbagai informasi.

pendaftaran_produk_KKM_ainaa_Skincare
Boleh rujuk SINI yah !!

AINAA CLEANSER


Rutin yang padat dengan pelbagai aktiviti, nak pula memang kena tepek makeup untuk kelihatan lebih presentable membuatkan kakak letih sebab kena buat beberapa langkah lain untuk memastikan proses mencuci muka berjalan dengan lancar dan kulit betul-betul bersih. Nah !! Ainaa Cleanser bertindak dua dalam satu dengan berfungsi sebagai makeup remover sekali gus mencuci kuli muka jauh ke dalam sehingga bersih.

nsabeauty_ainaa_skincare

Bertindak membersih setiap liang pori termasuklah yang tersumbat, pembersih wajah Ainaa didatangkan dalam tekstur gel yang bebas paraben sebaliknya mengandungi formula PH yang seimbang untuk mengembalikan kelembapan terus ke dalam kulit. Bila ‘bentuk’ gel ni lebih mudahlah nak control amount yang nak digunakan dan macam kakak, satu pump dah cukup untuk bersihkan kulit. Segar dan bersih.




Itu step pertama lah. Ada lagi satu step tau. Hee~ Tapi serius ringkas jek--


AINAA SERUM


Setakat ini, termasuk Ainaa Serum ni – kakak ada 7 botol serum sebab kakak suka buat perbandingan antara serum tempatan dan luar negara. Nah ! Dan antara yang terbaik serta memberi impak lebih cepat berbanding jenama lain adalah Ainaa Serum ni lah. Mempunyai tekstur yang ringan, tidak melekit, tidak berminyak dan mudah meresap terus ke dalam kulit membuatkan rutin kecantikan kulit kakak semakin mudah dan cepat ! Hahahaha~

ainaa_skincare_serum_with_cleanser

Menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti timun, lavender, aloevera,saponaria officinalis dan asaparagopsis armata – sejenis alga laut yang berwarna merah ; membantu memudarkan parut jerawat dan jeragat, memperbaiki sel kulit baharu, mengecilkan liang pori, mencerahkan kulit, menyeimbangkan kelembapan kulit, menguangkan kesan lebam disekeliling mata, meratakan warna kulit dan menghilangkan blackhead serta whitehead. Nah !! Hamik !!




Sebotol ni pelbagai fungsi untuk memberi impak kulit cantik dan sihat untuk pengguna. Lagi-lagi yang macam kakak. Hee~

ainaa_cleanser_review


Buat semakan tau !! Takut lah produk-produk fake yang dah ada kat pasaran sekarang ni. Kalau korang terbeli produk fake, bukan salah kakak ya sebab kakak dah share ni cemana nak tau produk Ainaa Skncare ni original ataupun tidak. Hee~ Tapi kalau nak lagi selamat, mungkin korang boleh beli terus dari lamaweb dorang. Agent ? Ya !! Boleh juga tapi kena pastikan agent tersebut berdaftar terus dengan NSA Beauty ya.

Kesilapan dengan memilih produk fake mungkin boleh memudaratkan kesihatan tau. Hati-hati ya !! Pastikan ori baru beli !!


** Kesan dan tindakbalas untuk setiap pengguna adalah berbeza mengikut masalah dan kondisi kulit dan sekiranya ia memudaratkan kesihatan anda, sebaiknya dapatkan nasihat atau konsultasi dari doktor. Banyakkan minum air masak untuk membantu merawat masalah kulit dan memberi impak yang lebih cepat.


LOVE ;
ATIE ADNAN
Share:

7 comments :

  1. nak cantik macam idola jugak! simple je regime ni, cleanser dan serum.

    ReplyDelete
  2. akak pun suka cleanser dan serum ainaa. Wangi je. Then boleh rasa kulit muka segar dan nampak sekata

    ReplyDelete
  3. Nampak bagus dan menarik produk Ainaa ni untuk dicuba. Nak nak cleanser tuh bertindak sebagai makeup remover kan.

    ReplyDelete
  4. dok usha2 gak product ni. dalam pertimbangan untuk dicuba =)

    ReplyDelete
  5. Kakak memang cantik sangat... Pakai apa pun kakak cantik. Kan? Suka betul tengok kakak dengan kecantikan ini.. Hehehe...

    ReplyDelete
  6. bau dia sedap... suka serum dia sbb mmg ringan dan tak berminyak.

    ReplyDelete

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes