18 FAKTA DAN TIPS PENTING UNTUK PENGGUNA BAHARU PRODUK YOUNG LIVING

Fuhh-- Kakak sebagai orang baharu juga dalam bidang perminyakan (kah !!) ni sangat perlu banyak membaca dan selepas membaca tidak boleh tidak membaca sahaja lah - Kakak kena menulis dan memahami segala terma yang digunapakai jenama Young Living ni supaya kakak tak salah guna produk tersebut. Maka dengan itu, kakak kongsikan fakta serta tips-tips penting untuk pengguna nubis yang macam kakak.


Pengedar Young Living Selangor

Nah !!
Berikut kakak kongsikan 19 point yang korang kena tahu dan faham sebelum berminyak ya.


1. Mempunyai dua jenis minyak iaitu :

  • Single - Pati minyak yang diambil dari tumbuhan itu sendiri tanpa mencampurkan bahan-bahan lain seperti Peppermint, Lavender, Orange dan Lemon.
  • Blends - Pati minyak yang terdiri dari beberapa jenis Single dan digabungkan bersama formulasi tertentu untuk tujuan tertentu seperti : Highest Potential, Joy dan Beleive.


2. SEMUA pati minyak Young Living tidak mengandungi unsur-unsur alkohol sintetik, pelarut atau apa sahaja bendasing yang membolehkan ia mengurangkan fungsi dan keaslian pati minyak tersebut. Ia semata pati minyak yang disuling (steam distillation) atau diperah sejuk (cold press) dari tumbuh-tumbuhan.


3. Kesemua pati minyak Young Living boleh digunakan tanpa was-was termasuklah boleh dibawa solat.


4. Bau pati minyak Young Living adalah bau semulajadi dari tumbuhan tersebut maka ada sesetengah dari pati minyak mempunyai bau semulajadi yang wangi dan semulajadi yan busuk.


5. Ada LIMA cara menggunakan pati minyak Young Living iaitu :

  • Menggunakan diffuser
  • Inhale (menghidu)
  • Topical (mencalit / sapu)
  • Ingest (mencampurkan di dalam air ataupun kapsul)
  • Oral (titiskan dibawah lidah)


6. Pati minyak Young Living boleh digunakan diseluruh tubuh badan kecuali dua tempat iaitu :

  • Dalam mata
  • Dalam telinga


    Tapak kaki adalah tempat paling selamat untuk menyapu pati minyak Young Living sekiranya korang tak pasti kat mana nak dicalit atau sapu pati minyak tersebut.


7. Pati minyak yang berasaskan CITRUS seperti Lime, Lemon, Orange dan Citrus Fresh merupakan pati minyak bersifat Photosensitive. Elakkan pancaran sinaran cahaya matahari secara terus pada bahagian kulit selepas memakainya bagi mengelakkan kulit menjadi gelap. Tak de masalah kalau korang pakai pada bahagian kulit yang dilindungi pakaian.


8. Pati minyak Young Living kena disimpan di tempat gelap dan tidak panas. Elakkan menyimpan pati minyak Young Living di dalam kereta ataupun bonet. Suhu panas yang tidak stabil di dalam kereta akan mempengaruhi kualiti pati minyak.


9. Sekiranya korang nak blend pati minyak pilihan korang - Seperlunya korang mengikut protokol yang telah disediakan iaitu pastikan botol yang diginakan adalah botol kaca yang gelap dan kalau nak campurkan pati minyak kedalam minuman, elakkan menggunakan botol plastik sebaliknya korang kena gunakan botol kaca.


10. Pengguna DIFFUSER ? Ya !! Gunakan diffuser jenis ULTRASONIC bagi memastikan kualiti dan kuantiti khasiat pada pati minyak tidak terjejas. Sebaiknya gunakan diffuser Young Living yang diyakini kukuh, tahan lama, tahan lasak dan sangat sesuai dengan kepekatan konsentrasi pati minyak Young Living yang berkualiti tinggi.


11. Ada sesetengah pati minyak Young Living sedikit pijar dan wajib untuk dicairkan (dilute) menggunakan carrier oil samada VCO, OO atau V6 dari Young Living. Nisbah untuk dilute adalah bergantung pada jenis minyak. Antara pati minyak yang panas dan pijar adalah :

  • Oregano
  • Thieves
  • Peppermint
  • Clove
  • Digeze
  • Thyme


    Sebaiknya sebelum nak mulakan proses dilute, korang boleh rujuk Essential Oil Pocket Reference untuk melihat senarai penuh dan nisbah yang disyorkan. Dan sekiranya masih terasa panas atau pijar - Korang boleh tambahkan carrier oil.


12. Jika berlaku insiden panas dan pijar selepas menggunakan pati minyak Young Living, JANGAN PANIK !! JANGAN CUCI DENGAN AIR !! Sebaliknya ambil mana-mana carrier oils dan sapu pada tempat tersebut. Sekiranya pati minyak terkena pada mata - JANGAN BASUH DENGAN AIR tapi korang boleh titiskan susu dalam mata.


13. Pati minyak Young Living mengetengahkan situasi FREKUENSI LEBIH PENTING DARI KUANTITI. Maksudnya, untuk setiap keadaan korang cuma perlukan setitik dua pati minyak sahaja dan bukannya bertitik-titik dalam satu masa.


Sebagai contoh :

  • Bila anak baru nak mula demam, ambil SETITIK PEPPERMINT dan sapu pada tapak kaki anak setiap dua jam. Sekiranya suhu sangat tinggi dan tak berkurangan, gunakan setitik peppermint dan sapu pada tapak kaki anak setiap sepuluh minit. Tingkatkan frekuensi bukannya kuantiti.

14. Kalau korang nak buat sapuan dua atau lebih, korang kena sapu layer by layer. Satu demi satu dan jangan campur dua jenis pati minyak sekaligus. Contohnya :


  • Sapukan Lemon dulu dan jarakkan dua minit baru sapu RC.


    Ia bertujuan memberi ruang untuk pati minyak tersebut menyerap dengan lebih baik ke dalam kulit dan terus ke saluran darah.

15. Kalau korang nak gunakan kedua-dua jenis pati minyak iaitu single dan blend - Korang kena dahulukan dengan single kemudian barulah blend.


PENTING !!


16. Diawal penggunaan pati minyak Young Living, mungkin korang akan mengalami HEALING CRISIS dan ianya bergantung pada tahap kesihatan individu tersebut. Kenapa ? Kerana pati minyak Young Living merupakan produk natural dan menggunakan bahan-bahan dari alam semulajadi. Ia bertindak menyingkirkan toksik dan sintetik yang tersimpan dalam badan. Antara heling crisis yang mungkin berlaku adalah seperti demam, batuk, pening dan loya. 


17. Bagi mengurangkan kesan healing crisis, korang mungkin boleh mengurangkan proses yang sedang korang lakukan seperti kurangkan dos penggunaan pati minyak. Selepas tubuh badan kita dan boleh terima pati minyak tersebut barulah korang gunakan ia secara normal seperti yang disarankan. Contoh kes yang mungkin boeh dijadikan rujukan adalah :

  • Ekzema - Kalau sebelumnya korang menggunakan krim berasaskan steroid, JANGAN terus berhenti kerana dikhuatiti ekzema akan menjadi lebih teruk (flare up) sebaliknya korang boleh mengurangkan dos krim tersebut dan dalam masa yang sama menggunakan pati minyak Young Living. Korang boleh tingkatkan penggunaan seiring dengan pengurangan dos krim sterois sehingga bebas sepenuhnya.


18. Ada beberapa jenis pati minyak yang perlu dielakkan oleh sesetengah dari mereka yang mempunyai sejarah sawan seperti Eucalyptus, sama juga sekiranya ada pengguna yang mempunyai darah tinggi - Mereka kena elakkan penggunaan Grapefruit. Pesakit G6PD ? Ya !! Korang kena elakkan penggunaan Copaiba. 


IQRA' dan teruslah belajar memahami keadaan diri sendiri dan jangan lupa buat rekod kesihatan sekiranya korang nak mencuba mencegah penyakit dengan menggunakan pati minyak Young Living. Sekiranya korang beli produk direct dari pengedar, jangan lupa nyatakan segala sejarah penyakit korang supaya pengedar (termasuk kakak !!) lebih peka dan dapat bantu korang dengan penggunaan pati minyak mengikut kesesuaian.



PROMOSI YOUNG LIVING MEI 2021




Kolagen Terbaik Untuk Awet Muda
Set Young Living

Fuh !!
Kakak harap apa yang kakak bebelkan dan kongsikan dalam entri kali ni bermanfaat dan dapat memberi pengetahuan lebih untuk korang. Hee~


LOVE ;
#atienaikminyak !!



1 comment:

  1. Bagus Info nihh... dulu tertanya2 jugak macam manalah minyak2 macam ni berfungsi...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.