RMHC MALAYSIA MENYUMBANG RM 100,000.00 KEPADA 50 RUMAH ANAK YATIM DI SELURUH MALAYSIA SEMPENA TAHUN BAHARU.
Baru-baru ini RMHC Malaysia telah menyumbang sebanyak RM 100,000.00 kepada 50 buah rumah anak yatim diseluruh negara sebagai salah satu komitmen untuk menyokong kebajikan anak-anak yang memerlukan.
Majlis penyampaian cek sumbangan yang diadakan di Pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ( KPWKM ) telah disempurnakan oleh Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
“Saya gembira melihat organisasi seperti RMHC Malaysia tampil dan menyumbang
kembali kepada masyarakat terutamanya pada masa-masa sukar ini. Bagi pihak kementerian saya, kami berterima kasih atas sokongan dari RMHC Malaysia dan kemurahan hati semua
rakyat Malaysia kerana sikap ini benar-benar melambangkan semangat #kitajagakita negara.”
-- Datuk Seri Rina.
-- Datuk Seri Rina.
“Kami percaya bahawa setiap anak berhak menikmati masa kanak-kanak yang bahagia,
dan mereka berhak untuk membesar dengan sihat. RMHC Malaysia komited untuk memberi impak positif kepada mereka. ”
-- Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia.
-- Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia.
Azmir, yang juga Pengarah Urusan dan Rakan Operasi McDonald's Malaysia, menyatakan bahawa sumbangan itu merupakan berkat sumbangan besar dari pelanggan McDonald’s Malaysia yang membuat sumbangan melalui kotak duit syiling atau lebih dikenali sebagai “Tabung Merah” RMHC Malaysia dan Kios Pesanan Sendiri ( SOK ) di lebih daripada 300 restoran McDonald's di seluruh negara, serta dari rakan niaga, pekerja dan francais McDonald’s.
Nabi SAW pernah bersabda :
إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ ، وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ ، فَيُرَبِّيهَا لأَحَدِكُمْ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ مُهْرَهُ ، حَتَّى إِنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍ
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.”
Riwayat al-Tirmizi ( 662 )
Ingin membantu sama ?
Tak kurang rezeki apabila berkongsi dengan mereka yang memerlukan, sekurang-kurangnya kita tahu dan peka ke mana hala duit yang telah kita sumbangkan. Untuk menderma atau menjadi sukarelawan RMHC Malaysia, boleh hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau lawati https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/
Congrats Mekdi.. beginilah sebaik.. hasil keuntungan dibagi kepada yang memerlukan..
ReplyDeleteCongrats Mekdi.. beginilah sebaik.. hasil keuntungan dibagi kepada yang memerlukan..
ReplyDeleteWah syabas mekdi sebab mempunyai nurani yang baik membantu orang orang yang memerlukan. Tapi dah lama tak singgah mekdi ni nak pergi try burger dia la
ReplyDeleteSeingat saya dari zaman saya kecil lagi RMHC ni dah banyak membantu kanak2 yang kurang bernasib baik. Good to know that usaha tu masih diteruskan sampai sekarang.
ReplyDeleteinisiatif yang bagus RHMC. banyak manfaat untuk komuniti. jom support agar lebih banyak sumbangan dapat disalurkan
ReplyDeletewahhhh ada la contribute jugak kadang2 dekat kotak merah tu. Alhamdulillah dah berjaya bantu yang memerlukan. Semoga sumbangan dari McDonalds ni membantu sedikit sebanyak penghuni2 rumah anak yatim
ReplyDeleteBagus McD membantu mereka yang memerlukan. Semoga inisiatif macam ni dapat meringankan beban mereka
ReplyDeleteInisiatif yang dilakukan oleh pihak RHMC ni sangat bagus untuk membantu mereka ya g kurang upaya. Diharapkan benda baik macam ni akan berterusan.
ReplyDeleteInisiatif yang dilakukan oleh pihak RHMC ni sangat bagus untuk membantu mereka ya g kurang upaya. Diharapkan benda baik macam ni akan berterusan.
ReplyDeleteWhat a beautiful initiative to help those people and communities in need. Hopefully this article spreads the awareness among Malaysians to keep giving and paying forward! :)
ReplyDeleteCongratulations to you! This is really something that everyone should start looking at. It is time for Malaysians to start rising up to do good. Investing in the next generation will bring so much benefits and goodness to our future.
ReplyDeleteTahniah RMHC di atas sumbangan yang diberikan. Memang tidak pernah ketinggalan dalam membantu rakyat Malaysia yang memerlukan
ReplyDeleteTahniah Mekdi.. satu langkah yang wajib dicontohi oleh yang lain..
ReplyDeletewahhhh mulia sungguh RMHC Malaysia ya. semoga lebih ramai lagi pihak ngo dan mereka2 yg senang di luar sana utk melakukan amal kebajikan seperti ini bagi membantu mereka2 yg susah
ReplyDeleteInisatif yang bagus. Semoga dapat membantu mereka yang memerlukan. InsyaAllah.
ReplyDeleteCongratulation Mekdi! Initiatif RHMC ni dah lama kan? every year ada sumbangan macam ni juga if not mistaken.. wahh menarik juga ni boleh jadi sukarelawan RHMC.. boleh try ni..
ReplyDeleteSuka tengok organisasi besar macam ni tak lupa membantu golongan kurang bernasib baik. Syabas
ReplyDeleteTerima kasih RMHC! Setiap tahun pun menyumbang bailk ke komuniti! Terbaik!
ReplyDelete