PENERBIT FILEM MAT KILAU TERHARU SOKONGAN PIHAK FINAS DAN MEDIA
Usai tayangan perdana filem Mat Kilau - Kebangkita Pahlawan yang diadakan pada Khamis lalu, 16 Jun 2022 di GSC Starling Mall, Tuan Haji Abdul Rahman Mt Dali selaku Pengarah Urusan dan Penerbit Studio Kembara merakamkan jutaan terima kasih dan rasa bersyukur di atas sambutan yang diberikan kepada filem terbitan Studio Kembara ini.
Menurutnya, “Pihak Studio Kembara berasa sangat bersyukur serta terharu di atas respon-respon positif dan sangat mengalakkan yang diterima dari pelbagai pihak termasuk media dan para tetamu jemputan yang hadir pada tayangan perdana baru-baru ini.”
Setelah
sekian lama berusaha gigih untuk menghasilkan filem yang membangunkan kecintaan
tanahair ini, ia telah disambut dengan begitu baik. Malah kehadiran mantan
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ke acara tersebut turut
menunjukkan bahawa hasil kerja anak tempatan mendapat perhatian dari pelbagai
pihak.
“Filem yang baik boleh menjadi medium membangunkan malah mampu mengharumkan nama negara. Studio Kembara bersedia bersama membantu mengangkat agenda nasional di masa akan datang dengan penghasilan produk-produk yang menambil nilai rakyat Malaysia,” katanya dalam rasa terharu.
Filem berjudul Mat
Kilau – Kebangkitan Pahlawan yang akan ditayangkan mulai 23 Jun ini diharap dan
dijangka akan mendapat sambutan hangat serta menjadi penerobos psikologi yang
mencetus keyakinan baru kepada pemain industri hiburan tempatan dan seterusnya
melangkah lebih maju ke depan.
Studio Kembara
memilih untuk menghasilkan filem inspirasi dari kisah benar ini untuk menonjolkan
ketokohan watak yang dicatatkan oleh sejarah. Terdapat banyak catatan sejarah
kebijaksanaan dan keberanian beliau. Terdapat juga catatan-catatan pihak
British yang ditemui mengakui pengaruh besar beliau kepada masyarakat zaman itu
dalam membangkitkan semangat mempertahankan maruah bangsa melayu dan kedaulatan
bumi Pahang. Ramai yang tidak mengetahui ada rekod pihak British yang
merakamkan gerakan besar yang dipimpin Mat Kilau telah menyebabkan kemusnahan
dan kerugian besar kepada British.
No comments: