NASI AYAM KICAP SAMBAL HIJAU KINI DI MASOK, KAMPUNG BARU KUALA LUMPUR
Bila bercerita pasal makan, asalkan sedap pastinya dapat perhatian dan menjadi bualan ramai. Sama seperti Nasi Ayam Kicap Sambal Hijau yang dipertaruhkan NAK Resources - Kalau tak sedap sudah pastinya mereka tak berani bertapak di Masok Foodcourt, Kampung Baru.
NASI AYAM KICAP SAMBAL HIJAU
Menurut Zainol, penglibatan bersama Haikal menceburkan diri dalam bidang perniagaan memberi satu perspektif baharu buat mereka berdua untuk terus memajukan diri selain menjadikan ia sebagai jaminan masa hadapan. Memilih menu ringkas pilihan ramai iaitu Nasi Ayam Kicap yang dihidangkan bersama Sambal Hijau untuk disajikan kepada pelanggan terutamanya pada bulan Ramadan ini.
“Nasi Ayam Kicap yang kami hasilkan boleh dikatakan telah diberikan penambahbaikan dalam resipi seperti penggunaan rempah ratus. Selain itu kami turut menghasilkan masakan ini dengan bahan-bahan segar yang dibeli setiap hari terutamanya ayam. Jadi tiada apa yang lebih menggembirakan saya dan Haikal untuk memulakan perniagaan ini yang pastinya memberi cabaran baharu dan sedia bersaing dengan masakan-masakan tempatan yang lain,” katanya ketika ditemui di gerai jualannya yang terletak di Masok foodcourt, Kampung Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sebelum memulakan perniagaan, mereka telah membuat kajian corak dan pemilihan menu masakan yang digemari orang ramai - Zainol dan Haikal memilih untuk mempopularkan masakan tersebut. Walaupun dihidangkan di kedai namun keenakan dan rasanya sama seperti masakan di rumah yang pernuh dengan rasa kasih dan sayang.
Sambal Hijau ?
Ya !! Itu adalah 'senjata'utama dalam menu tersebut yang dihasilkan mengguna resepi turun temurun. Pasti memuaskan hati pelanggan, setiap hidangan didatangkan bersama nasi putih, telur mata kerbau dan juga timun sebagai penambah selera.
Set lengkap ini dijual pada harga RM12.00 sepinggan dan mula dijual pada jam 6.00 petang hingga 12.00 tengahmalam selain dari bulan Ramadan manakala waktu operasi Nasi Ayam Kicap Sambal Hijau dilanjutkan sehingga jam 3.00 pagi sepanjang bulan Ramadan.
Dalam usaha menggembangkan lagi perniagaan sedia ada, mereka dalam perancangan untuk menyenaraikan menu mereka dalam perkhidmatan penghantaran GrabFood dan juga foodpanda bagi memudahkan pelanggan membuat pesanan terus dari lokasi.
Kalau korang nak cuba rasa Nasi Ayam Kicap bersama Sambal Hijau tradiri mereka, boleh buat tempahan awal dan jangan lupa follow media sosial mereka di NAK_NasiAyamKicap
No comments: