DAIA HIJAB ALL DAY FRESHNESS BAHARU DENGAN FORMULASI TEKNOLOGI SMART ION™
Daia Hijab All Day Freshness Baharu Dengan Formulasi Teknologi Smart Ion™ - Dengan cuaca sekarang ni sekejap panas, sekejap hujan dan mendung pastinya jadi dilema pada sesetengah dari kita yang kuat berpeluh atau sering menjalankan aktiviti luar. Sebagai orang yang sangat aktif dan perlu menutup aurat sepanjang hari, ya !! Kakak terpaksa akui bau peluh sedikit sebanyak mengganggu keselesaan.
Kalau Sebelum ni kakak merupakan pengguna sabun basuh baju jenama X, kini - Kakak dengan yakin dan berani untuk beralih ke Daia Hijab All Day Freshness untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang membelenggu jiwa. Kenapa ? Mari kakak cerita kan. Hee~
DAIA HIJAB ALL DAY FRESHNESS
Menjadi salah seorang saksi terawal dalam Majlis Pelancaran Daia Hijab All Day Freshness baru-baru ini bersama Lisa Surihani yang juga merupakan Duta Daia, kakak terpegun dengan perincian tentang produk baharu Daia nan satu ini. Bukan sahaja wangi, Daia Hijab All Day Freshness terhasil dari proses R&D dan formula terkini dengan Teknologi Smart Ion™ yang bertindak mengawal bau peluh sekaligus membasmi 99.9% kuman yang melekat pada fabrik.
Dengan cuaca yang tidak menentu, pemakaian hijab dan menutup aurat secara total menjadi sangat mencabar sepanjang hari terutamanya bahagian kepala kerana ia meningkatkan tahap kelembapan rambut sekaligus menyebabkan hijab dipenuhi kesan peluh. Bila dah berpeluh pastinya akan mengundang bau yang kurang menyenangkan dan membuatkan pemakai hijab seperti kakak berasa tidak selesa, gelisah sehingga menjejaskan keyakinan diri.
Menjadi salah satu penyelesaian inovatif yang dapat menghapuskan semua bau termasuk bau peluh semasa proses mencuci dan meneutralkan bau ketika dipakai, Daia Hijab All Day Freshness membantu memberi kesegaran sepanjang hari.
“Cuaca panas di Malaysia menyukarkan pemakaian hijab. Apabila kita berpeluh, bakteria daripada peluh akan terperangkap pada pakaian kita dan menyebabkan bau busuk. Saya dengan sukacitanya memperkenalkan Daia Hijab All Day Freshness, yang dirumus dengan formulasi terkini, memberikan Kawalan Bau Peluh berprestasi tinggi yang dapat menghilangkan semua bau ketika dicuci dan meneutralkan bau ketika dipakai,menjadikan pakaian lebih bersih dan kekal segar sepanjang hari. Harumannya yang segar dan kekal lama membantu mencegah bau yang tidak menyenangkan, supaya anda dapat kekal aktif dan segar sepanjang hari.”
-- Eliza Yanti, Jurucakap Gentle Supreme Sdn Bhd
Daia Hijab All Day Freshness telah melantik Duta Jenama rangkaian produk Daia iaitu Lisa Surihani yang juga pengguna product Daia sekian lamanya.
“Dengan adanya pencuci pakaian yang sesuai untuk anda dan keperluan keluarga anda pasti akan memudahkan kerja mencuci pakaian. Inilah kelebihan Daia Hijab All Day Freshness. Ia membolehkan anda menggunakan satu produk untuk mencuci hijab dan pakaian keluarga anda, menjadikan ia serba guna dan pilihan yang praktikal. Dengan menggunakan Daia Hijab All Day Freshness, saya pasti percayakan bukan sahaja hijab saya, tetapi semua pakaian keluarga saya turut mendapat cucian dan kesegaran berkualiti tinggi. Jadi, saya tidak perlu membeli pencuci pakaian yang berasingan atau bimbang mengenai tahap kebersihan atau wangian yang berbeza bagi setiap jenis pakaian yang dicuci. Kepada semua pengguna yang bercadang menggunakan Daia sebagai pencuci pakaian pilihan mereka, saya syorkan kepada mereka agar segera bertukar kepada Daia. Percayalah kepada reputasi dan rekod cemerlang jenama ini,”
-- Lisa Surihani, Duta Jenama Daia Malaysia
Cecair Pencuci Pakaian Daia Smart Hijab All Day Freshness telah beraad dipasaran pada harga RM 26.90 untuk sebotol (3.8kg), manakala pek isian semula 1.7kg dijual pada harga (RM 11.90). Serbuk Pencuci Pakaian Daia Hijab All Day Freshness dijual pada harga pasaran yang disyorkan RM 5.95, RM 15.90 dan RM 25.50 masing-masing untuk 750g, 2.3kg dan 3.8kg. Produk ini boleh dibeli di semua pasar raya terkemuka di seluruh negara.
No comments: