DUTA KIDS REPUBLIC AEON 2023, MEMPERKASA KANAK-KANAK UNTUK MENCIPTA MASA DEPAN
Duta Kids Republic AEON 2023, Memperkasa Kanak-kanak Untuk Mencipta Masa Depan - Buat julung kalinya, AEON Malaysia mengumumkan duta jenama kanak-kanak yang dinaungi AEON sendiri iaitu Kids Republic bertema "Kids Who Create the Future" sekaligus melancarkan debut aplikasi Very Important Parents, (VIP) Club baru-baru ini.
- Kategori A - Kanak-kanak berusia lima (5) hingga lapan (8) tahun
- Kategori B - Kanak-kanak berusia sembilan (9) hingga 12 tahun
Bagi menguji tahap kreativiti dan kebijaksanaan, setiap finalis yang mengambil bahagian perlu menjawab soalan yang telah disediakan di dalam 12 "Kotak Masa Depan" bagi menentukan kelayakan mereka terpilih sebagai Duta Kids Republic AEON 2023.
"Pencarian Duta Kids Republic AEON ini bertujuan untuk menjadi perintis bagi menyokong keperluan ibubapa dan anak-anak sepanjang proses tumbesaran. Kami sangat percaya bahawa kanak-kanak adalah arkitek pada masa hadapan dan kami ingin mendengar kisah mereka seperti apa yang mereka bayangkan. Kami mahu bersama dalam setiap langkah dan memperjuangkan keperluan mereka," - Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Barangan dan Pemasaran AEON.
Panel hakim yang dilantik terdiri dari mereka yang berpengalaman, pakar dalam bidang masing-masing, berpengaruh dan sangat komited untuk memupuk potensi dalam diri peserta serta melahirkan bintang baharu yang bakal membawa nama baik AEON ke seluruh Malaysia.
Dengan karakter yang berani, yakin serta kreatif - Pihak juri sebulat suara menobatkan Adik Puteri Aisya Carlysa binti Mohd Azham Shah sebagai Pemenang Kategori B dan secara rasminya dilantik sebagai Duta Kids Republic AEON 2023. Sesuai dengan karakter beliau, Adik Puteri Aisya yang berusia sembilan (9) tahun membawa pulang pelbagai hadiah dari pihak penaja.
Tahniah atas keberanian para peserta cilik untuk tampil membuka peluang kepada diri sendiri dan menyerlah bagaikan bintang.
Bagi menambah kemeriahan program, AEON juga telah melancar Very Important Parent (VIP) Club yang juga merupakan ciri baharu dalam aplikasi iAEON yang boleh dimuatnaik melalui Google Play Store dan Apple App Store.
VERY IMPORTANT PARENT (VIP) CLUB
VIP diwujudkan bagi meraikan dan menyokong pencapaian setiap kanak-kanak sambil memberi ganjaran kepada ibubapa yang menjadikan AEON sebagai destinasi pilihan keluarga untuk menyediakan kelengkapan harian.
Untuk maklumat lanjut tentang pelbagai promosi AEON boleh layari https://aeongroupmalaysia.com.
No comments: