COACH AIRWAYS ; BUTIK PERTAMA DALAM PESAWAT BOEING 747

Coach Airways ; Butik Pertama Dalam Pesawat Boeing 747 - Freeport A’Famosa Outlet secara rasminya memperkenalkan Coach Airways yang pertama di dunia. Sebuah pesawat Boeing 747 telah diubah suai menjadi butik dan kafe yang unik bagi produk jenama Coach.


Coach Airways


Projek ini telah bermula pada April 2021 dan akhirnya berjaya disiapkan sepenuhnya pada Mei 2023 selepas proses penilaian, perolehan, pemindahan, pemasangan dan ubah suai dilakukan pada pesawat Boeing 747. Dengan panjang badan pesawat 231 kaki 10 dan lebar rentang sayap sepanjang 195 kaki 8 inci, pesawat Boeing 747 ini pada suatu ketika dahulu pernah menjadi pesawat awam terbesar pada tahun lewat 1960-an. Pada hari ini, pesawat kemegahan ini telah bertukar peranan menjadi Butik Coach yang pertama di dunia.


YAB Datuk Seri Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka berkata, “Coach Airways merupakan satu penambahan kepada tarikan baharu di Negeri Melaka dan secara tidak langsung membuktikan kesungguhan negeri ini dalam usaha meningkatkan produk di sektor pelancongan kepada orang ramai. Perasmian ini juga sejajar dengan kempen Tahun Melawat Melaka 2024. Selain menjadi tempat beli-belah, konsep butik ini juga melambangkan kemewahan dan prestij untuk semua rakyat Malaysia secara amnya dan penduduk di Melaka secara khususnya”.


Coach Malaysia
Coach Outlet


Datuk Julian Lau, Pengarah Urusan Freeport A’Famosa Outlet berkata, “Projek ini telah dimulakan sejak dua tahun yang lalu dan semua pihak yang terlibat telah berusaha dengan gigih untuk menyiapkan mengikut rancangan yang telah ditetapkan bagi memastikan pesawat Boeing 747 ini menjadi butik yang eksklusif dan unik bagi jenama Coach”.


“Sejak pembukaan Freeport A’Famosa Outlet ini, pihak kami sentiasa berusaha keras untuk mencipta pelbagai pengalaman yang unik kepada semua pelangan kami. Diharapkan tarikan terbaru in dapat memberikan pengalaman baharu, keseronokan, kemeriahan kepada semua pelanggan. Selain itu juga, pelanggan juga berpeluang untuk meneroka ruang kokpit, kabin penumpang dan ruang istirehat disambil melihat koleksi Coach,” tambah beliau.


Freeport AFamosa Melaka


Para pengemar pesawat penerbangan dan membeli-belah boleh bersedia untuk merasai suatu pengalaman yang cukup memukau kerana Boeing 747 yang dahulu dikenali sebagai ‘
Queen of The Skies’ kini dinobatkan sebagai ‘Queen of The Retail’. Reka bentuk pesawat yang luas secara tidak langsung memberikan persekitaran beli-belah yang selesa disamping dapat mengamit kenangan pada zaman kegemilangan perjalanan udara dahulu yang menitikberatkan nilai kemewahan dan keanggunan.


Waktu Solat Melaka


Pas masuk yang menyerupai tiket penerbangan akan diberikan kepada pelanggan sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke jambatan udara menuju ke badan pesawat bagi menciptakan pengalaman sebenar menaiki pesawat udara. Pelanggan juga berpeluang untuk meneroka bahagian dalam pesawat dan kabin runcit untuk melihat koleksi barangan Coach yang sedia dipakai untuk semua golongan yang terdiri dari koleksi beg, kasut dan aksesori.


Hotel Murah Melaka


Jenama Coach juga ada mengeluarkan koleksi Coach eksklusif menampilkan pilihan baju, beg bagasi beroda, beg tangan dan aksesori perjalanan seperti tag bagasi dan dompet kecil yang dicetak dengan simbol edisi terhad pada koleksi tersebut.


Sejarah Melaka

Pembukaan Coach Airways bukan sahaja menandakan pelancaran konsep butik yang pertama seumpamanya, tetapi juga merupakan detik yang mengujakan bagi Coach selaras dengan usaha kami yang berterusan untuk melonjakkan inovasi dan mencipta ruang yang membolehkan para pelanggan melakukan penerokaan sambil berinteraksi. Kami juga amat teruja untuk membawakan pengalaman beli-belah yang menarik kepada pelanggan di destinasi beli-belah yang terkenal di Freeport A’Famosa Outlet Melaka.


Tabby Coach OriginalTabby Coach PriceCoach Airways


Jutaan tahniah kepada pasukan pengurusan Freeport A’Famosa Outlet atas pengiktirafan Malaysia Book of Record sebagai ‘First Retail Concept Store in An Airplane’, Kedai Konsep Pertama Dalam Kapal Terbang sekaligus menokok pelbagai penganugerahan yang diraih oleh negeri Melaka untuk menginspirasikan rakyat Melaysia agar terus cemerlang dalam pelbagai bidang sehingga melangkaui standard dunia.


Coach Airways juga telah menerima anugerah ‘Unique Retail Experience’ 2023 dari Persatuan Taman Tema & Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MATFA) pada awal bulan ini, sekali gus menandakan Freeport A’Famosa Outlet sebagai destinasi wajib dikunjungi untuk merasai pengalaman beli-belah yang terbaik daripada fesyen, sejarah dan inovasi yang sukar dilupakan.


Coach Cafe
Best Coffee In Melaka


Coach Airways di Freeport A’Famosa Outlet kini bersedia untuk menawarkan pengalaman beli-belah yang unik dan bernilai tambah kepada pelanggan sambil dapat menarik asas pelanggan yang lebih luas dan seterusnya memacu jualan. Selain ruang butik, pesawat ini juga dilengkapi dengan ruang tetamu, galeri yang menakjubkan dan kafe kotemporari bagi memberi peluang pelanggan ruang untuk berehat dan menikmati hidangan ringan sambil menghayati keseronokan suasana pesawat yang telah siap diubah suai selain mencipta keunikan tersendiri.


AFamosa Melaka


Coach Airways kini bersedia untuk menjadi tarikan global yang memukau pelanggan dengan gabungan butik dan penerbangan sekali gus menyemarakkan imaginasi yang lebih unggul.


No comments:

Powered by Blogger.