#SaudiTravel : PENGEMBARAAN LEBIH DARI SEKADAR KEMBARA ROHANI
Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi (STA) kini kembali dengan rangkaian dagangan terbesar di Malaysia, NUSUK, pada 27th Ogos, bertempat di Mandarin Oriental, yang membawa wakil delegasi lebih daripada 40 pemegang saham terkemuka dan 500 agensi pelancongan daripada pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.
Dengan kehadiran tetamu kehormatnya, Tuan Yang Terutama Dr. Tawfiq bin Fawzan AlRabiah, Menteri Haji & Umrah Arab Saudi, pameran ini membolehkan STA menjalin hubungan dengan Syarikat Pengurusan Destinasi (DMC), hotel-hotel, pengangkutan, dan rakan kongsi pelancongan utama. Matlamat pameran ini adalah untuk memahami secara lebih mendalam dan memperhalusi tawaran, produk dan pakej bagi meningkatkan perjalanan rohani pengembara Malaysia yang mengerjakan Umrah dan memudahkan penerokaan destinasi-destinasi Saudi yang lain.
Sepanjang pameran ini dijalankan, STA juga akan mengumumkan beberapa kolaborasi utama dan inisiatif yang akan dilancarkan dengan rakan kongsi perniagaan mereka, termasuklah :
- Pengalaman Eksklusif Jelajah Andalusia bersama WeXpress
- Gabungan Andalusia bersama WeXpress akan lebih meningkatkan kelancaran perjalanan pelancong Malaysia. Bermula Disember ini, Andalusia akan memperkenalkan pakej perjalanannya yang unik, menampilkan duta WeXpress Alif Satar, di samping jadual perjalanannya yang eksklusif, saranan perjalanan dan kebenaran untuk penggambaran filem yang disokong oleh STA.
- Mitra Kembara dan Grab Membantu Pemandu Mengerjakan Umrah
- Mitra Kembara dan Grab bergabung untuk membuka lebih akses kepada pemandu Grab Malaysia untuk mengerjakan ibadah Umrah. Di bawah inisiatif ini, pakej istimewa akan ditawarkan kepada lebih 300,000 pemandu Grab yang layak, dibiayai oleh Grab dan disokong oleh SAUDIA untuk tiket penerbangan. STA akan memainkan peranan utama dan penting untuk menyusun jadual perjalanan, menyediakan keperluan logistik, serta memberikan akses istimewa kepada destinasi utama bagi memastikan perjalanan lebih lancar dan penuh pengisian bermakna.
- Memorandum Persefahaman (MoU) bersama AMAL oleh Syarikat Penerbangan Malaysia
- STA akan menandatangani MoU dengan AMAL oleh Syarikat Penerbangan Malaysia untuk memastikan pengalaman jemaah Umrah dari Malaysia dapat dipertingkatkan. AMAL, perkhidmatan penerbangan untuk Jemaah haji yang pertama di dunia, akan menawarkan perkhidmatan dalam penerbangan yang khusus termasuk Talbiyah dan alunan Nasyid, serta pengisian agama dalam usaha memenuhi komitmen STA yang menjanjikan kelancaran sepanjang dalam perjalanan mengerjakan Umrah.
- Penampilan Pertama Kapal Laut Saudi Aroya
- Saudi bersedia untuk melancarkan Aroya Cruise, rangkaian kapal persiaran pertama miliknya, beroperasi dari Jeddah dengan pelayaran sulungnya bermula pada Disember 2024. Ini merupakan titik permulaan Saudi menerokai industri kapal persiaran bertaraf dunia.
Dengan inisiatif yang dibangunkan secara berterusan Saudi berusaha menjadikan pelancongan lebih mudah diakses oleh pengunjung dari Malaysia termasuk Visa Persinggahan percuma 96 jam dan eVisa sah sehingga 90 hari. Bagi mereka yang memegang visa Umrah, terdapat juga peluang untuk menziarahi destinasi-destinasi lain dalam tempoh sah 90 hari.
Jelajah ke tempat-tempat menakjubkan Saudi di Pameran Pelancongan Saudi yang akan berlangsung pada 28 Ogos – 1 September bertempat di IOI Putrajaya. Nikmati tawaran eksklusif, pakej-pakej menarik, sesi interaktif secara maya dan terokai warisan budaya mereka, dan jangan lepaskan peluang memenangi pelbagai hadiah-hadiah istimewa dan banyak lagi aktiviti menarik!
SAUDI, WELCOME TO ARABIA
‘Saudi, Welcome to Arabia’ adalah sebuah jenama pengguna yang didedikasikan bagi berkongsi Arab Saudi dengan seluruh dunia dan menjemput para pelancong untuk menerokai negara indah ini. Peranan jenama ini adalah untuk menaikkan industri pelancongan negara ini melalui pelbagai kempen kesedaran dan menyalurkan segala maklumat dan sumber secara komprehensif kepada pelancong supaya mereka dapat merancang dan menikmati pengembaraan yang bermakna. Sebagai sebuah destinasi yang paling pesat berkembang, Saudi, jantung Tanah Arab, adalah sebuah destinasi yang amat menarik untuk dikunjungi sepanjang tahun.
Untuk maklumat lanjut, boleh singgah https://www.visitsaudi.com
No comments: