CALIFORNIA MILK - CHEESE MANIA SHOWCASE : SENSASI KEJU DALAM SETIAP SUAPAN

California Milk - Cheese Mania Showcase : Sensasi Keju Dalam Setiap Suapan  |  Pernah jadi fenomena di Malaysia bila hampir semua jenis makanan dipadankan dengan keju. Masa tu memang i ambil kesempatan sepenuhnya untuk merasai pelbagai rasa keju tapi itu lah - Rasanya macam sama jeeeeeee. Macam jenis keju itu je yang digunakan oleh semua peniaga. Hee~


Keju Halal


Bila i dapat peluang untuk belajar lebih banyak tentang keju dan bagaimana penghasilan keju yang berkualiti tinggi, memang i seronok sangat. Kat rumah ni cuma kenal keju Mozarella yang biasa digunakan dalam pembuatan pizza. Dan. Itu je lah sampai ke sudah. Rupanya, banyak jenis keju yang ada dipasaran.



CALIFORNIA MILK


Mini showcase yang dianjurkan oleh California Milk telah membuka mata i untuk lebih peka dengan penggunaan keju yang diperlukan dalam setiap jenis masakan. Ya !! Sebagai ibu yang konsisten memasak dan keju adalah salah satu bahan masakan wajib, sudah pastinya i kena tahu serba sedikit asal usul keju yang i gunakan dan pertama kali i kenal dengan California Milk terus rasa "Ouh. I suka !!"


Halal Cheese

Kebaikan Keju Untuk Kesihatan

Kenapa keju dari California ?

Rupanya !! California merupakan lokasi pengeluar produk tenusu terbesar di Amerika Syarikat dan kilang tenusu di sana telah menjalani pemeriksaan ketat dan dipantau sepenuhnya oleh USDA bagi memastikan produk yang dihasilkan mematuhi piawaian keselamatan makanan yang tinggi. Lembu-lembu yang menjadi pengeluar susu dijaga rapi dengan rutin pemakanan yang terbaik serta dibesarkan dalam persekitaran yang sihat.



TENTANG KAMI : CALIFORNIA MILK ( KLIK )


Sepanjang mini showcase ni, i belajar banyakkkkkkkk sangat tentang pengeluar keju dan bagaimana keju yang berkualiti dihasilkan. Puas hati. Hee~


Real California Milk

Antara yang i belajar semasa mini showcase adalah jenis-jenis keju yang dikeluarkan oleh California Milk iaitu :
  • Cheddar Sharp
  • Monterey Jack
  • Creamy Jalapeno
  • Smokehouse Jack
  • Truffle Toma
  • Blue Cheese

Kalau korang peminat keju, mesti korang terliur bila bayangkan tekstur keju dan sensasi bau yang menusuk. Hee~ Tidak hairanlah kalau California Milk pernah memenangi 31 anugerah dalam American Cheese Society Meeting baru-baru ini.

Cara Memproses Keju

Memang tak meriahlah event makan makan kalau tak de food testing. Hee~ I dihidangkan dengan enam jenis makanan yang sangatttttttttttt sedap dan bahan utamanya adalah keju yang dikeluarkan oleh California Milk.

Resipi Kek Keju
Arancini Crab Friend Rice with Spicy Mango Sauce

Resipi Keju
Everything But The Begel Cheesy Potato Blintz with Fresh Herb Salad

Jenis-jenis Keju Halal
The Original X Rendang Lasagne

Pengeluar Keju Terbesar Di Dunia
Thai Tea Toasted Coconut & Mango Canoli

Manfaat Keju Untuk Kesihatan
Petit Wedge Salad with Blue Cheese

California Milk
Cherry Cheesecake Brownies Mignardise

Semua hidangan disediakan oleh Chef Barbara yang didatangkan terus dari California untuk memperkenalkan keju dari California. Em. Itu lah. Dah nama airtangan chef, mestilah sedap. Hee~ Sampai masa artikel ini ditaip, i masih terliur mengingati semua makanan yang dihidangkan. Dengan falsafah, Look For The Seal - Menjadikan California Milk pengeluar susu dan keju yang paling berkualiti di dunia.

Antara jenama keju yang telah berada dipasaran Malaysia yang mengguna hasil keluaran California Milk adalah :
  • Food For Friends
  • Fiscalini
  • Sierra Nevada
  • Point Reye
I kalau pergi pasaraya untuk membeli-belah barang dapur, mesti ternampak keempat-empat jenama keju tersebut tapi masa tu tak kenal dan tak tahu nak masak apa menggunakan keju tersebut. Hee~ Kali ni dah tau, boleh lah cuba-cuba beli.

Dah kat umur-umur macam i, bila dapat join event masak masak macam ni - Memang seronok. InsyaAllah. Nanti ada lebihan masa, i share resipi menggunakan keju Food For Friends yang merupakan jenama yang menggunakan produk California Milk.


Love ;
Atiehilmi.com


No comments:

Powered by Blogger.