MAKANAN YANG PERLU DIAMALKAN SEPANJANG PROSES DETOKS PARASIT

March 21, 2016

nah !! pada hari detoks parasit bermula.. hee~ kakak nak share makanan apa yang korang kena ambil dan sebab ape kena ambil.. ape kebaikan dan manfaat makanan tu ? semua tu ade kat dalam ulasan kat bawah ni.. ambil sedikit masa lapangkan hati.. hahaha~ takut nanti ade salah faham plak..

kalau nak diet, biarlah diet dengan mineral dan kandungan nutrien yang tinggi dan paling penting kena tolak mentah-mentah la pewarna dan perasa tiruan sebaliknya digantikan dengan pewarna dan perasa asli dari tumbuhan dan buahan..



1 : WORMWOOD



merupakan herba yang membantu membunuh parasit dewasa dengan cara menjadikan persekitaran merekat tidak mesra untuk didiami.. 


2 : BAWANG PUTIH


memang terkenal dengan anti-parasit dan anti-biotik semulajadi kerana dpaat membantu dan menyokong pergerakan usus melalui proses detoksifikasi usus.. lagi bagus kalau nak makan menyah sebab bawang putih mentah dapat mengekalkan allicin.. macam kakak, memang tak dpaat nak telan mentah gitu, jadi kakak amik GARLIC COMPLEX Shaklee jek yang memang kandungan allicinnye terpelihara.. hee~

sini ade cerita pasal BAWANG PUTIH..


3 : BUNGA CENGKIH



bunga cengkih dapat melawan bakteria yang merbahayakan perut dan dapat melawan kuman pada mulut.. eugenol yang terdapat pada cengkih telah terbukti memiliki anti kulat dan efektif dalam melawan penyakit kulit yang disebabkan oleh cacing cincin..


4 : SAYUR-SAYURAN



sayuran berdaun hijau mengandungi nutrien yang tinggi dan probiotik mampu membantu menghilangkan toksin dalam badan manakala sayur-sayuran yang kaya antioksidan seperti timun, tomato, lobak merah, ubi keledek dan blueberry sangat baik untuk organ-organ dalaman badan bagi mengelakkan kelenjar dari  dijangkiti parasit..


5 : MINYAK KELAPA


minyak kelapa mengandungi kira-kira 50% asid laurik, lemak tepu yang terkandung dlaam produk kelapa.. selepas masuk ke dalam badan, ia menghasilkan bahan yang berkesan untuk membunuh parasit, virus, yis dan juga bakteria tidak baik dalam saluran penghadaman..


6 : CUKA EPAL



cuka epal dapat membantu membersihkan parasit besar untuk meningkatkan asid perut sebelum makan.. ia membuatkan perut kita bebas dari parasit dan memastikan larva parasit semuanya dihapuskan.. hee~ bestkan ? ni kalau detoks parasit ni memang wajib ade ni..


7 : BETIK



buah betik mempunyai keupayaan memusnahkan cacing seperti cacing pita.. untuk meningkatkan potensi kerja buah betik ni, kupas kulit dan kemudian rendamkan dalam 10 minit dalam cuka epal.. 


8 : NANAS


buah nanas mengandungi enzim antiparasit yang dikenali sebagai bromelain.. menurut beberapa kajian menunjukkan bahawa dengan makan buah nanas 3 hari berturut-turut dapat membantu membunuh cacing pita..


9 : BIJI LABU




biji labu biasanya digunakan untuk menghapuskan cacing pita dan cacing gelang.. dan dlaah satu produk Shaklee yang mengandungi biji labu adalah NUTRIERON.. mana yang nak detoks parasit, kakak galakkan amik NUTRIERON 3 sachet sehari.. kita kasik bunuh semua parasit itu.. hee~

kalau tak pun, boleh jek korang g kedai makanan organik dan beli biji labu.. gantikan dengan nutriferon.. hee~


10 : REMPAH


rempah seperti cili merah, cili hijau, lobak pedas, kunyit, kayu manis, buah pala, buah pelaga dan bunga cengkih dapat membuhun parasit.. sebab tu la kalau masak, masukkan jek semua tu.. nak best, buat jus.. hee~ jus buah pelaga.. rare gittew--



dan kesemua di atas tu adalah cara terbaik untuk membantu badan memusnahkan parasit yang tidak diingini.. diet ni perlu diamalkan sekurang-kurangnya 2 bualn untuk memberi peluang badan kita menghilangkan semua jenis parasit serta telur-telur yang tersembunyi dalam organ kita..

untuk apa buat detoks parasit ni ? hee~ parasit ni bila dah dok lama dalam badan tu yang mengacau sistem badan berfungsi dengan normal dan menyebabkan gejala seperti :
  • gangguan pencernaan
  • keletihan
  • nafsu makan membuak-buak
  • tekanan gula dalam darah tidak stabil
  • mood swing


You Might Also Like

1 comments

  1. Atiee..bestnya info nih..cuka epal ambik time bile ye..1 sudu ye

    ReplyDelete

RAKAN BLOGGER !!

G+ FOLLOWERS