KAHF LENGGONG OUTDOOR FESTIVAL 2023 (ODF23) KEMBALI !!
KAHF Lenggong Outdoor Festival 2023 (ODF23) KEMBALI !! - Lenggong Outdoor Festival 2023 (ODF23) kembali diteruskan buat tahun kedua bermula 16 hingga 18 Jun ini di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak selepas kejayaan penganjuran buat julung kalinya tahun lalu yang berjaya mengumpulkan lebih 30 kumpulan komuniti dan lebih 1000 orang peminat aktiviti luar dari seluruh negara.
Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Lenggong, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, “Penganjuran ODF 2023 dilihat sebagai medium dan platform penyatuan pelbagai aspek kehidupan rakyat Malaysia; antaranya gaya hidup sihat, aktiviti fizikal, lasak serta ekstrem yang menyantuni setiap lapisan umur masyarakat, dan juga kombinasi gabungan komuniti yang turut menyambung kepada pembangunan ekonomi setempat secara tidak langsung.’
“Saya melihat ODF2023 adalah bertepatan dengan waktunya dalam mewujudkan lebih banyak komuniti yang saling menyokong dan menyantuni usaha murni penganjuran festival yang sihat dan diterima semua.
Bertemakan 'Unplug & Reconnect', LOCCO selaku penganjur festival mengajak peserta ODF 2023 untuk bersantai sambil mengambil peluang bertukar pengalaman dan cerita melalui pelbagai aktiviti luar yang telah dirancang. Festival ODF23 anjuran bersama LOCCO dengan kerjasama Majlis Daerah Lenggong (MDL) akan menyaksikan peminat aktiviti luar dari dalam dan luar negara berkumpul, meraikan kepelbagaian minat, dan berkongsi idea menerusi pelbagai pengisian seperti sesi forum, bengkel, penerokaan, dan persembahan muzik.
Antara aktiviti yang telah dirancang termasuklah aktiviti perkhemahan, Stand Up Paddling, berkayak, Bridge Rappelling dan memanah. Aktiviti merentas desa turut diteruskan tahun ini selain beberapa aktiviti baharu yang diperkenalkan seperti ODF Ride, Lake Flying Fox, Flatland Skimboarding dan Tree Climbing. Beberapa bengkel turut dijalankan seperti handmade paracord, ultralite hiking, rope & climbing, pembuatan sabun organik serta bengkel keselamatan dalam air.
Selain itu, bagi merancakkan perjalanan ODF23, sesi perkongsian dan forum turut disenaraikan termasuklah Cerita Kedai Kopi, Sembang Bawah Fly, kesedaran komuniti dan klinik kayuhan basikal. Peserta juga akan disajikan dengan persembahan muzik santai pada waktu malam oleh kumpulan band muzik gig dan tempatan seperti Teman Lelaki, Cisco, Nami, The Mirza dan ramai lagi.
Lebih menarik, penganjuran tahun ini turut dijenamakan sebagai “KAHF LENGGONG OUTDOOR FESTIVAL 2023”’ selepas menerima penyertaan Kahf selaku penaja utama. Kahf merupakan jenama penjagaan diri dan dandanan lelaki yang halal dari Indonesia yang menawarkan rangkaian produk seperti pencuci muka, minyak wangi, dan pelindung matahari.
Kahf adalah jenama penjagaan diri dan dandanan lelaki yang halal dan berinspirasikan alam semula jadi yang menawarkan rangkaian produk seperti pencuci muka, EDT, pelembap dan penjagaan janggut. Dengan formulasi lembut dan imej moden untuk membangkitkan faedah fungsional, emosi dan rohani, Kahf sentiasa berusaha untuk mengutamakan kualiti dalam menyokong gaya hidup aktif lelaki.
Penyertaan Kahf sebagai penaja utama adalah sebagai usaha untuk mendekati pengguna Kahf selain memperkenalkan rangkaian produk Kahf melalui aktiviti kegiatan luar dan gaya hidup aktif masa kini.
Menyasarkan lebih 1500 penyertaan, ODF23 didukung lebih 35 kumpulan komuniti dan turut dimeriahkan dengan tajaan oleh ANBOT, HAUSBOOM, BOOM+, Lost World of Tambun dan Kembara Meals serta disokong oleh rakan strategik termasuklah RNR Adventures, Skycamp, Santrav, Rileklah, Pretty World, 30 Ascend, Project Vacation, Santrav, Tanjak, KKTM Lenggong, Decathlon dan Nomadism.
No comments: