SUSAHNYA NAK KURUS WALAUPUN DIET

by - October 09, 2015

Susahkan ? Hahaha~ Dah beriya dok diet ni tapi berat badan masih macam tu jugak, seluar masih ketat, baju ada yang dah tak boleh pakai lagi ; sendat.. Ini bukannya berat badan susut malah bertambah pulak tu.. Opppsss-- Baca sampai habis, mana tau kot terkena tepat kat batang hidung sendiri ke.. Hee~ Ye la.. Kadang tu kebanyakan kebiasaan akan memberi impak negatif untuk program diet kita tapi tak pe la.. Lepas ni ubah la mana patut.. Ye !!




KENAPA SUSAHNYA NAK TURUNKAN BERAT BADAN ?


1 : AIR BERKARBONAT



  • bila sebut air berkarbonat, kita sendiri fahan dan sedar "gula".. Haa.. Korang tau tak yang segelas air berkarbonat terdapat 65 kalori dok menyorok dalam tu..
  • kalori tu tak mengenyangkan perut malahan membuatkan korang bertambah lapar..
  • kalau korang amik 2 - 3 gelas minuman berkarbonat sehari, kemungkinan besar berat badan korang akan bertambah 30 %.. Kalau sedia 70kg, mohon standby untuk 100kg yaa..

2 : KURANG TIDUR
  • tidur tidak kurang dari 5 jam sehari akan mempengaruhi minda dan sekaligus menaikkan nafsu untuk makan pada waktu sunyi..
  • semakin sikit jumlah waktu korang tidur, semakin banyak masa korang mengunyah makanan.. INI BAHAYA !!

3 : TIDAK SARAPAN
  • kalau korang tak sarapan, korang berhadapan dengan risiko menghidapi obesiti.. 4 kali lebih dari mereka yang memang mengamalkan sarapan setiap hari..
  • dengan membiarkan perut korang kosong tanpa sarapan ia akan melambatkan proses metabolisme badan dan menahan rasa lapar sekaligus akan membuatkan korang nak makan banyak waktu tengahari.. Dah lapar kan ? Hee~

4 : MAKAN TERLALU CEPAT
  • amboi korang.. Kalau makanan sedap, kemain laju korang kunyah macam keretapi kan.. Haa.. Siap tak sempat kunyah terus telan.. Kan ?
  • cuba amalkan apa yang Rasulullah SAW dah ajar kita.. Mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul hancur lumat supaya perut kita senang nak proses makanan tu..

5 : KURANG MINUM AIR MASAK
  • dalam kajian ada mengatakan ; seseorang yang sedang diet dan minum 2 gelas air masak sebelum makan akan membuatkan beratbadannya kurang 30% lebih cepat berbanding mereka yang tidak amalkan..
  • badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air masak untuk mencernakan segala makanan.. Haa.. Kalau kurang air masak, kurang la proses nyahkumbahan.. Itu juga salah satu punca gemuk..

6 : KOMBO MAKANAN LEBIH MURAH
  • ya.. Betul la tu.. Kombo makanan yang diiklankan selalunya lebih murah berbanding set asas.. Tapi AWAS !! Ia akan membuatkan korang lebih rasa nak makan jek keje nye..
  • korang beli set kombo, korang akan mengambil lebih banyak kalori dan dah tentu korang akan sedaya upaya menghabiskannya sebab tak nak membazir.. Kan ?

7 : PORTION BESAR

  • Seseorang yang makan dengan potongan yang besar boleh menambah kalori di badan mereka sebanyak 50% berbanding dengan mereka yang mengambil potongan kecil dan kunyah perlahan-lahan..

8 : MAKAN LEWAT MALAM
  • mengikut kajian Journal Obesity : siapa yang makan selepas jam 8 malam akan mendapat lebih banyak kalori yang tidak sempat dibakar..
  • jadi.. kalau korang ade rasa nak makan tengah-tengah malam tu.. sila la makan makanan yang kandungan gula dan lemak yang rendah seperti susu rendah lemak dan buah-buahan..

9 : MALAS BERSENAM
  • walaupun korang dok la kurangkan pengambilan makanan konon diet la katakan tapi boleh jadi tak de satu bahagian kat badan korang mengecil.. dah kenapa ? ya.. malas nak bersenam..
  • manfaatkan 15 minit sehari untuk sedikit senaman yang berkesan..

10 : KURANGKAN PENGAMBILAN KARBOHIDRAT
  • pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti mi, nasi putih dapat meningkatkan hormon serotinin yang menyebab kan korang rasa nak makan lagi dan lagi..
  • gantikan karbohidrat sederhana dengan karbohidrat kompleks seperti beras perang atau oatmeal..

11 : MAKAN KETIKA STRESS
  • waktu stress kita memang suka makan makanan manis konon nya akan mendapat ketenangan.. konon laa..
  • kalau stress, alihkan perhatian dengan melakukan aktiviti-aktiviti senaman atau pun paling mudah, TIDUR.. jangan makan..

12 : BERKAWAN DENGAN MEREKA YANG SAMA BERAT BADAN
  • Kajian di dalam New England Journal Of Medicine menunjukkan bahawa seseorang itu lebih cenderung untuk menjadi obesiti apabila mereka berkawan dengan orang yang ada obesiti..
  • haa-- tapi itu tak bermaksudlah korang tak boleh berkawan dengan mereka yang berbadan besar.. cuma gaya hidup dan pola pemakanan kawan sangat mempengaruhi tau.. 
  • jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, ajaklah kawan pergi bersenam ke, amalkan pola pemakanan sihat.. perkara berfaedah selain makan makan dan terus makan.. ade jek orang yang suka dengan aktiviti makan ni dan jadikan rutin untuk mencuba pelbagai jenis makanan baru.. ini bahaya kalau tak kawal..

LOVE ;


You May Also Like

0 comments