KETAGIHAN MENGUNYAH AIS ; BETUL KE IA SALAH SATU SIMPTOM ANEMIA ?

Fuh !! Sebenarnya lebih dua bulan kakak bergelut dengan aktiviti mengunyah ais dan ketagihan ini semakin menjadi-jadi. Kalau tak dapat mengunyah, airliur bertakung dalam mulut macam ibu yang tengah hamil mengidam nak makan sesuatu. Aduh !! Sebenarnya seksa tau lagi-lagi bila membayangkan kalau tiba-tiba gigi tercabut atau patah.


Kelebihan Mengunyah Ais Batu

Naya kan ?

Tapi korang faham tak perasaan tu ? Hahahaha~ Dan kakak sempat lah Google untuk faham masalah apa yang sedang kakak alami. Kebanyakan artikel yang bertebaran kat internet mengatakan kakak mungkin menghidapi Anemia !!


APA ITU ANEMIA ?


Ah !! Sudah !! Serabut kejap. Kalau ikut kefahaman kakak, anemia merupakan keadaan di mana seseorang mengalami kekurangan sel darah merah untuk membawa oksigen yang mencukupi ke tisu badan. Sel darah merah secara umumnya memiliki hemoglobin yang membolehkan sel darah merah membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh bahagian badan dan membawa karbon dioksida dari bahagian badan yang lain le paru-paru untuk dihembuskan. Penghidap anemia sering mengalami kelesuan, denyutan jantung tidak teratur, kerap sakit kepala dan juga pitam.

Untuk menghasilkan sel darah merah dan hemoglobin, tubuh badan kita memerlukan zat besi, vitamin B-12, folat dan nutrien lain dari makanan yang kita makan.


PAGOPHAGIA


Menurut seorang doktor di Twitter mengatakan :

Tabiat Mengunyah Ais

Keadaan ini dianggap sebagai salah satu obsesi tak kiralah samada korang mengunyah, menghisap ataupun meminum minuman berais. Mengikut beberapa kajian menunjukkan bahawa, individu yang mengambil zat besi yang cukup ( 8mg – 18mg / hari ) jarang mengalami pagophagia. Kekurangan zat besi boleh dirawat dan ketagihan ais juga akan pulih.


KESAN SAMPINGAN PAGOPHAGIA


Menurut satu posting di Facebook Dato’Dr. Mohd Rushdan Md Noor bertarikh 09hb Jun 2018, dengan pelbagai rujukan dari :

1. Mack, S., “What are the Benefits of Chewing Ice Cubes?” Livestrong, October 3, 2017 ;

2. “Is It Bad for You to Eat Ice?” Healthline ;

3. K.,N., “Does Eating Ice Help You Lose Weight?” Livestrong, October 3, 2017 ;

4. “Foods That Fight Nausea,” The Science of Eating ;

5. Simpson, E., et al., “Pica during pregnancy in low-income women born in Mexico,” Western Journal of Medicine, July 2000, 173(1); February 28, 2018.

6. Feiereisen, S., “9 Reasons You Need To Stop Chewing Ice ASAP,” Reader’s Digest; February 28, 2018.

7. Lerner, E., “Penn research chips away at icy medical mystery”, Penn Current ;

9. “Why is chewing ice bad for your teeth?” DentalPlans.com, June 23, 2014

Mengesahkan bahawa :

Mengunyah dan menghisap ais tidak mempunyai apa-apa kesan negatif ke atas organ-organ badan ataupun menyebabkan apa-apa jenis penyakit serius. Walau bagaimanapun apabila ianya menjadi tabiat dan obsesi, tentu ada masalah sampingan yang boleh di alami. Terdapat sekurang-kurangnya EMPAT kesan sampingan akibat ketagihan ais :

1. Mengunyah dan menghisap ais secara berpanjangan boleh memberi tekanan kepada gigi dan gusi anda. Ia boleh menipiskan lapisan enamel dan juga menyebabkan gigi berlubang dan pecah. Anda boleh mengalami kerosakan gigi. Apabila anda melakukan rawatan gigi seperti “fillings” dan “crowns”, ais yang anda kunyah boleh menjejaskan rawatan ini. Bahagian kiub ais yang tajam juga boleh mencederakan mulut, gusi dan lidah.

2. Anda berisiko tersedak kiub ais masuk ke dalam paru-paru ( choking ).

3. Seperti yang dinyatakan di atas, salah satu sebab seseorang itu ketagih kiub ais adalah supaya ia dapat mengurangkan pengambilan makanan. Ini jika berlaku dalam masa yang panjang boleh menyebabkan kekurangan zat makanan ataupun malnutrisi.

4. Tabiat mengunyah dan menghisap ais yang kerap dan dilakukan di tempat2 awam ini dianggap sebagai tabiat buruk. Mengunyah ais akan mengeluarkan bunyi yang mengganggu orang sekeliling dan orang lain akan menganggap ianya satu tabiat yang pelik.


Suka Mengunyah Ais

Mengambil air ais dalam kuantiti yang sederhana tidak memudaratkan badan. Kepercayaan bahawa meminum air ais menyebabkan pelbagai penyakit lelaki dan wanita adalah tidak benar sama sekali. Malahan ais boleh digunakan untuk mengurangkan banyak gejala-gejala seperti bengkak, kesakitan, keradangan, sakit mulut, loya dan muntah.


Kesan Ketagihan Mengunyah Ais
YA !!

Kakak dah pergi jumpa doktor untuk kakak lebih jelas dengan permasalahan kakak ni. Hahahaha~ Dia kalau sehari dua mungkin kakak boleh tolak ansur tapi ni dah lebih dua bulan dan kakak mula risau. Kakak cerita lah yang 01hb Januari 2021 haritu, kakak pergi derma darah dan logiknya tekanan darah kakak okay atau mungkin paras border. Dan kakak negatif mengandung. Hahahaha~

Tapi !!

Doktor cakap – Mungkin. Ini mungkin, kakak tak de anemia sebab kalau anemia doktor takkan lepaskan kakak untuk derma darah tapi ia mungkin satu habit yang kakak tak boleh nak control. Atau mungkin badan kakak sendiri tak cukup pengambilan zat besi ( daging merah ) dan ini terpaksa kakak akui lah, bila dah kunyah ais, ko akan rasa kenyang sebab ko terlampau fokus mengunyah. Okay. Kakak senyum je lah sebab tak de rasa sakit pun. Dan doktor bagi kakak Iberet Folic 500 untuk sebulan. Kakak jumpa doktor pun tak de cek apa cuma lebih kepada consultation.

Waktu kakak menaip ni pun kecur airliur nak mengunyah ais batu. Hahahaha~ So !! Kakak pun beli lah mesin pengisar ais. Ala yang macam buat ABC tu. Jadi kakak tak payah mengunyah dah, boleh makan ais macam salji tu. Tengok lah nanti feel dia cemana.

Hari pertama PKP 2.0.
Semoga korang baik-baik saja dan jangan lupa amalkan pengambilan vitamin C !!



Yang terpaksa makan ubat walaupun tak rela ;
ATIE ADNAN


11 comments:

  1. uiks kunyah ais dan ketagih ye..parah juga tu

    ReplyDelete
  2. bukan awak sorang je suka kunyah ais.. saya pun sama.. kalau ada ais batu, tu je lah keje saya.. hahaha.. semacam habit..

    ReplyDelete
  3. oo baru tau. patut la ada kawan suka sangat kekah ais. macam pelik ja tengok dia sebab rasa macam sakit gigi je haha thanks Sharing

    ReplyDelete
  4. Macam adik akk dia oun suka kunyah ais batu. Kita dengar oun rasa ngilu

    ReplyDelete
  5. Saya pernah dgr juga kaitan antara tabiat mengunyah ais ni dengan anemia, tapi tak boleh bayangkan macam mana rasanya ketagih kunyah ais. Saya nk gigit aiskrim pun ngilu.

    ReplyDelete
  6. ish..ish..gitu citer yer..take care atie..jgn lupa.doktor bagi makan ubat tu..

    ReplyDelete
  7. Eee tak kira laaa apa pun, tetap juga bagi Sis geli dan penuh bakteria tu oiii... adoiiii

    ReplyDelete
  8. Errr saya ngilu if kunyah ais. memikirkannya pun dah rasa ngilu. haha.. Hari ni last day untuk join GA http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html kot ada rezeki, mehla join! :)

    ReplyDelete
  9. Jenny memang tak suka kunyah ice, gigi Jenny tak kuat sangat! Nanti sakit giler! Sensitive juga gigi Jenny.

    ReplyDelete
  10. Opsss sis, sy pon kadang suka dok menyunyah ais. To laa nie dah pakai braces, memang xdapat nak mengunyah dah. Takut pulak bila baca. Kena stop nie

    ReplyDelete
  11. very interesting article. i have a friend who has a habit of chewing on ice and now i might just know the reason behind it!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.