JALINAN KERJASAMA TELEKUNG SITI KHADIJAH DAN UKM UNTUK KOLEKSI ATMA 2023

Sekali lagi mencipta sejarah dalam industri, Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd. telah menjalinkan kerjasama baharu dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk merealisasikan koleksi ATMA yang dijangka akan berada dipasaran pada awal tahun 2023 nanti.


Pengasas Telekung Siti Khadijah


Nama yang tidak asing sebagai pengeluar busana Muslimah dan telekung sejak tahun 2009 dan kini mempunyai lebih 40 buah butik di seluruh Malaysia serta Indonesia, Siti Khadijah melangkah setapak lagi kehadapan dengan satu kolaborasi baharu melalui Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) yang bertujuan untuk mengetengahkan koleksi corak tradisional Melayu.



MANUSKRIP TAMADUN MELAYU KOLEKSI ATMA 2023


Kolaborasi ini adalah langkah tepat bagi memastikan kelastarian manuskrip Melayu supaya generasi baharu pada hari ini dapat mengenali tinggalan nenek moyang terdahulu. Rekaan koleksi ATMA ini diharapkan dapat menjadi penanda aras baharu dalam rekaan busana telekung yang diinspirasi dari corak serta motif manuskrip-manuskrip yang terdapat di ATMA selain meraikan kepelbagaian budaya khususnya tamadun Melayu yang pernah dipandang tinggi dimata dunia suatu ketika dahulu.

Siti Khadijah telah bersetuju untuk menerima perlesenan bagi penggunaan dan pengkomersialan corak-corak hiasan Melayu tradisional ke dalam produk yang bakal dihasilkan dan produk yang dilesenkan adalah berkaitan corak-corak hiasan Melayu tradisional bersumberkan alam semulajadi yang diekstrak ke dalam bentuk digital. Pengambilan corak-corak hiasan Melayu tradisional ini akan diterapkan ke dalam produk-produk keluaran Siti Khadijah terutamanya telekung wanita.

Telekung Siti Khadijah

"Dalam usaha ini, UKM wajar dipuji kerana mengangkat kepentingan sains sosial dalam industri ini dan nilai-nilai kebudayaan dapat dihidupkan melalui corak Alam Melayu. Melalui Institut Alam dan Tamadun Melayu atau ATMA, Siti Khadijah bekerjasama dalam mengetengahkan koleksi corak tradisional Melayu selain meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman masyarakat untuk memelihara khazanah negara yang kian dilupakan,"

Mohammad Munzir Aminuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah


Majlis penyerahan dokumen perjanjian telah berlangsung di Anjung Digital Smart Selangor, Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, UKM antara Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM) telah dijayakan oleh Pengerusi UKM Technology Sdn. Bhd. selaku wakil INOVASI@UKM, Prof. Dato' Ir. Dr. Abdul Wahab bin Mohammad dan Yang Berusaha Encik Mohammad Munzir bin Aminuddin selaku CEO Siti Khadijah bersaksikan Prof. Dato' Dr. Wan Kamal bin Mujani, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UKM.


Harga Telekung Siti Khadijah

Koleksi ATMA Siti Khadijah

Sebagai lambang kerjasama pengkomersialan antara Siti Khadijah bersama penyelidik UKM iaitu TS. Dr. Ros Mahwati Ahmad Zakaria dari ATMA menampilkan corak-corak yang dianggap sebagai warisan seni Alam Melayu Tradisional dan hasil kajian beliau adalah sangat penting bagi memastikan warisan ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas serta dapat dihayati oleh golongan muda zaman sekarang.

Tertancap dengan frasa nukilan Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh yang juga merupakan Sasterawan Negara, berbunyi :

"Manuskrip kita ialah penanda kembara bangsa kita pada tahap jasmaniah dan akliah. Inilah kumpulan khazanah yang harus segera alihaksarakan sebanyak mungkin supaya kita dapat memahami pemikiran dan perasaan leluhur kita dan mengutip manfaat daripada kebijaksanaan mereka"



Termasuk koleksi ATMA yang akan berada dipasaran pada awal tahun 2023 nanti, Siti Khadijah turut menampilkan tiga jenis label iaitu White Label, Maroon Label dan Black Label yang sedia ada dipasaran, Siti Khadijah sentiasa memastikan setiap koleksi yang dihasilkan dapat memenuhi keperluan pengguna semasa dimana harga yang ditawarkan sangat mampu milik bersesuaian dengan kehendak pasaran semasa.


Telekung Siti Khadijah


Diharap gabungan kolaborasi yang selari dengan visi untuk mengangkat warisan seni Melayu tradisional ke persada antarabangsa, koleksi ATMA dapat melonjakkan lagi permintaan pasaran terhadap kualiti produk tempatan disamping membuka peluang kerja kepada lebih ramai rakyat Malaysia khususnya.


Tahniah Siti Khadijah !!

Terima kasih UKM !!


Untuk maklumat lanjut tentang perjalanan dan senarai koleksi Siti Khadijah, boleh terus ke :


LAMAN WEB  |  INSTAGRAM  |  FACEBOOK SHOPEE


No comments:

Powered by Blogger.