CONSUMER FUN RIDE DAN PROGRAM JUALAN KELUARGA MALAYSIA MERANCAKKAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Program Consumer Fun Ride (PCFR) dan Program Jualan Keluarga Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PJKM WPKL) anjuran bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KPDNHEP WPKL), Selangor & F.T. Motorcycles & Scooter Dealers Association (SFTMSDA), AEON BiG dan AEON Credit sempena bulan Kebangsaan 2022 telah berlangsung mulai hari ini, 13 Ogos 2022 sehingga 14 Ogos 2022 pastinya akan merancakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Enam (6) booth tetap/bergerak akan dibuka untuk PCFR iaitu :
- KPDNHEP (Price Catcher)
- Kementerian Kesihatan Kesihatan
- Jabatan Pengangkutan Jalan
- Hong Leong Yamaha S/B.
- Boon Siew Honda S/B (TBC)
- Lembaga Kecantikan Negara (LKN)
Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) Sempena Sambutan Hari Kermerdekaan pada tahun 2022 Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 13 Ogos 2022 (Sabtu) di AEON BiG, Danau Kota bersama tetamu kehormat menandakan bermulanya PJKM WPKL bulan Kebangsaan 2022 yang akan berlansung selama dua hari iaitu 13 Ogos 2022 dan 14 Ogos 2022 bersama Program Consumer Fun Ride.
- Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Program MyGrocer@Wilayah
- Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui agensi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
- AEON BiG – BiG Value
- Syarikat Faiza
- QL Egg / Malayan Flour Mills Berhad
- OEL Rice / ADABI
- FFM Berhad
- Mamee
- Nestle
- Etika
- Mondelez
- Lam Soon
- PET PET / Kimberly Clark
- Sekoplas
KPDNHEP WPKL mengalu-alukan agar lebih banyak pasar raya menyahut dan menyokong usaha Kerajaan dengan menyertai Program Jualan Keluarga Malaysia yang akan datang yang bakal akan diambil oleh Kementerian Willayah Persekutuan. Inisiatif ini juga akan diperluaskan lagi secara berperingkat supaya manfaat dapat dinikmati oleh setiap peringkat Keluarga Malaysia di bandar dan di luar bandar.
No comments: