BILA AIMAN DAPAT NOMBOR 1 ; IBU YANG TERLEBIH HAPPY

oh !! ni rupanya perasaan bila anak periksa nombor 1.. hahaha~ serius.. keindahan dia rasa macam sehari lagi nak nikah.. tak tau nak cakap cemana tapi biasa la.. FISRTIME kot-- tu yang seronok tah pape tu.. lain la kalau anak tu periksa nombor 1 setiap tahun.. hahaha~ dah nama FIRSTIME.. kali pertama la ni.. tak dapat nak ungkapkan dengan kata-kata hanya boleh senyum jek sehari suntuk..

masa perbualan kakak dengan #CEOaiman, memang kakak pun tak percaya la kan sebab tak amik report card aiman lagik..

me : abang dah habis periksa kan ?

aiman : dah bu.. susah..

me : abang dapat nombor berapa ?
aiman : mestilah nombor 1..

hahaha~ rupanya masa tu cikgu tak cakap pun lagi kat student ni, dorang dapat nombor berapa.. masa amik report card hari tu baru la tau yang aiman memang dapat nombor 1.. ya.. kakak tak percaya mulanya tapi bila tengok semua kertas ujian, baru la ada sedikit yakin dan hati pun berbolak balik "biar betul ? cemana boleh dapat nombor 1 ?" hahaha~

nah !! kakak belanja la sket sekitar sambutan hari kecemerlangan..


aiman mengantuk tu.. tu yang tak brape nak layan.. dok dendiam jek kat tempat dia.. hahaha~ behave gile kan ? macam tak percaya kan ?


dah ah dok paling depan, kerusi plak ade nama.. hee~ very the VVIP kot.. 


masa amik trofi.. hee~ kakak nengok aiman dari jauh, kakak dok sengih jek.. macam ade mambang sengih dok sangkut kat pipi.. 


bukan la kakak nak kata kakak terlampau sanjung kelebihan anak ni, tapi sedikit sebanyak kakak ada cerita nak cerita kat aiman bila dia dah besar sok.. dah pandai dok kat nombor tercorot.. hahahha~ ko nampak permainan dia cane kan ?


muka dah boleh senyum lepas amik trofi tadi.. kalau tak kelat manjang la muka dia.. hahaha~ mungkin dari awal tu dia tak tau ape-benda-tah nak buat berkumpul reramai kat situ kan..


persembahan anak-anak 5 dan 6 tahun.. hahaha~ nak ketawa nengoknye.. aduh !! really make my day la anak-anak.. apsal sume comel pun tak tau tah..


lepas tu.. cam biasa.. makan.. hee~ tu jek la aktiviti nye.. dah pun nama sekolah tadika kan.. makan adalah aktiviti wajib..



soalan paling kakak tak dapat nak jawab bila minah ni tanya..
"nape adik tak dapat hadiah macam abang ?"

hahaha~ berhenti mencairkan hati ibu la wahai anak !! jangan cepat membesar nanti ibu pengsan sunyi sensorang.. hee~


todia !! sempat lagik kakak meng-edit.. hee~ dah macam makan nasik dah bila kakak dapat software edit mengedit ni.. 

haa.. tahniah anak-anak !! acik bangga.. lepas ni belajar rerajin.. teruskan buat mak ayah tersenyum..


akan menjadi SAKA aiman untuk beberapa ketika.. hahah~ selagi tak jemu, aiman akan bawak tido, makan, baca buku, tengok tv, baring, main, susun lego dan paling teruk bawak mandi.. hahaha~ dah masak sangat dengan perangai gitu..

ye.. MUHAMMAD NUR AIMAN bin MOHD. NUR HILMI baru 5 tahun.. LIMA.. masih terlalu awal untuk kakak cakap "anak aku pandai, anak aku memang bijak.." kakak nak aiman nikmati zaman kanak-kanak aiman macam kanak-kanak lain.. waktu belajar, kena belajar.. waktu main adalah waktu explore segala macam aktiviti yang aiman minat.. hee~ aiman tak perlu jadi terlampau pandai, aiman cuma perlu manfaatkan segala ilmu yang aiman belajar untuk berbakti nanti.. tu jek..


ini satu permulaan man.. 
permulaan..

tahun depan kena nombor 1 gak !!
hahahah~

"terima kasih anak.. hadiah harijadi paling bermakna untuk ibu tahun ni.. hee~ tahun depan nak hadiah cam ni jugak.. tau.."



No comments:

Powered by Blogger.