TIPS MENGELAK MASALAH KEMBUNG PERUT DIKALANGAN KANAK-KANAK

by - October 13, 2016

dua tiga hari ni kakak menghadap lagi satu kes ; aiman kembung perut.. adoi.. dia punya bergendang memang macam main gong.. hee~ kesian la sebab aiman tak dapat nak tidur dengan lena pakej dengan badmood.. jadinya, semalam kakak bawak la aiman g klinik untuk cek kot ade yang tak kena ke..

nasib doktor kata tak de pape yang membimbangkan.. a.. gittew-- alhamdulillah.. kes kembung perut nih rentetan dari viral fever + tonsil membengkak beberapa minggu lepas la nih.. memang akan ade sesetengah budak akan effect pada perut yang melibatkan masalah penghadaman..

nota kaki : aiman tak pernah kembung perut dari lepas habis pantang.. bila jadi macam nih memang kakak cuak banyak laa..

PUNCA KEMBUNG PERUT

kebiasaannya angin dalam perut disebabkan kita menelan udara dari makanan tertentu semasa makan atau minum dan ini terjadi kepada semua manusia termasuklah aiman.. hee~ lagi pulak semakin hari semakin banyak udara terkumpul dalam perut bila seseorang itu :
  • makan atau minum dengan cepat
  • mengunyah gula-gula
  • mrnghisap gula-gula keras
  • minum minuman berkarbonat
tambahan :
  • merokok
  • memakai gigi palsu yang longgar


FAKTA : orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut.. a melegakan sakit perut, melegakan gejala flu dan juga ia dapat membantu dalam masalah elergi pada saluran usus..


MAKANAN YANG MENYEBABKAN KEMBUNG PERUT

kebanyakan makanan yang mengandungi karbohidrat boleh menyebabkan angin dan lemak + protein boleh menyebabkan masalah angin ( oh !! baru dapat kaitkan ESP penawar gastrik.. hee~ ) antara makanan lain yang menjadi punca angin :
  • kacang
  • sayur-sayuran seperti brokoli, bung kobis, kobis, taugeh, bawang, cendawan, artichokes, asparagus
  • buah-buahan seperti pear, epal, pic
  • bijirin seperti gandum dan oats
  • minuman berkarbonat
  • minuman yang mengandungi fruktosa tinggi
  • susu dan produk tenusu seperti keju, ais krim, yogurt
  • gula-gula bebas gula seperti sorbitol, mannitol, xylitol

SIMPTOM KEMBUNG PERUT

1 : SENDAWA
  • kalau sesekali sendawa lepas makan adlaah perkara yang biasa tapi bila dah kerap sendawa mungin korang menelan terlalu banyak udara dan melepaskan udara sebelum ia memasuki perut..
  • sesetengah orang yang kerap sendawa mungkin mempunyai gangguan Gastrousus seperti refluks penyakit gastroesophageal di mana ia merupakan keadaan kronik yang menyebabkan kandungan perut mengalir balik ke dalam esofogus..
2 : KENTUT
  • melepaskan angin sebanyak 13 hingga 21 kali sehari adalah normal kerana angin berlebihan dlama perut menyebabkan kembung dan kentut mungkin boleh mengurangkan rasa senak..
3 : SAKIT PERUT
  • mungkin akan merasa sedikit sakit dibahagian abdomen ( perut ) dan merasa tidak selesa pabila gas tidak bergerak melalui usus biasa..
4 : KEMBUNG
  • salah satu masalah yang memang tak dapat nak elak kalau korang ade anak kecik.. hee~ tapi kakak berhadapan dengan masalah 'anak kecik' yang berusia 6 tahun ni.. memang simptom yang sama ( perut membulat - nampak tak selesa - badmood - kurang nak makan ) boleh la sapukan minyak angin untuk legakan rasa sakit tu.. 
bila berhadapan dengan masalah kembung, yang kita kena ALERT dan perlu pastikan ia bukan disebabkan oleh masalah yang serius walaupun abdomen anak nampak kembung, ia sepatutnya lembut dan tidak keras.. dan kalau keras, ia mungkin melibatkan masalah usus.. pape hal pun bawak g klinik untuk dapatkan rawatan susulan.. jangan memandai mandai ye mak mak.. hee~

KENA JUMPA DOKTOR ?

ye !! memang kena jumpa doktor untuk pemerhatian lebih teliti untuk mengesan masalah-masalah lain seperti :
  • masalah usus besar 
    • berkemungkinan tidak dapat berfungsi dengan baik kerana melibatkan saraf - hirschprung's disease
  • masalah usus tersumbat / terbelit
    • akan muntah tetapi tidak membuang air besar ataupun kentut untuk jangka masa yang lama
  • alahan pada susu
    • sekiranya anak menghidapi lactose intolerance ia juga boleh menyebabkan masalah kembung
  • masalah organ lain seperti hati bengkak / limpa bengkak / masalah buah pinggang dan saluran kencing
sedangkan kita yang dah tua ni pun sesekali kena gak kembung perut tu, ini kan budak-budak yang tak tau pape.. kan ? kalau sentiasa depan mata tak pe juga, boleh la tengok-tengokkan ni kalau kat sekolah.. resah hati mak ni, nak.. hee~

ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِى تَأَلَّمَ مِنْ جَسَدِكَ وَقُلْ بِاسْمِ اللَّهِ. ثَلاَثًا. وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

"lekatkkan tanganmu pada tempat yang sakit dan bacalah Bismillah tiga kali, lalu bacalah a'uudzu billahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaadziru.."

aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khawatirkan - HR. Muslim



dan sepanjang kes aiman nih, kakak tetap teruskan ubat colic dari doktor + prebiotik pun dari doktor + peppermint ginger plus Shaklee + vitalea for children.. cuma beringat lebih sikit la.. 

You May Also Like

6 comments

  1. anak saya baru 7 bulan, dan baru sekali kena kembung perut.
    masa kena tuh asyik menangis jeee.. saya ingatkan apalah kan, yelah sebab takde pengalamankan. sapu minyak telon.. dah hokay.. nasib baik. fuh..
    tips kat atas nih boleh diaplikasikan bila dia besar nanti. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa.. budak kecik memang lagi senang nak kembung sebab dia menyusukan.. bila dia sedut susu tu, angin pun ikut sama.. hee~ rajin2 la sapu minyak kat perut dengan betis dia..

      Delete
  2. tak sangka pula mengunyah gula gula boleh menyebabkan kembung perut. maklumat baru ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ sebab dia mengunyah dan ade ruang udara masuk dalam mulut..

      Delete
  3. sy yg besar nie pun sllu kembung perut..haha..kbnykn simptom2 tu mmg ad pada sy pun -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. control la makan tu dik.. benda2 yang orang2 tua kata berangin, jangan makan..

      Delete