KENAPA KAMI MEMILIH HOSPITAL PAKAR AN NUR BANGI ?

awal pagi semalam aiman merengek, dalam jam 4 pagi gitu dia kata teling sakit.. em.. kakak pun jadik nurse la.. secara tetiba tukar uniform.. hee~ amik torch light dengan pengorek telinga.. tengok.. tak nampak la ade semut ke pape serangga menumpang dalam tu.. tapi nampak ade macam melecet - kemerahan.. pergh !! itu memang pedih..

memang tak de fikir lama la.. lepas subuh jek terus gerak ke Bangi.. nak kata dah biasa tu tak jugak la, tapi memang dah ade rekod aiman kat sana tahun lepas.. ala.. masa kes sel darah putih aiman naik 21.0 tu tapi doktor pun pelik sebab aiman aktif gile.. hee~ tak macam budak sakit pun..

berbalik kat cerita aiman pagi semalam tu..

memang sepanjang perjalanan tu aiman merengek lain macam dan kalau dah lain macam tu kakak sendiri faham ianya adalah sakit yang teramat.. cara aiman tahan sakit tu pun, lain dari kebiasaan.. nasib tak tunggu la * subuh sepie, sape la nak g hospital kan.. hee~ * ade la sorang lagi patient cilik, demam barang kali..


doktor cakap telinga aiman terkena infection kesan dari kes aiman batuk berkahak sebelum ni.. merahnye yang teramat sangat haa sampai ke gegendang telinga.. lepas tu, gegendang telinga tu jadik tegang.. tu yang buatkan aiman merengek sakit tu.. * kesiannye-- *

eh !! doktor dia best.. segala pasal telinga dan berkaitan dia cerita kat kakak punya nak kasik kakak faham.. yang aiman dah merengek suruh kasik ubat cepat.. dia nak baik cepat.. hee~ serius.. environment * doktor friendly tak kedekut ilmu - nurse suka senyum - hospital bersih * merupakan kami selesa.. perjalanan pun ade la dalam 30 minit kalau dari Bukit Jalil..


masa ni dah kurang sket sakitnye sebab dapat tab.. hee~ dia nak braing, kita baringkan, dia nak duduk, kita duduk kan.. dia nak nanges, kita ikut menangis.. aduh.. tu la kot perasaan seorang ibu kan.. biar la kita sakit jangan anak yang sakit.. 


nih masa encik boss nak amik ubat.. banyak plak tu ubatnye.. ade ubat demam, antibotik, ubat selesema, ubat batuk, ubat titis kat telinga.. hee~ bercinta la nak kasik seme tu kat aiman haa..



oh !! rupanya Hospital Pakar An Nur ni tengah buat promosi sempena hari ibu dan ayah.. hee~ tu korang kena cek website dorang la eh..


tak pun ke fanpage dorang jek..



antara perkhidmatan yang dorang sediakan..

pakej untuk cek kesihatan pun ade.. haa.. 


ini paling femes kat sini * mengikut pembacaan kakak laa * memang ramai mak mak rekomen hospital ni kalau ade kes nak melahirkan.. hee~ katanya.. yang akan sambut baby tu nanti pun doktor perempuan.. haa.. kat situ jek da bonus kat mak mak kan.. aurat pun terjaga.. * nampaknya kakak kena plan nak bersalin kat sini nanti.. mana tau ade rezeki NUR yang ketiga.. hee~ *

nih.. masa kakak menaip ni.. aiman dah beransur elok.. cuma tak de selera nak makan, sakit telinga pun dah elok.. suhu badan 38.. masih kena teruskan makan ubat demam dengan antibiotik.. hee~ * cepat sihat ya anak.. *

2 comments:

  1. menarik hospital ni.. tambahan muslim sebab diorg akan jaga aib kita ..tq for sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. tu yang bagus tu.. ade kelbihan untuk muslimah.. hee~ thanx juga sudi singgah..

      Delete

Powered by Blogger.