RAHSIA KEJAYAAN POTTY TRAINING #CEOAINA

September 22, 2015

Ye !! Tak de la berjaya mana.. Tapi dah seminggu kot.. #CEOaina dah mula serasi dengan keadaan cuma belah malam jek la banjir tu luar jangkaan kakak.. Hahaha~ Walaupun tak sepenuhnya tak berlampin ( siang tak pakai, malam jek pakai.. jimat banyak woo-- ) perkembangan pembelajaran untuk mendisiplinkan #CEOaina lebih mudah berbanding #CEOaiman.. Haa.. #CEOaiman tu manja lebih.. Hee~


Hari tu kakak dah share kan pasal Teknik Potty Training Kurang Dari 7 Hari ( klik link ) kan ? Hari ni kakak nak share RAHSIA plak.. RAHSIA yang membantu keberkesanan teknik tersebut.. Haa.. Kalau tak de RAHSIA, mana mau nye berjaya.. Kan ? Kan ?


SATU : SABAR !!



Sabar adalah separuh dari iman.. Haa.. Biasa kita dengarkan ? Tapi mampu ke kita nak praktikkan sabar tu ? Sape penyabar ? Angkat tangan ? Hahahah~


Apabila kita bersabar dengan kerenah anak ketika menjalani latihan potty ni, secara tak lansung kita memberi magnet negatif kepada anak.. Ibarat menyerap api kemarahan kepada anak dan membuatkan anak takut.. Takde jalan lain dah melainkan BERSABAR.. Tak lama pun.. Paling lama sebulan kot--


“Innallaaha maa’s soobirin” 
Sesungguhnya Allah swt bersama dengan orang-orang yang sabar..

Tak boleh tahan sabar gak ? Boleh guna - pakai ayat ni untuk menguatkan hati..

“Robbi yassir wa laa tua’ssir ” 
Ya Tuhanku, mudahkanlah dan jangan disusahkan..

Tak jalan gak ? Hee~ Kalau rasa nak marah masa tengah berdiri, bawak-bawak la duduk.. Kalau tengah duduk, bawak-bawak la berdiri.. Tak boleh gak ? Istirghfar.. Tak boleh gak ? Gi amik wudhuk..

Walaupun ada rasa nak meletup, tahan.. Teruskan beri senyuman paling indah buat anak-anak.. Dah kalau mak ayah asyik meletop aje, lagik la tercicir wiwi / wowok dorang tu nanti.. Dah takut kan.. Hee~

#CEOaina : Haa.. Kakak belajar sabar le ni.. Tak de marah-marah pun.. Tup tup.. Kalau nak wiwi, #CEOaina g toilet sendiri.. Hee~ Bila dengar air gedebush-- tu tau dah dia.. 


DUA : KONSISTEN

Maksudnya : Tak boleh kejap pakai lampin, kejap tak pakai.. Nah !! Cemana tu ? #CEOaina pun sama.. Kejap pakai kejap tak ni.. Hee~ Kakak tak nak memaksa diri dan meletakkan keutamaan kakak ( bebas membeli lampin.. Hee~ ) kepada memaksa.. Tapi.. Sekadar berkongsi.. Lampin #CEOaina kosong setiap hari !! Haa.. Sebab ?
  • Sebelum tidur, kakak tak bagi botol susu ( yang ada air ) kat #CEOaina..
  • Sebelum tidur, kakak / encik suami bawak #CEOaina lepaskan semua yang nak dilepaskan..
Hasil ? Lampin kosong bila bangun pagi.. Tapi.. Minggu kedua untuk potty training #CEOaina ni.. Kakak dan encik suami dah tak pakai kan #CEOaina lampin waktu tidur malam.. Hee~ Sebab dah timbul keyakinan untuk kakak lepaskan #CEOaina menjadi BIG GIRL.. 

Seminggu pertama #CEOaina tak pakai lampin, pada waktu siangnya berjalan lancar.. Pergi jemput #CEOaiman pun okay.. Pergi taman pun tak pakai lampin.. Pergi shoppng barang dapur pun sama.. Cuma kakak masih kekal kan momentum bawak #CEOaina ke toilet selang 30 minit.. 


TIGA : YAKIN !!

Lebih cepat proses berjalan lancar bila kita sebagai orang tua memberi dan meletakkan keyakinan sepenuh nya kepada :
  • Pertolongan Allah SWT
  • Pada diri sendiri
  • Pada kemampuan anak
Bila kita menjalankan segala pekerjaan dan meletakkan batu asas semua adalah dengan pertolongan dari Dia, segalanya dipermudahkan dan kita tidak mudah rasa kecewa dengan keadaan dan dalam masa yang sama kita sendiri yakin dan mampu bersabar melayan kerenah anak-anak yang baru belajar.. Ala.. Biasa la tu.. Kita dulu pun bukan terus berlari kan ? Bukan terus pandai mencangkung kat jamban kan ? Hee~ Semua tetap perlu mengambil sedikit masa..

Keyakinan kita kepada anak-anak akan membuatkan mereka lebih matang dan cepat belajar.. Bagi peluang kepada mereka membuktikan betapa mereka sudah mampu menggalas sedikit tnaggungjawab terhadap diri sendiri.. 


Berikan pelbagai kata-kata motivasi yang dapat membantu anak-anak mengecas tenaga positif dalam diri mereka.. Ayat yang biasa kakak guna :


"Wah !! Tengok la anak ibu ni, dah besar ni.. Nanti boleh la kita beli buku banyak banyak.."

"Wah !! Highfive sikit !! Bijak betul anak ibu ni !!"

"E.. Dah big girl la dia.. Pandai laa.."

"Adik dah besar kan ? Bila dah besar mesti bijak ni.. Kalau adik nak wiwi, adik bagitau ibu ye.. Kita cepat cepat pergi toilet.."


Korang boleh gunakan seberapa banyak kata kata positif untuk membantu meingkatkan keyakinan anak.. Nah !! Sahut cabaran diri sendiri.. Hee~




EMPAT : BANTUAN PASANGAN



Sebelum amik keputusan untuk memulakan projek potty traning, minta pendapat pasangan dulu.. Mana la tau kan, kot nanti pasangan tengah dok main main dengan anak tetiba terlepas wiwi.. Dah-- Kena marah plak anak tu nanti..


Sebab tu apa pun keputusan kita, pasangan perlu tahu dan sama sama mengambil bahagian.. Kerjasama mungkin dari segi sokongan motivasi ataupun menjadi pendengar keluh kesah kita yang dah mula mengajar anak menggunakan tandas.. Nah !! Bukan semua surirumahtangga mendapat sokongan dari sang suami ya.. Hee~



Bila kita meminta kerjasama dari pasangan, secara tak lansung ikatan anak beranak antara anak anka dan pasangan semakin erat.. Haa.. Jangan tak tau ye.. Fitrah kita ni sebagai manusia memang berpasang pasang.. Jadi manfaatkan ruang dan peluang untuk mengeratkan kasih sayang tu..




EKSTRA : AMALAN



Selain EMPAT TIPS di atas, apa yang kita kena sematkan dalam diri juga adalah Ilmu Allah.. Berzikirlah.. Jadikan amalan.. Antara zikir yang kakak amalkan :



Amalkan tasbih fatimah :

  1. Subhanallah = 33 kali
  2. Alhamdulillah = 33 kali
  3. Allaahuakbar = 33 kali
  4. Laailaahaillallahu wahdahu laa syariika lah, Lahul mulku walahul hamdu, wahua a’la kulli syaiiin qadir = 1 kali
Fadhilatnya : Allah SWT akan memberikan bantuan lebih baik daripada mempunyai seorang pembantu..


Teruskan berdoa, berdoa, berdoa dan jangan berhenti berusaha sehingga matlamat tercapai.. Hee~





You Might Also Like

0 comments

RAKAN BLOGGER !!

G+ FOLLOWERS