AWAS !! SAKIT JANTUNG BUKAN PENYAKIT ORANG TUA LAGI

October 03, 2016

haritu ade la borak-borak dengan kengkawan kakak pasal SAKIT JANTUNG pada usia muda.. em.. risau gak kan sebab sakit dalam diam ni memang musuh dalam selimut yang kita tak perasan lansung.. tau tau nanti tangkap jantung terus, sakit.. maka.. kakak pun mula la bukak seme laman web yang berkaitan untuk buat semakan..

"kadar populasi pesakit jantung semakin muda dan dapat dikesan seawal umur 26 tahun bagaimanapun, golongan berumur antara 40 hingga 60 tahun paling banyak dikesan menghidap penyakit ini iaitu sebanyak 49 peratus daripada keseluruhan kes yang dirawat di hospital.
"manakala data dari Kementerian Kesihatan pula menunjukkan hampir 25 peratus sebab utama kes kematian di hospital kerajaan adalah berpunca daripada penyakit kardiovaskular iaitu jantung dan pengedaran darah,"  - Ketua Pengarah Institut Jantung Negara (IJN), Tan Sri Dr. Robaayah Zambahari




dan terkejutnya.. memang banyak kes sakit jantung dikalangan orang muda ye.. kira muda la tu kalau belum 50 tahun ade sakit jantung.. kan ? dalam kakak semak punya semak, banyak jugak tawaran pelbagai jenis ubat yang ade kat pasaran.. hee~ dan paling ajaib, makan ubat hari ni, esok sihat.. sakit jantung pun tak de dah tu.. ajaib la tu.. hebat btol ubat nye..


tapi kali ni kakak tanak cite pasal ubat.. hahaha~ nak share ilmu ape yang kakak dapat la sepanjang pembacaan kakak.. yang mana kita boleh elakkan, elak kan la eh..






BAGAIMANA SAKIT JANTUNG BOLEH TERJADI ?

  • plak kolesterol yang termendap di arteri akan merendahkan aliran darah dan bila sebahagian plak yang menempel di dinding arteri pecah, platlet akan mula memainkan peranan 'menampal' bahagian yang pecah dan menyebabkan 'blood clog' dan menghalang aliran darah ke jantung..
  • bila darah tak sampai ke jantung, jantung tak dapat bekalan oksigen dan menyebabkan kerosakan pada jantung menyebabkan jantung tak dapat pam darah dengan baik..



TANDA-TANDA SAKIT JANTUNG

1 : CEPAT LETIH

2 : MUDAH GEMURUH

3 : RASA SAKIT DI BAHAGIAN DADA TERUTAMANYA ULU HATI DIBAHAGIAN KIRI

4 : BATUK BERDARAH

5 : GANGGUAN TIDUR

6 : MUDAH PITAM

7 : SESAK NAFAS

8 : MUAL / LOYA / NAFSU MAKAN TERGANGGU

9 : DENYUTAN JANTUNG TIDAK SEKATA

10 : PEMBENGKAKAN DI BEBERAPA BAHAGIAN SENDI, KAKI DAN ABDOMEN

11 : LIDAH ATAU GUSI MEMBENGKAK DAN SAKIT

12 : KEBAS-KEBAS TANGAN KIRI DAN JUGA LENGAN

13 : TIBA-TIBA BERPELUH

14 : RASA TIDAK SELESA PADA DADA 

15 : BATUK TIBA TIBA DAN BERPANJANGAN


SAKIT JANTUNG KENA JUMPA DOKTOR ?


ye !! sangat penting untuk korang dapatkan rawatan susulan bila korang memang ada tanda-randa kat atas tu.. dan kena jugak jumpa doktor bila :

1 : korang berumur 40 tahun dan mempunyai lebih dari satu tanda kat atas tu

2 : latar belakang keluarga yang memang ada sakit jantung pada usia muda

3 : sakit dada bila lakukan aktiviti berat

4 : sakit-sakit ringan yang mungkin ada juga rasa letih, mual, mengah, pitam, pening dan berpeluh secara tiba-tiba

5 : rasa sakit sehingga bahu, lengan, rahang ataupun belakang badan

6 : rasa sakit yang berterusan melebihi 15 - 20 minit

7 : sakit yang semakin kerap


ingat..
serangan jantung ni tak kira masa dan tempat.. walaupun korang keje kat dalam tempat yang selesa, walaupun korang atlet yang memang amalkan gaya hidup keluar masuk gym, walaupun korang duduk kat kampung tak makan fast foods yang merupakan punca utama penyakit kronik.. tak mustahil korang boleh kena serangan jantung..

jadi !!!!

jaga kesihatan..


You Might Also Like

4 comments

  1. Dah byk kes sakit jantung melibatkan org muda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak diringkaskan pun.. memang melibatkan lifestyle orang muda zaman sekarang.. hee~

      Delete
  2. Serammm! Prnh jntg asyik laju je.. Haha.. Skit ap plak tu..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ jatuh cinta barangkali.. kalau kita terlampau teruja pun jantung berdegup laju gak..

      Delete

FOLLOW LE KAKAK !!

G+ FOLLOWERS