PUNCA MASALAH HAID TIDAK TERATUR

May 08, 2015

GEJALA INI BOLEH DIKELASKAN KEPADA BEBERAPA KUMPULAN

haid teratur

  • tapi masih belum berjaya hamil
haid tidak teratur
  • haid masih datang setipa bulan
  • haid tidap datang setiap bulan
ada tu sampai cecah setahun !!

KESAN YANG DIRASAI OLEH WANITA YANG TIDAK DATANG HAID

  • sukar hamil
  • letih-etih badan
  • mood swing ( emosi tidak stabil )
  • hubungan suami isteri terganggu
  • masalah jerawat
KAITAN WAKTU SUBUR WANITA DAN KITARAN
  • tempoh kitaran haid juga berbeza mengikut individu..
  • kitar haid dikira dari hari pertama bermula.. tempoh ini berlaku diantara 21 hingga 35 hari setiap bulan..
  • biasanya waktu haid pula selama 2 - 7 hari..
  • tempoh kitaran haid kebiasannya semakin singkat dengan pertambahan umur..
  • catat di kalendar setiap bulan tarikh bermula haid..
  • haid masih lagi normal sekiranya tempoh sama setiap bulan sama, walaupun berbeza hari dan hadir setiap bulan..
  • sakit, senggugut, darah haid berketul ketul dan lenguh badan semasa haid masih dianggap normal..
  • haid tidak menentu mempengaruhi emosi..

PENYEBAB MASALAH HAID TIDAK TERATUR
Perhatikan tanda-tanda di bawah sekiranya haid anda tidak menentu :

1 : PROLACTINOMA

  • hormon prolaktin dihasilkan badan wanita untuk menghasilkan susu ibu, ia dihasilkan oleh kelenjar pituitari dibahagian otak menurut kuantiti yang diperlukan badan.
  • antara kesan hormon prolaktin kepada wanita selain daripada menghasilkan susu ibu ialah keadaan emosi yang lebih ceria dan tenang.
  • terdapat 10% wanita yang mempunyai keadaan dipanggil ‘oligomenorrhoea’ iaitu masalah tumor pada kelenjar pituitary yang merembeskan keluar hormon prolactin secara berlebihan. 
SEBAB
  • wanita pada kebiasaannya mengeluarkan prolaktin semasa menyusukan anak dengan susu ibu.
  • kitaran haid wanita menyusu badan akan terhenti pada waktu ini. 
  • sebab inilah menyusu ibu boleh membantu merancang kehamilan sesebuah keluarga
  • jika anda tidak hamil atau menyusukan, tetapi keluar susu daripada puting, maka prolaktin mungkin adalah penyebabnya. 

BAGAIMANA CARANYA UNTUK KITA TAHU SEKIRANYA MEMPUNYAI OLIGOMENORRHOEA ?
  • pening kepala.
  • penghasilan susu badan walaupun tidak menyusu ibu.
  • mengalami gangguan penglihatan. 
  • hasil ujian darah wanita menunjukkan paras hormon prolaktin yang lebih tinggi dari wanita biasa. 
  • berjumpalah dengan doktor pakar untuk pemeriksaan lanjut. Imbasan otak akan dilaksanakan untuk memastikan terdapat tumor pada kelenjar pituitari. 

2 : KEHAMILAN ATAU MENYUSUKAN BAYI
  • seperti yang di sebut dalam sebab pertama, haid tidak datang di sebabkan oleh ibu yang sedang hamil ataupun menyusukan anak.
  • ada ibu yang memang semulajadi banyak susunya. Mungkin kerana sifat ibu tersebut yang ceria dan tenang.
  • jadi hormon prolaktin banyak dan menjadi cara tambah susu ibu secara semulajadi.

Ini adalah salah satu tanda awal kehamilan bulan pertama dan kedua yang ditunggu tunggu oleh pasangan suami isteri. 


3 :  MASALAH DIET PEMAKANAN DAN BERAT BADAN
  • negara kita adalah juara obesiti di kalangan rakyat asia tenggara.
  • tidak hairanlah kerana makanan di Malaysia kaya lemak dan santan.
  • nasi beriyani, nasi lemak, roti cana, teh tarik. Semua ini mengundang penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan stroke. Dan ada juga kes untuk mereka yang terlalu obses dengan kecantikan dan bentuk badan yang langsing dan kurus sehingga mengalami gangguan pemakanan.
  • wanita ini mempunyai masalah penurunan berat badan yang melampau kerana diet tidak sihat - Contohnya anoreksia nervosa
  • masalah berat badan yang terlalu kurus dan terlebih berat ini tidak baik untuk kitaran haid yang normal.

Antara penanda aras atau kayu ukur yang baik dalam menjaga berat badan agar tidak terlalu kurus dan tidak pula gemuk ialah Body Mass Index atau BMI
  • ambil kira berat badan yang ideal untuk ketinggian badan.

4 : OVARI BERHENTI BERFUNGSI LEBIH AWAL
  • keadaan ini dipanggil kegagalan ovari pramatang.
  • ovari berfungsi dengan normal sebelum umur 40, k,itaran haid terhenti sebelum usia mencecah 40 tahun. 
  • inilah sebabnya ada wanita yang mempunyai haid yang tidak teratur atau datang jarang dalam setahun.

5 : FIBROID DI DALAM RAHIM
  • ketumbuhan bukan barah di dalam rahim. 
  • kesan fibroid menjadi punca haid tidak teratur kerana pendarahan akan lebih banyak dan tempohnya juga lama.

6 : LAIN-LAIN
  • Tekanan yang tidak sihat dan juga kehilangan berat badan yang berlebihan antara sebab kitaran haid yang tidak teratur.

7 : MASALAH KELENJAR ENDOKRIN
  • seperti masalah pengeluaran hormon prolaktin berlebihan, kelenjar thyroid juga termasuk di dalam kelenjar endokrin.
  • semua hormon ini memainkan peranan dalam pertumbuhan badan dan kesuburan lelaki dan wanita.

Sindrom Polycystic ovari ( PCOS ) adalah salah satu masalah yang dialami oleh wanita disebabkan gangguan sistem endocrine. Ketidakstabilan pengeluaran hormon menyebabkan wujudnya cyst kecil pada ovari yang kemudiannya menjadi punca haid yang tidak menentu.


APAKAH KESAN PCOS PADA BADAN WANITA ?
  • ovari wanita mengalami gangguan tugas yang serius berbanding normal.
  • paras hormon androgen ( hormon lelaki untuk seks ) yang tinggi ( hiperandrogenisme ).
  • hyperandrogenisme menyebabkan masalah jerawat dan tumbuhnya bulu di kawasan muka secara berlebihan.
  • hirsutism iaitu tumbuh bulu roma yang tidak normal ( seperti misai atau janggut ). Ini antara salah satu sebab ada wanita yang bermisai.
  • kitaran haid tidak stabil.
  • berat badan yang tidak sihat.
  • masalah keguguran rambut.
  • masalah kesuburan dan susah untuk hamil.

BERAPAKAN LINGKUNGAN UMUR WANITA MENGHIDAPI PCOS ?
  • PCOS boleh dihidapi oleh wanita pelbagai peringkat umur, namun majoritinya berusia 20 hingga 30 tahun. 
  • keturunan memainkan peranan besar kepada gejala ini.
  • kebanyakan wanita akan menunjukkan tanda tanda PCOS semasa berat badan mereka menaik dengan mendadak.
  • selepas wanita tersebut baru melangsungkan perkahwinan .
  • tertekan dan makan berlebihan. 

BAGAIMANA MENGETAHUI KITA MENGHIDAP PCOS ?

Selepas mengalami haid tidak menentu dan sukar untuk hamil selepas berkahwin, jumpa doktor untuk beberapa ujian yang memberikan diagnosis yang tepat terhadap masalah kita.



LOVE ;

You Might Also Like

0 comments

FOLLOW LE KAKAK !!

G+ FOLLOWERS